Monday, August 17, 2009

Draf 'Jodoh antara Rasional dan Tanggungjawab' yang belum siap

Alahai susah pula mau menulis artikel ni... ah korang baca lah tulisan draf ini... kalau ada masa aku siapkan lah menjadi satu artikel yang lebih baik.

Rasional = dapat diterima oleh akal fikiran sesuai dengan kemampuan otak
Tanggungjawab= bila ada sesuatu korang mesti tanggung dan kalau timbul sebarang perkara, korang mesti jawab.

Baling batu sembunyi tangan.

Perbuatan, tindakan, perkataan yang rasional

Perbezaan itu suatu rahmat.

Baru baru ini saya terfikir, apa sebenarnya tuntutan pelajaran daripada senario politik negara bermulanya dari pru 12 hingga ke hari ini, rakyat masih dihidangkan dengan cerita dan berita tentang ketidakpuasan, lontaran hujah-hujah sama ada pro atau kontra tentang sesuatu perkara yang 'diperkelahikan' sehinggakan telah semakin banyak timbul bibit -bibit perpecahan serta keresahan dalam masyarakat malaysia. Pendek kata, telah ada suasana kecelaruan dalam masyarakat kita.

Kalau diamati dari hujah, apatah lagi kalau diteliti dari pendapat dan pandangan, ada rasionalnya juga. Tapi mana titik pertemuannya. Mana hasilnya. Mana Manisnya.

Aku tercari-cari, apa kurangnya makhluk bernama 'rasional' ini.

Fikir-fikir punya fikir ......oooooohhhhhh rupanya 'rasional' ini masih bujang sebab tu belum berhasil. Belum ada zuriat. Ini juga melihat ke dalam diri sendiri yang kononnya hujah-hujahku selama ini memang rasional tapi terasa masih belum lengkap...

Jadi, lebih baik aku kasi kawin si 'rasional' ini moga-moga ada bibitnya, tapi dengan siapa. Cari-punya cari, aku terdengar pak ustad astro kata bahawa setiap yang rasional itu perlu ada sikap tanggung jawab. Nah, aku sudah jumpa. Si 'tanggungjawab' rupanya pasangan paling sesuai untuk si 'rasional'. Jadi Aku pun try kasi match diorang, dan dari penelitian ku, sesuai benarlah dua makhluk ini jika menjadi pasangan yang ideal. Saling melengkapi.

Kalau meraka sudah kawin, bahagiakah mereka?. Ah.. biarlah mereka kawin dulu, baru tahu pahit manisnya berumah tangga.

Patutlah selama ini negara kita bergolak, sebab rasional masih bujang. Alah kebiasaan orang bujang, pantang dahi licin, berdesub jantungnya.

rasional ni ramai, macamana mau kasi tau diorang bahawa supaya kawin, sekurang-kurang makin kurang 'kesumbangan'nya.

Nah meng'kasi' kawin diorang ni lagi satu masalah. Nantilah aku cari jawapannya.

sementara tu baik aku cari falsafah baru untuk hadiah perkahwinan dua makhluk ini, yang ni apa macam :

Tidak akan ada pertemuan yang sejati bagi kedua makhluk melainkan wujudnya perbezaan antara keduanya.

Bukan berpasangan namanya jika tiada perbezaan.

Kata orang agama, perbezaan itu suatu rahmat kerana pasti ada hikmah disebaliknya.

Atau mungkin : Begitu nikmatnya hubungan kelamin, mungkin begitu juga nikmatnya perbezaan.


alahai ... aku stop dululah ... nanti kalau ada masa aku sambung.

p/s : artikel ini ibarat masakan belum masak, jadi jangan terus makan takut mudarat.

Sunday, June 7, 2009

SELAMAT PENGANTIN BARU




"Selamat Pengantin Baru buat Pg. Alinor Pg. Mohd. Tassim dan Isteri, Semoga Kekal Abadi"

Ikhlas Dari Sepupumu.

Sunday, May 31, 2009

SELAMAT PENGANTIN BARU



"Selamat Pengantin Baru kepada Pairul Muslim dan Isteri, Semoga Berbahagia Hingga ke Akhir Hayat"
Ikhlas dari Pak Ngah mu.


Wednesday, May 13, 2009

Bunga misai kucing

Foto : Padamar Seri , Lokasi : Rumah 'Ain

Renungan : " Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan"



Posted by Picasa

Tuesday, May 5, 2009

Satu Malaysia, Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.

Padang Merdeka, Kota Kinabalu, 5 Mei 2009. Perjumpaan Dato' Seri Panglima Najib Bin Tun Abdul Razak bersama rakyat Sabah sempena kunjungan rasmi pertama beliau setelah bergelar Perdana Menteri Malaysia.

Satu Malaysia, itulah antara isi kandungan ucapan beliau yang amat saya tunggu-tunggu. Saya selalu menginginkan agar harta kita yang paling bernilai iaitu perpaduan, kepelbagaian diurus dengan cara yang paling baik. Nah, konsep Satu Malaysia ini amat selaras dengan impian saya untuk melihat harta itu terus terpelihara.

Saya amat yakin apabila semua potensi dari kepelbagaian dapat diurus dengan lebih hikmah tentunya kita akan menuai hasil yang lebih bernilai tinggi.

PM kita juga turut mengingatkan kepada para pemimpin supaya sentiasa memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat. Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan.
Pemimpin bukan ditakuti, pemimpin ialah mereka yang disayangi dan dihormati.
Katanya :" tidak perlu karpet merah, tidak perlu kompang, tidak perlu bunga manggar " untuk menanti ketibaannya.

Bila saja ada dengar-dengar masalah rakyat , zusssss ... terus tengok (rakyat didahulukan), lepas tu apa jua masalah mesti diselesaikan dengan pantas (pencapaian diutamakan).

Isu Hospital juga diberi perhatian, dimana kerajaan akan membeli bangunan Baru SMC bernilai 2 ratus lebih juta.

Masalah rakyat : Keperluan Hospital baru sebab Hospital Queen Elizabeth telah diistihar tidak selamat diduduki (Rakyat didahulukan), beli bangunan sudah siap (pencapaian diutamakan).

Tulah antara yang aku faham, mudah-mudahan gaya kepimpinan Tun Abdul Razak akan tumpah kepada PM Kita.

Monday, March 30, 2009

Beluncas sudah dewasa

Inilah wajahnya 'Beluncas' yang aku pelihara beberapa minggu yang lalu. Mula-mula ingatkan beluncas tu jadi rama-rama atau kupu-kupu, rupa-rupanya spesis 'Kulaho' (bahasa kampung aku). Memang cantik. Yang ini yang sulung, ada beberapa kepompong lagi belum menetas.
Posted by Picasa

Friday, March 20, 2009

Fitnah : adaptasi dari cerita "Virus Komputer"

Hidup dalam suasana dunia globalisasi pada masa ini, manusia lebih mudah terkena serangan fitnah dan presepsi negative memandangkan ‘tool’ dan teknologi perhubungan terkini seperti internet, sms, mms telah menjadikan kita lebih mudah berhubung dan dihubungi , merentasi sempadan masa, tempat dan situasi. Dengan izin atau tanpa izin.

Dalam artikel ini saya ingin membincangkan bagaimana untuk mengelak dan mengurangkan impak dan risiko fitnah dan presepsi negatif dalam dunia yang semakin bersambung pada hari ini.

Apakah itu Fitnah dan presepsi?

Fitnah adalah sesuatu perkataan yang menggambarkan nilai yang salah tentang seseorang atau pun sesuatu kumpulan manusia dan lari dari nilai kebenaran. Semua fitnah ini dimulakan oleh seseorang yang mempunyai niat jahat dengan tujuan menjatuh maruah malah untuk merosakkan seseorang ataupun kumpulan manusia. Fitnah boleh bergerak melalui percakapan mulut ke mulut, melalui teks atas kertas atau secara digital. Biasanya fitnah mampu bergerak dengan pantas dan berkembang menjadi satu maklumat yang lebih buruk apabila telah melalui beberapa peringkat pergerakan apatah lagi hari ini maklumat ini boleh bergerak tanpa sempadan. Fitnah ini mampu menembusi orang yang paling baik sekalipun.

Bila manusia bercakap mengenai fitnah, ada yang berkategori sebagai mengumpat, pembuli (melalui cara paksaan). Walaupun kategori ini dikenali berlainan tetapi matlamatnya tetap sama iaitu untuk merosakkan nilai seseorang.

Untuk melindungi hidup anda dari menjadi dari sebahagian daripada penyebar fitnah, anda boleh mempelajari ilmu-ilmu keagamaan dan mengamalkannya dalam diri anda. Ilmu keagamaan ini akan membolehkan anda mengenalpasti fitnah ini dengan membuat semak nilai dengan jenis maklumat yang ada perolehi sama maklumat yang anda terima merupakan fitnah atau sekadar maklumat yang biasa.

Hampir semua agama menyatakan maksud fitnah ini adalah sama, iaitu ianya merupakan sesuatu perlakuan yang salah , jahat dan berdosa.

Dua cara untuk mengenalpasti fitnah ini ialah melalui muhasabah diri dan menapis semua maklumat yang kita terima sama ada dari kawan atau pun dari mana jua. Sebaiknya semakkan ini bermula pada waktu pagi dan disemak semula sebelum tidur.

Apa pula maksud presepsi?

Presepsi adalah sesuatu anggapan tentang seseorang,kumpulan manusia atau pun suatu keadaan yang belum disahkan benar atau salahnya. Ataupun sesuatu yang dimulakan dengan satu sangkaan dan analisis longgar tentang sesuatu keadaan. Presepsi boleh jatuh ke kategori baik ataupun sebaliknya. Sebab itu adanya istilah presepsi negatif dan presepsi positif.

Biasanya presepsi tercetus disebabkan sesuatu kepentingan. Sebagai contoh, presepsi dalam politik boleh digunakan sebagai alat untuk meraih sokongan masyarakat. Beza presepsi dengan fitnah ialah, presepsi bermula dengan sesuatu yang seolah-olah ada kemungkinan yang kenampakkan dari sesuatu perlakuan, tindakan, malah penampilan. Manakala fitnah bermula tanpa ada apa- apa sandaran, hanya diwujudkan cerita bertujuan untuk merosakkan.

Presepsi boleh menyebabkan sesuatu keadaan terdedah, maknanya ia boleh menyebabkan pengumpulan maklumat berlaku dan membentuk satu maklumat yang baru, sama ada ia benar atau pun ianya salah.

Presepsi bukanlah fitnah. Presepsi Positif, atau bersangka baik amat dituntut. Tetapi kita dilarang berpresepsi negatif, sebab kemungkinan presepsi negatif boleh jatuh kepada fitnah.

Walaubagaimanapun presepsi boleh bergerak dari seorang manusia ke manusia yang lain dan mungkin bergerak sepertimana fitnah bergerak.

Jika presepsi tidak mengambilkira soal etika dan hak peribadi, dan jika tidak diurus dengan cara yang terbaik, ia juga akan menyebabkan kelemahan kepada sesuatu kelompok sosial. Dan jika ia melibatkan sesuatu presepsi negatif tentang sesuatu negara, ia mampu menjatuhkan negara itu sehinggalah presepsi negatif itu diselesaikan dan doigantikan dengan presepsi positif.

Persamaan dan beza antara fitnah dan presepsi?

Cara kedua-duanya bergerak adalah lebih kurang sama, cuma tujuannya mungkin berbeza. Tetapi kadang-kadang kedua-duanya saling berkait rapat antara satu dengan yang lain. Maknanya kadang-kadang sesuatu fitnah diperkuat dengan sesuatu presepsi negatif dan juga kadang-kadang sesuatu presepsi dikuatkan lagi dengan fitnah.

Cara untuk menghindari Fitnah dan Presepsi negatif.

Senantiasa memperkukuh asas dan nilai agama, seterusnya menambah dan memperbaikinya dari masa ke semasa.

Mempelajari ilmu setiap masa malah mengenalpasti ciri-ciri baru fitnah dan presepsi negatif pada setiap hari.

Jangan mudah menerima maklumat dari sumber yang tidak dikenalpasti pemulanya. Dan menghindarkan diri dari menjadi ’stesen’ penyampai kepada orang lain. Maknanya jangan menyampaikan sesuatu maklumat kepada orang lain tanpa pasti kesahihannya.

Buku-buku bacaan yang bernilai negatif patut dihindari apatah lagi menyimpannya dalam rumah kita.

Semua maklumat perlu diteliti sebelum menggunakannya.

Akhir sekali, inilah satu artikel yang diadaptasi dari cerita tentang ’Computer Virus’.

Monday, March 16, 2009

Teluk Likas : Padamar Study Photo Stitch


Pemandangan Teluk Likas sekitar jam 5 Petang. Pujian kepada Datuk Bandar KK harus diberikan kerana dengan adanya Taman Awam di Teluk Likas maka adalah ruang untuk keluarga bersantai sambil menikmati keindahan sekitarnya. Kalau boleh aspek kebersihan perlu ditingkatkan lagi, terutamanya bagaimana untuk memastikan sampah sarap yang hanyut dari Pulau Gaya dapat dikurangkan.

Beluncas : Serangan KO

Belucas menjadi penyerang terbaru pokok bunga aku. Hanya semalam saja habis semua daun bunga lenyap. Musuh ?

Kata seorang bijak pandai dari barat, "jika kita diberi lemon, tukarkannya menjadi lemonade", maknanya jika ada sesuatu yang bersifat yang kurang diminati, tukarkannya menjadi sesuatu yang disukai.



Nilah gambar beluncas tersebut harap anda suka. Cuma aku belum mengetahui lagi beluncas ini bila matang jadi apa? Buat masa ini beluncas2 tersebut masih dalam peliharaan aku. Saja mau tengok ia mau jadi apa.

Monday, February 23, 2009

Rupanya dalam kebiasaan itu ada keunikan dan kecantikan

Inilah antara imej yang aku ambil sekitar rumah aku di kampung. Tema kali ini ialah bunga liar. Hidup melata, biasa, tapi bila didalami secara fokus, barulah terserlah keindahannya. Begitu juga kita manusia, mungkin kita orang kebanyakkan tapi jikalau kita meneliti dan memperinci, tentu ada keindahan yang tidak pernah kita jangkakan. Hargailah ciptaan Yang Maha Pencipta.

Saturday, February 7, 2009

Anak-anak

Hasil buruan

Perak bukan Silver

Mengikuti kisah politik Perak agak menarik, sekurang-kurangnya banyak ilmu baru yang aku pelajari.

Jalan cerita yang cukup dramatik. Kisah penderhakaan. Kisah moral. Kisah tangisan gas pemedih mata. Kisah undang-undang. Kisah saman menyaman.

Tentunya kisah ini bukannya cerita biasa kerana ianya adalah satu catatan sejarah tentang konflik politik Negeri Perak. Sejarah tentang kuasa Sultan. Kuasa rakyat. Kuasa Politik.

Tapi kisah yang menarik untuk dikupas ialah soal moral dan keamanan. Soal siapa lebih berkuasa, Rakyat? Sultan? Orang Politik?.

Sultan telah memperlihatkan kuasanya. Politik juga telah menunjukkan undang-undang permainannya. Cuma rakyat masih belum lagi terserlah kuasanya.

Demontrasi. Ibarat membaling batu ke langit dan akhirnya jatuh kemuka sendiri. Padan muka. Suruh pakai ilmu, tapi pakai main ikut rasa ja. Jadilah macam palestin, 60 tahun berlalu hanya mampu mencipta 'roket', alahai macam roket mainan zaman aku time kecik ja. zusss.... peeekk. Kecil bunyinya.

Pendapat orang akedemik sudah dibicara. Analisis juga telah disuratkan di media. Pak politik lagi best ceritanya, ibarat berlawan pedang, baru calar sedikit, aduuhhhh sakit, rengeknya. Angguk-angguk, geleng-geleng ... sudah dijangka tutur katanya.

Sedihnya kisah ini mengisahkan Melayu dan Sultannya. Celaru antara taat dan derhaka.

Lenggang-lenggok Perak. Perak bukan Silver sebab penyelesaian semudah 1,2,3 dijeling sepi. Akhirnya rakyat dihalang dari menggunakan hak dan kuasa yang sebenarnya milik mereka, bukan milik siapa-siapa.

Hanya pilihanraya. Itulah sebaik-baik jawapan kepada soalan yang kononnya setanding soalan peperiksaan untuk lulus Kertas Phd. Doktor pakar.....?....

Ah... sebelum aku terlupa, satu kuasa yang semakin malap apinya, seakan-akan tidak kenampakan relevannya. Kuasa ekonomi. Kuasa yang sebenarnya mendominasi semua kuasa yang ada tapi sering dipinggirkan kisahnya. Kuasa ini sering diperguna hanya dalam merencana kisah ketamakkan nafsu bukan sebagai pengikat tali siraturrahim, sebagai nasi kepada manusia atau sebagai modal untuk membiayai sebuah perjalanan hidup yang terlalu pasti destinasinya.

Sengaja aku mencoretkan ayat yang ntah apa-apa ntah sekadar jadi catatan minda untuk diperguna dihari 'tua'.

Wednesday, February 4, 2009

Pelik tapi itulah yang berlaku

Alhamdulilah, setelah lama tidak menulis, hari dapat juga membariskan sedikit coretan, mungkin kerana perasaan geram dengan situasi politik semasa.

Kalau anda perasaan, sekarang ini rakyat lebih banyak memikirkan masalah orang politik daripada orang politik memikirkan masalah rakyat. Itulah yang pelik, tapi inilah yang berlaku.

Apa tidaknya, setelah hampir setahun PRU 12 berlalu, negara kita masih dihidangkan dengan masalah politik. Sepatutnya setahun berlalu adalah masa bekerja untuk menunaikan amanah rakyat, tapi orang politik asyik berpolitik.

Agaknya orang politik sudah tidak faham apakah tuntutan sebenar dalam politik sehinggakan orang politik mengganggap berpolitik sepanjang masa menjadi salah satu tugas utama mereka menidakkan tugas utama mereka supaya terus membela dan memperjuangkan amanah rakyat.

Jangan heran suatu hari nanti, rakyat akan hilang kepercayaan kepada politik. Siapa susah, negara juga yang susah kerana apabila itu berlaku pastinya negara akan berada dalam keadaan porak poranda dimana biasanya minoriti akan sering ditidakkan hak mereka.

Tuntutan rakyat dalam situasi sekarang ialah bagaimana pihak berkuasa yang telah diamanahkan oleh mereka mengatur dan mengurus negara supaya setiap rakyat dibawahnya akan mampu hidup dengan penuh kesejahteraan dan keamanan. Apatah lagi dalam suasana ekonomi yang semakin menggigit.

Kepada pegawai-pegawai kanan kerajaan, masa inilah anda perlu ambil tindakan untuk menegur pak politik supaya mereka tidak terus menyusahkan rakyat. Saya yakin dengan pengalaman dan ilmu yang ada pada pegawai kanan awam, mereka boleh memainkan peranan yang lebih baik dalam menjalankan amanah rakyat dengan membuat teguran yang membina kepada orang politik demi kebaikkan negara kita. Jangan hanya diam. Janganlah seperti kerbau dicucuk hidung. Bersuaralah. Rakyat pasti amat berharap anda mengambil peranan ini dalam mengimbangi 'kesengetan' yang berlaku dalam politik negara hari ini.

Wassallam.

Monday, January 19, 2009

Kuala Terangganu : Apa hikmahnya?

Macam orang lain, aku tidak terkecuali bercerita dan mengikuti proses Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Terengganu.

Berikut rasa-rasanya aspek yang boleh aku catatkan Hikmah dari pilihan raya tersebut. Kalau tidak tepat pun tidak mengapa kerana penganalisis politik pun ramai juga yang tersasar telahannya. Soal pilihan pengundi tiada sesiapa boleh mengetahui selain hanya mampu menyangka. Aku sekadar memberi pendapat.


1. Taktik dan pendekatan lama sudah kurang sesuai, seperti Majlis perasmian itu dan ini, tapi motif sebenarnya ialah untuk berkempen. Tentang pembangunan rasanya rakyat lebih tahu, al maklumlah sumber maklumat di negara kita ini cukup meluas. Bab pembangunan keperluan asas seperti jalan, air, sekolah dan sebagainya telah difahami bahawasanya itu memang tanggungjawab kerajaan, samaada ia melibatkan skop kerajaan pusat atau kerajaan negeri. Jadi cerita pembangunan tidak lagi begitu menarik hati para pengundi malah kadang-kadang dijadikan 'senjata' untuk serang balik kerajaan. "Sekarang baru mau bikin?"


2. Politik ugutan. Soal jawatan, soal kedudukan lebih dilihat hanya manfaat untuk calon. Sebagai contoh, dalam media ada seorang menteri mengatakan bahawa kalau orang Kuala Terengganu tidak memilih calon BN, mereka akan kehilangan wakil yang bertaraf Timb. Menteri. Soal jawatan ini tidak boleh dijadikan bahan ugutan kerana kalau benar kerajaan prihatin dengan keperluan masyarakat di sesebuah negeri, kerajaan boleh memilih daripada Ahli parlimen yang sedia ada dalam negeri tersebut, tidak semestinya diisi oleh calon yang baru bertanding.


3. Media. Kalau tidak tahu lebih baik diam. Sebabnya semakin kita banyak bercakap makin banyak kesilapan dan kelemahan kita terdedah. Dalam soal ini pihak Pakatan rakyat sebenarnya lebih beruntung. Sebab mereka kurang bercakap dan kurang didedahkan di media perdana, jadi kurang kelihatanlah kelemahan mereka. Dalam politik semua sama saja tiada yang lebih. Sebenarnya adalah lebih baik berjalan berundur tapi bergerak kehadapan. Alah macam iklan digi ka apa tu. Berjalan di atas bola. Langkah kebelakang tapi kita bergerak kehadapan. Bola itu melambangkan alat yang boleh dijadikan sandaran untuk menentukan cara pendekatan. Pada masa ini pihak pakatan rakyat lebih banyak menggunakan teknik ini, media perdana mereka kurang, tapi media baru mereka menang.


4. Hakikat paling pahit perlu diterima kerana itulah sebenarnya penawar. Maksudnya, pihak atasan Barisan nasional perlu menerima kenyataan bahawa mood rakyat tengah keliru, tengah sakit sebab takut bayangan ngeri ekonomi dunia, jadi jangan dicelarukan lagi. Bak situasi suami isteri, sebenarnya sikap mengalah lebih baik, tapi bukanlah bermaksud kalah. Kalau dua-dua tidak mahu mengalah, emmmm .. peluk bantal, telan air liur sajalah.


5. Jangan serang kelemahan orang. Ataupun jangan suka menuding telunjuk kepada kesalahan orang, sebab empat jari 'confirm' menuding kesalahan sendiri. Maksudnya, jangan kerap sangat mengkritik cara dan pendekatan pihak Pakatan Rakyat terutamanya kerajaan negeri yang ada dipihak mereka, sebab mereka baru setahun jagung. Kalau dibanding dengan setahun kayu balak jenis cengal tentulah tidak adil. Tidak layak dibuat perbandingan pun. Kalau pendekatan mereka baik pujilah dengan ikhlas, maksudnya kita menghargai kebaikkan untuk rakyat. Sebab akhir sekali rakyat itulah kata kunci dalam arena politik ini.


6. Kita selalu mengatakan lagu dulu-dulu tu lebih baik, kenapa? sebab ada nostalgia. Orang lama kita selalu kata, muzik jenis terkini ntah apa apa ntah, merepak lah, tidak macam lagu dulu-dulu. Kalau zaman rock dulu, orang tua selalu pandang serong, tapi rockers dulu-dulu tu sudah jadi bapa hari ini, laki dan bini orang. Lebih matang. Lebih bertanggungjawab. Tidak jahat sampai ke tua pun. Malah lebih ramai dari mereka jadi cukup baik. Jadi apa salahnya menerima fesyen semasa, asalkan jangan melanggar batas nilai. Jadi peminat lagu 60 puluhan 70 puluhan tu bagi canlah rockers 80,90 an jadi pemimpin. Dengan syarat rockers 80, 90 an jangan kutuk peminat muzik 'indi' sebab mereka juga akan kelompok pemimpin pendapat. Kalau 'time' belajar dulu, siapa yang terlalu bendul tu dipanggil skema. Senang cerita zaman telah berubah.


7. Yang bukan terakhirnya, bersikap adillah dengan semua orang, katakanlah aspek yang baik. Zaman ini menuntut permainan yang seadil-adilnya. Gelanggang Politik yang seadil-adilnya. Media perdana patut jadi pelapor bukan pengampu. Ingat generasi muda yang mewakili 60 peratus daftar pengundi ingin melihat ' fair game' . 'refree' yang adil. Baru syok, kalahpun seronok. Baru ada feels. Biar lah pemain politik Malaysia seperti pemain bola sepak peringkat dunia, professional. Titik.


Majulah politik untuk negara.

Thursday, January 15, 2009

Kulaho..


Orang Kampung menamakan serangga ini Kulaho. Nama saintifiknya atau nama rasminya aku tidak tahu. Gambar ini aku ambil di kampung menggunakan handphone.

Tuesday, January 13, 2009

Uji minda

Bagaimanakah caranya untuk jalan berundur tapi bergerak kehadapan?

Emmmm....

Cerita kedai kopi ketika ini :

1. PPSMI
2. Gaza, Palestin
3. Pilihanraya Kuala Terengganu
4. Ekonomi meleset
5. Banjir
6. Tanah di Negeri Perak


.....

Friday, January 9, 2009

Zon selesa : Sindir dan tegur diri sendiri


Kisah kekejaman di Gaza cukup menyentuh hati, ikutkan perasaan ingin saja ku berada di sana, setidak-tidaknya mungkin ada yang boleh aku bantu. Paling tidak tolong angkat anak-anak dan orang tua yang cedera kena bedilan tentera zionis yang menembak secara membuta. Mau saja ku 'flying kick' satu-satu pembunuh-pembunuh tersebut. Ini soal kemanusian ini soal kekejaman. Rasanya ramai insan seluruh dunia turut memendam rasa seperti aku, berangan-angan menjadi 'pembantu' atau 'penolong' tatkala anak kecil berwajah bersih dan orang tua berwajah sayu satu persatu gugur menyembah bumi.


Angan-angan. Setakat itulah saja yang aku mampu lakukan. Ini realitinya.


Dalam perang perasaan ini aku cuba untuk mencari cara bagaimana untuk aku turut mampu menyumbang demi kebaikkan manusia sejagat.


Langkah pertama : Sindir dan tegur diri sendiri dan cari bagaimana cara untuk cuba mengatasinya. Al maklumlah setakat ini belum ada kengkawan yang sudi 'warning' aku apa lagi menegur aku. Jadi kena tegur diri sendiri. Bukan salah mereka mungkin mereka takut aku 'terluka'dan ambil hati. Sikap orang timur.


Check check, Ohhhhh ... rupanya aku terperangkap dalam zon selesa. Meh aku cuba kasi 'telanjang' ini cerita 'Terperangkap di Zon Selesa' . Mudah-mudah dengan membuka hijab masalah ini aku lebih baik dari semalam.


Zon selesa merupakan satu keadaan di mana aku berasa cukup dengan apa yang ada tanpa memikir cara dan bagaimana untuk keluar darinya, paling tidak ke satu zon yang membuatkan aku lebih berjaya.


Sebelum berada di zon selesa, tentunya telah ada pengorbanan dan amal terdahulu yang pernah aku lakukan, paling kurang pengorbanan untuk keluar dari garis ke'kulut'an dan garis kemiskinan, al maklumlah aku anak kampung yang agak ketinggalan. Tapi usaha dan pengorbanan itu bukan kerja aku seorang. Ibubapa, abang kakak, saudara mara, jiran tetangga, orang kampung, cikgu malah kengkawan juga turut terlibat dalam kejayaan pertama aku keluar dari semua itu. Jadi ikut peratusannya agak sikit sangat penglibatan aku dalam 'pengorbanan dan usaha' yang selama ini rasa-rasanya aku 'çlaim' pengorbanan diri. Itu belum tolak peratusan dari bantuan dan sumbangan pihak kerajaan, pihak Yayasan Sabah dan pelbagai pihak lagi. Maka makin sedikitlah 'share' pengorbanan aku untuk jadi seperti aku ketika ini. Belum lagi masuk kasih dan rahmat Yang Maha Pengasih dan Yang Maha Penyayang. 0.001% pun belum tentu layak aku gelar pengorbanan.


Apa pula situasinya berada dalam zon selesa.


Bersikap kurang berusaha. Selalu beralasan. Berasa puas dengan apa yang aku ada. Kurang mensyukuri nikmat yang diberikan oleh Yang Maha Pemurah.


Aku juga rupanya sering berharap kepada orang lain sehinggakan hilang keyakinan tentang kebolehan diri sendiri. Sikap "Kalau aku tidak buat pun, alahhhh, ada si anu dan si anu boleh buat untuk aku ". Itulah bisikan yang sering ku dengar.


Aku juga tidak berani untuk keluar daripada situasi kebiasaan. Takut. Tidak yakin. Terperangkap dengan apa yang ada.


Nampak gayanya aku telah dilanda sindrom takut dan tidak yakin walaupun aku sering menidakkan hakikat ini. Masih ada.


Bukan itu saja, aku juga ada sikap menyalahkan orang lain. Lihat saja cara aku bercakap, kadang-kandang pandai juga mengatakan si polan salah si anu begini dan si dia begitu. Kadang-kadang macam penganalisis kononnya. Peh ... aku masih begitu juga.


Aku kerap bercerita kisah kejayaan dulu, kesusahan dulu, kejayaan dan kesusahan yang sudah berlalu. Bangga diri. Eksen rupanya aku.


Sebenarnya banyak lagi sifat negatif yang aku miliki. Yang positif tu memang ada tapi untuk menegur kenalah pilih sikap yang paling teruk supaya kita tahu dimana kelemahannya.


Jadi apa pula cara untuk mengatasinya.


Takut. Dengan meletakan ketakutan hanya kepada Yang Maha Memiliki Hari Pembalasan saja kes ketakutan ini boleh aku hindari. Bukan bermakna Takut kepada Yang Maha Kuasa, tapi takut kepada ancaman api nerakaNya. Terbaca juga hadis yang menyatakan bahawa hilang 1 per 3 agama seseorang yang takut kepada manusia dengan mengagungkannya melalui perbuatan ,.... dan hilang seluruh agamanya jika mengakui dengan hati, dengan perbuatan dan perkataan tentang ketakutannya kepada seseorang manusia. Manusia tidak layak ditakuti. Jadi mulai hari ini aku cuba untuk tidak takut kepada sesiapa pun, maksudnya manusia. Singa takutnya kategori lain. Boss?... bos bukan untuk ditakuti tapi dihormati dan dipatuhi selagi mana arahan dan tindakannya tidak menyuruh kita menderhaka kepada Tuhan yang Maha Kuasa. Jadi bermula dari hari ini aku akan cuba untuk meletakkan 'ketakutan' aku hanya kepada Allah.Titik.


Berasa puas dengan yang ada. Dalam kes ini aku mesti merasakan bahawa 'credit' yang ada saat ini tidak mampu bertahan selamanya. Aku mesti beranggapan bahawa zon selesa ini tidak akan pernah kekal. Jadi aku kena cari cara lain untuk 'top up' credit sedia ada sehinggalah nyawa sampai ke akhir garisan. Hukum alam, tidak satupun kejadian bernama makluk akan kekal, pastinya ada tamat tempoh. Kekal hanyalah selayaknya milik Yang Maha Kekal, Dzat Yang Berdiri Sendiri yang tidak baginya sifat mengantuk dan tidur.


Bangga diri dengan kejayaan lalu. Untuk aspek negatif dari sikap ini aku perlu mengamal dan mempercayai dengan penuh sesungguhan bahawa 'Setiap kesukaran disertai kemudahan, jika kamu telah selesai melaksanakan suatu amal/usaha maka buatlah amal/usaha yang lain dengan lebih baik ...' antara hikmah dari Surah Al-Insyirah(Kelapangan hati).


Yang lain tu aku fikir kemudianlah, selagi kita mempercayai hikmah :'' Demi masa. sesungguhnya manusia dalam kerugian, melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh. Juga bagi mereka yang berpesan-pesan kepada kebenaran dan kesabaran'. Tentunya akan ada masa untuk kita'.


Tulah teguran untuk diri sendiri, kalau ada yang ingin menegur silakan, sesungguhnya sahabat yang baik itu ialah sahabat yang sentiasa menegur akan kesilapan sahabatnya.


Mengambil kisah teguran ini, boleh juga aku kaitkan dengan kisah di Gaza. Ramai antara kita masih seperti aku, masih berada di zon selesa. Terperangkap di zon selesa. Justeru itu jangan heran jika kisah Kekejaman di Palestin yang sudah terlalu lama kita saksikan masih wujud ke hari ini. Malah akan terus berlaku hingga ke hari esoooooooooook.


Mungkin ada insan yang berkeupayaan diluar sana, kajilah kisah ini kerana antara salah satu sebab kenapa Palestin masih begitu adalah kerana kita, terutamanya negara Islam masih terperangkap di zon selesa.


wassallam.


Thursday, January 8, 2009

Mac yang merisaukan?

Bulan Mac 2009 merupakan satu bulan yang cukup merisaukan aku. Pada bulan inilah berlakunya pemilihan jawatan tertinggi dalam UMNO. Akan berlakukah perpecahan. Akan adakah gejala rasuah. Akan terlantikkah pemimpin yang selayaknya jadi pemimpin. Atau akan berlakukah sebaliknya. Walaupun UMNO bukanlah segala-galanya, tapi tetap akan besar kesan dan impaknya. Inilah kerisauannya.

Tahun 2009 merupakan tahun yang menuntut keunggulan kerajaan, prestasi seoptima mungkin. Tahun inilah juga seluruh rakyat terpaksa menaruhkan setinggi harapan kepada kerajaan untuk menepuhi kemurungan ekonomi yang bakal menjamah kita.

Dalam kemerosotan segmen kepenggunaan, pelaburan swasta serta berkurangnya 'gap' imbangan eksport dan import, kita amat bergantung kepada segmen perbelanjaan kerajaan untuk menjadi penyelamat dan menjadi pemangkin ekonomi negara seterusnya menolak kembali angka-angka k3tiga-tiga segmen tadi ketahap yang meletakkan kita sekurang-kurangnya kekal stabil.

Dalam kebergantungan kita kepada kerajaan ini, kita tidak mampu untuk berhadapan dengan pergolakkan politik. Kita tidak mampu mengalami perpecahan. Kita tidak mampu untuk kehilangan perpaduan.

Apa akan jadi kalau 'kerisauan' ini benar-benar berlaku. Rasanya malapetakalah jawapannya, ya malapetaka dalam bentuk ekonomi. Kita tidak mahu kerajaan bersituasi seperti sesetengah kelab bola sepak di negara kita, tidak mampu membayar gaji pemain. Hidup segan mati tak mau. Apalah pula nasib kakitangan awam jika keadaan itu terjadi, mampukah lagi kerajaan membayar gaji 'semewah' sekarang. Pastinya anda tahu jawapannya. Kalau kerajaan tidak mampu membayar gaji kakitangan awam, gaji kakitangan swasta jangan cakaplah, anda tahu sendiri jawapannya.

Sebelum ini terjadi aku memohon kepada semua pihak agar tahun ini, tahun 2009 , sehinggalah pilihanraya akan datang agar melakukan 'genjatan senjata' supaya kerajaan yang sedia ada mampu untuk kita sandarkan harapan. Mampu memikul bebanan dikala rakyat bakal dibebani kesusahan. Mampu bertindak tanpa sebarang gangguan.

Pihak media sebarkanlah cerita kebaikkan semua orang. Jangan sebarkan cerita keburukkan parti ini atau parti itu. Ceritakanlah hasil perbincangan. Ceritakanlah buah permuafakatan. Hindarkanlah membina presepsi negatif. 2009 cukup sensitif dengan semua ini.

Kepada Pakatan Rakyat, hentikanlah keinginan untuk mengambil alih kerajaan, paling tidak tangguhkanlah ke pilihanraya umum yang berikutnya. Bantu-membantulah dengan Kerajaan BN dalam apa jua keadaan, berkongsilah idea, berkongsilah kepakaran. Kita masih satu, kita masih satu sebagai rakyat Malaysia. Lupakanlah persengketaan. Pengambilalihan tampuk pemerintahn dikala ini bukanlah satu tindakan bijak. Mana mungkin ketika api marak, ketika itulah baru merancang itu dan ini. Belum habis merancang, mungkin kita sudah rentung. Aku bukanlah selayaknya bercerita tentang soal pemerintahan, tapi aku amat yakin, membina sebuah sebuah kekuasaan pemerintahan bukanlah satu perkara yang mudah.

Kali ini apa yang rakyat ingin lihat ialah masih wujudkah wadah perjuangan dalam politik. Insaflah bahawa manusia yang selalu bersengketa tidak layak memperkatakan soal perjuangan. Perjuangan itu hanya menginginkan langkah yang suci, bebas dari kejahatan.

Waktu inilah semua ahli politik harus menunjukkan serta membuktikan bahawa merekalah pejuang negara. Curahkanlah bakti. Hargailah perbezaan.

Khas kepada Dato' Seri Najib, menjadi pemimpin dikala zaman kemelesetan bukanlah suatu kerja yang mudah. Ia menuntut seperit-perit pengorbanan, jadikanlah kesukaran ini sebagai satu landasan usaha untuk mendapat kemudahan bagi rakyat seluruhnya. Lupakanlah 'label' yang sengaja dilekatkan dibaju dato'. Jadikanlah ianya sebagai satu sebab untuk meraih dan melakar lebih banyak kejayaan.

Pesanan kepada Dato' Seri Anwar, teruskanlah berjuang asalkan ia bukan perjuangan untuk menjatuhkan sesiapa. Alaskanlah usaha itu sebenar-benarnya berkainkan keadilan. Jangan benarkan diri anda di'label'kan sebagai perampas takhta melalui jalan pintas .

Untuk semua pemimpin, berusaha sajalah dan benarkan rakyat menilai. Anda perlu yakin yang akhirnya nanti, yang benarlah pasti akan menang. Namun sebaik-baik penilaian adalah penilaian yang dibuat oleh Yang Maha Mengetahui.

Sekali lagi, kita tidak mampu untuk berpecah didalam merentasi tahun 2009, satu tahun yang pastinya penuh dengan cubaan.

Hah ... kepada semua wakil rakyat tanpa mengira apa partinya, andalah sebahagian dari 'kerajaan Malaysia'. Anda mesti bertanggungjawab memikul amanah ini bersama-sama.

Wassalam.

Cabaran ekonomi kita ialah sikap 'Wait and see'

Tunggu dan lihat adalah salah satu falsafah dalam bidang pelaburan. Tunggu dan lihat adalah merupakan satu ''tindakan berjaga-jaga'' bagi pihak yang bermain dalam dunia pelaburan dan perniagaan untuk mengelakkan kerugian. Jika boleh untung, baru melabur jika tidak buat apa yang patut.

Tidak pernah ada salah mengamalkan sikap tersebut, namun sebagai masyarakat yang bertanggungjawab, sektor swasta terutamanya, harus mengambil pendirian untuk melakukan 'khidmat negara' kali ini supaya ekonomi kita tidak terus merundum, jika tidak pastinya masa depan ekonomi kita juga akan terjejas seterusnya mendatangkan kesukaran kepada masyarakat umum. Khidmat negara yang diperlukan ialah meneruskan pelaburan tetapi dengan langkah bijaksana dan penuh kesungguhan untuk mencari jalan penyelesaian ataupun kaedah untuk mengatasi apajua halangan sesuai bagi operasi dan kondisi perniagaan masing-masing.

Biar kali ini kita susah sikit, yang penting masa depan kita tidak terjejas.

Jika kita melihat kepada asas dan strategi ekonomi kita, cukup meyakinkan, tapi permasalahan seperti sikap tunggu dan lihat menjadi salah satu halangan dalam merencanakan strategi kita menghadapi kemelut kemerosotan ekonomi yang bakal kita tempuhi.

''Wait and see'' berkaitan rapat dengan soal keyakinan. Jadi saya cuba bawakan apakah kelebihan kita dalam sudut ekonomi mudah-mudahan ia menimbulkan keyakinan kepada kita untuk terus bertindak sesuai dengan kapasiti masing-masing.

1. Kita tidak terlalu bergantung kepada eksport walaupun penurunan kadar eksport akan sedikit sebanyak memberikan tempias kepada kita. Ini kerana hampir 70 peratus ekonomi kita dijana oleh ekonomi domestik kita sendiri. Kalau eksport jadi masalah, salah satu cara kita mengatasinya ialah mengurangkan import. Belilah barangan keluaran tempatan. Barangan buatan Malaysia.

2. Struktur ekonomi kita telah berubah kerana pengajaran krisis kewangan 1997. Perbankkan kita masih mantap, malah kemajuan kita dalam sektor kewangan Islam amat membanggakan. Perbankkan Islam salah satu contoh antara penyelamat ekonomi kita.Pinjaman melalui Perbankkan Islam adalah berdasarkan kapasiti aset sesuatu entiti perniagaan, maka ia boleh mengambarkan nilai sebenar sesuatu perniagaan. Iaitu produktivitinya mampu dikenalpasti secara lebih tepat. Berbeza dengan amalan perbankkan konvensional dimana terdapatnya ruang untuk manipulasi oleh sesetengah pihak yang tamak dan jahat, tambahanlagi sistem ini membenarkan ia dilaksanakan berdasarkan presepsi. Jadi ada baiknya sistem kewangan Islam terus kita amalkan, pelajari dan perbaiki sehingga mencapai seperti yang dikehendaki oleh sistem itu sendiri. Sistem ini memberi nilai keadilan dalam perniagaan.

3. Kita bukannya 100 peratus mengamalkan falsafah ekonomi kapitalis. Ekonomi kapitalis tidak membenarkan langsung campurtangan kerajaan. Kerajaan kita di Malaysia masih mempunyai peranan dan tanggungjawab dalam operasi ekonomi kita. Melalui tanggungjawab inilah sektor ekonomi kita mampu bertahan kerana jika kita sebut kerajaan tentunya ia melibatkan rakyat. Maknanya rakyat turut terlibat dalam menentukan jatuh bangunnya ekonomi kita. Sebagai contoh, ketika krisis mata wang 1997, kerajaan terpaksa membuat 'bail out' kepada beberapa syarikat, terutamanya syarikat berkaitan kerajaan demi untuk mengelakkan ramai pekerja kehilangan pekerjaan. Jika tahap penggangguran tinggi, ia juga merupakan salah satu sebab untuk ekonomi kita terus merudum. Jadi disinilah peranan kerajaan iaitu memberi bantuan dimana perlu demi kepentingan rakyatnya.

4. Kita bukan negara malapetaka. Syukur kepada Tuhan yang Maha Penyayang lagi Maha pemurah. Malaysia dianugerahkan bumi yang subur. Berbilang bagi kita bukan bermakna berpecah. Berbilang bagi kita adalah suatu nikmat. Bukan saja masyarakat kita berbilang kaum, agama dan budaya malah ekonomi kita juga turut berbilang. Kita ada sedikit minyak dibawah tanah, diatas tanah. Kita ada air yang banyak, dikelilingi lautan, bumi penuh kehijauan hutan.Dan banyak lagi. Berbilang juga bermaksud pelbagai. Dalam konteks ini, kepelbagaian ekonomi kita juga turut menjadi satu faktor untuk kita terus bertahan. Soalnya hanyalah bagaimanakah kita harus merencana dan mengatur strategi supaya sumber ekonomi perbagai ini dapat kita urus dengan sebaik-baiknya. Kalau perpaduan menyebabkan kita makmur, tentunya kesepakatan dalan tindakan menghadapi permasalahan ekonomi juga mampu menjadikan kita turut makmur dalam ekonomi.

Jadi sebagai rakyat, kita perlu akur dan menyokong apa jua strategi pihak kerajaan dalam menghadapi permasalahan ekonomi semasa. Kita ulangi kejayaan kita dulu dalam menempuh apa jua kesukaran di masa lalu. Jawapannya kita mesti bersatu. Soal politik belakang kira. Cukup masa kita nilai semula.

5. Menurut falsafah ' setiap kesukaran disertai kemudahan', saya amat yakin, jika kita ikhlas pastinya kita memperolehi kemudahan. Bukan ingin memuji rakyat sendiri, tapi itulah sikap kita suka membantu orang lain. Mangsa tsunami kita bantu, Darfur kita menyumbang, pendek kata, bila ada saja berlaku kesusahan dan kesukaran sekitar dunia ini, kita pasti ada disana untuk membantu. Nah ini satu lagi asas keyakinan untuk kita terutamanya pihak swasta untuk mengurangkan sikap 'tunggu dan lihat', pihak swasta kita cukup terkenal dengan sikap pemurahnya. Jadi ketika membantu orang yang susah, tentunya ia juga satu kesukaran kerana kita terpaksa mengurangkan sedikit kelebihan kita demi untuk kemudahan orang lain. Pasti ini mendapat perhatian oleh Yang Maha Kuasa. Tuhan Yang Maha Pemurah. Jadi yakinlah jika kita bertindak untuk melabur dengan niat untuk menyelamatkan ekonomi kita, ia juga satu kesukaran, tapi tetapkanlah keyakinan bahawa kesukaran itu kelak pasti akan mendatangkan kemudahan dan kesenangan.

6. Kita tidak perlu bergantung kepada acuan orang lain untuk mengurus ekonomi kita. Kita ada acuan kita sendiri kerana ekonomi sesebuah negara tidak akan pernah sama. Pasti berbeza. Maknanya kita kena yakin bahawa kita mampu mengurus ekonomi kita mengikut acuan kita sendiri. Ter'eksperimen' ketika 1997 sebenarnya memberikan kita petunjuk bahawa tiada lebihnya pakar luar terutamanya dari barat berbanding dengan pakar kita. Justeru itu yakinlah kita boleh, Malaysia pastinya boleh.

Belilah barangan buatan Malaysia. Apa jua rancangan kerajaan kita patut sokong, kita tidak mampu untuk berpecah ketika ini. Biarkan politik kekal sebahagaian daripada negara kita, dan jangan biarkan politik mendominasi negara kita. Apatahlagi ia menyebabkan kita berpecah. Masyarakat yang bertamadun tidak menilai hanya berdasarkan presepsi semata-mata, tapi berusaha keras mencari kebenaran bagi memastikan kemakmuran ini kekal menjadi anugerah kepada kita.


Wassallam.

Wednesday, January 7, 2009

Masa untuk menyumbang : Belilah barangan buatan Malaysia

Dalam situasi ekonomi yang agak kurang memuaskan pada tahun ini, 2009, marilah kita menyebarkan kepada seluruh rakyat Malaysia agar membeli barangan buatan Malaysia.


Sumbangan ini akan dapat sedikit sebanyak menyumbang kepada perkembangan ekonomi domestik kita dikala eksport kita dijangka menurun. Ia juga bertujuan mengurangkan import barangan luar.

Perkiraan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK ) adalah berdasarkan kadar produktiviti sesebuah negara, salah satunya kaedah pengiraan adalah mengikut Formula Berikut :


KDNK = kepenggunaan + Perbelanjaan Kerajaan + Pelaburan Kasar (Swasta)+ (Eksport - Import)


Dalam kes kita di Malaysia, tahap kepenggunaan iaitu kemampuan membeli dan tabiat perbelanjaan agak merosot mungkin disebabkan kerisauan tentang gangguan sumber pendapatan terutamanya pekerja dari sektor swasta. Namun begitu mengikut sesetengah pendapat, rakyat Malaysia memang suka berbelanja.


Apa yang diperlukan dari segmen kepenggunaan ialah kita mesti terus berbelanja tapi perlulah dengan bijak iaitu membuat pembelian yang mengikut keutamaan daripada barangan asas, iaitu barangan keperluan sehinggalah barangan kehendak. Jika kita terus mengekalkan momentum kepenggunaan ini kita boleh mengelakkan segmen kepenggunaan kita tidak menurun.


Perbelanjaan kerajaan. Suntikan 7 billion Ringgit baru-baru ini adalah satu tindakan bijak kerajaan dalam mengimbangi kemerosotan segmen pelaburan terutamanya dikalangan sektor Swasta. Pada tahun 2009, perbelanjaan kerajaan seharusnya lebih banyak supaya pihak kerajaan dapat menjadi pemangkin kepada perkembangan segmen pelaburan terutamanya dari pihak swasta. Paling tidak pun perbelanjaan kerajaan ini mampu menyeimbangi segmen pelaburan.


Kenaikkan gaji kakitangan awam sebelum ini turut menjadi sebab kenapa kita lambat mendapat tempias ekoran kemelesetan ekonomi dunia. Kerana adanya peningkatan kuasa beli rakyat, sektor domestik mampu bertahan sehingga ke tahap ini. Namun jika kerajaan ingin terus meningkatkan segmen kepenggunaan, pemberian bonus kepada kakitangan awam pada suku pertama adalah satu tindakan yang cukup baik untuk menyokong kempen belilah barangan buatan Malaysia.

Pelaburan kasar terutamanya dikalangan pihak swasta agak menurun kerana pada kebiasaannya suasana kegawatan tidak sesuai untuk melabur kerana dikuatiri permintaan terhadap sesuatu produk adalah berkurangan, lagi pun juga ditakutkan kadar pulangan pelaburan dijangka kurang baik.


Namun begitu melihat pada perkembangan semasa iaitu dalam segmen perbankan, Bank kita di Malaysia ini agak cemerlang kerana rasanya belum ada satupun bank kita 'bankrup'. Ini satu kelebihan. Tindakan Bank negara untuk terus mengekalkan kadar faedah juga membantu sektor perbankkan untuk terus menawarkan pinjaman kepada sektor swasta , ditambahlagi dengan penambahan dan pengubahsuai tempoh bayaran balik pinjaman yang lebih lama mampu mengurangkan beban bayaran ansuran bulanan. Ini satu lagi tindakan bijak, ini terbukti kerana peratusan pinjaman tidak berbayar adalah pada kadar kurang dari 3 peratus.


Pengurusan Bank negara patut dipuji kerana dapat mengembangkan sektor perbankkan Islam disamping terus mengekalkan perbankkan Konvensional. Tindakan ini juga patut dipuji. Perbankkan Islam adalah berdasarkan produktiviti, nah ini mampu menunjukkan kualiti sebenar pelaburan.


Eksport kita dijangka menurun terutamanya eksport ke Amerika Syarikat kerana negara itu sedang mengalami kegawatan ekonomi sekaligus mengurangkan kuasa beli rakyat Amerika. Namun menghalakan lebih banyak eksport kita kepada negara Timur Tengah dan sekitar Asia serta EU mungkin dapat membantu.


Justeru dengan jangkaan menurunnya kadar eksport negara kita, maknanya kita mesti mengurangkan import sebagai salah satu cara untuk mengimbangi penurunan kadar eksport tersebut itu. Pergurangan eksport juga bermakna pengurangan produk, ini juga bermakna kapasiti pengeluaran kilang kita juga turut berkurangan dan juga memungkinkan pengurangan pekerja. Bila pemberhentian perkerja berlaku maknanya sektor kepenggunaan turut merosot kerana kurangnya pendapatan isi rumah. Jadi bagi meminumumkan impak tersebut, kita harus meningkatkan permintaan domestik supaya sektor perkilangan masih mampu mengekalkan produksi dan pengeluaran barangan tempatan pada kadar yang paling sesuai dengan keadaan ekonomi dunia . Jadi kempen belilah barangan buatan Malaysia adalah sesuatu yang perlu disokong dengan sepenuh hati, paling tidak sebagai salah satu cara kita menyumbang kepada negara agar taraf hidup dan ekonomi kita kekal stabil seterusnya mengelakkan lebih ramai rakyat kita jatuh kepada tahap kemiskinan tegar.


Akhir sekali,


Belilah barangan buatan Malaysia, sambil menyumbang kita dapat barang.

Kurangkanlah berpolitik, kita tingkatkan perpaduan kerana perpaduan adalah Asas Ekonomi yang paling penting untuk kita jaga sebagai rakyat Malaysia.

Monday, January 5, 2009

Lima anggota AMK ditahan di KT?


" Menurut Ketua AMK pusat, Shamsul Iskandar Mohd Akin, mereka ditahan pada kira-kira jam 5 pagi ketika menampal poster memaparkan gambar mendiang Altantuya Shaaribuu, sebagai sebahagian daripada kempen pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu."


Keratan berkenaan diambil dari Laman Berita Malaysiakini.com. Apa yang menjadi persoalan ialah apakah relevannya memaparkan gambar mendiang Altantuya Sharibuu sebagai salah satu cara berkempen.


Kadang-kadang aku pun naik heran kenapa masih ada manusia menggunakan 'presepsi negatif' ataupun teknik 'fitnah' ini dalam kempen. Aku kata fitnah kerana sehingga kini belum ada satu bukti yang sahih pun berjaya dikemukakan untuk mengatakan kes ini ada kaitan dengan sipolan bin sipolan.


Niat menggunakan gambar Mendiang Altantuya sebagai salah satu strategi pilihanraya sememangnya jijik dan memalukan bagi manusia yang selama ini memperjuangkan konsep keadilan. Keadilan apakah ini? Orang yang telah meninggal dunia pun boleh dieksploitasi demi merebut amanah. Siapa tidak kesian pembunuhan kejam Altantuya, tapi beginikah caranya untuk membelanya?


Amanah. Ya amanah wahai pemain-pemain politik semua. Jangan main-main. Contohilah sikit calon Pas yang tidak mau menyerang lawannya secara peribadi. Begitu juga Calon BN yang setakat ini lebih suka untuk bertanding secara baik. Bukankah ini lebih baik, bertanding dalam suasana yang aman dan membenarkan rakyat Kuala Terengganu membuat pilihan secara matang. Orang luar yang tidak berkaitan tu tidak payahlah susah-susah untuk menyibuk, saya amat yakin orang Kuala Terengganu lebih matang dan lebih mengetahui siapa yang layak memegang amanah mereka.


Ni aku nak kempen sikit kepada pemain-pemain politik di Kuala Terengganu : Hindarilah sifat syak wasangka antara kita, Bersangka baiklah kita serta jadilah manusia yang bertamadun iaitu manusia yang memperolehi sesuatu tanpa menggunakan sedikitpun cara kejahatan.


wassallam.

Bermulalah Tahun Baru 2009

Sibuk. Seronok. Azam baru dot dot dot..

Antara situasi yang sedang dialami oleh sebahagian dari sahabat-sahabat dan kawan-kawan kita menempuhi hari persekolahan anak-anak, pekerjaan dan sebagainya diawal 2009 ini.


Apapun situasinya, kita patut bersyukur kerana situasi ini menunjukkan kita sebenarnya masih seorang manusia biasa.


Sesuatu yang dapat terlakar kali ini adalah sebahagian dari pengisian sejarah kita yang akan mengukir senyuman manis ketika kita sudah tua. Senyum puas.


Saya iringi doa semoga kita semua sentiasa dalam keadaan yang amat sejahtera di tahun 2009 ini.


Selamat Tahun Baru.