Friday, January 9, 2009

Zon selesa : Sindir dan tegur diri sendiri


Kisah kekejaman di Gaza cukup menyentuh hati, ikutkan perasaan ingin saja ku berada di sana, setidak-tidaknya mungkin ada yang boleh aku bantu. Paling tidak tolong angkat anak-anak dan orang tua yang cedera kena bedilan tentera zionis yang menembak secara membuta. Mau saja ku 'flying kick' satu-satu pembunuh-pembunuh tersebut. Ini soal kemanusian ini soal kekejaman. Rasanya ramai insan seluruh dunia turut memendam rasa seperti aku, berangan-angan menjadi 'pembantu' atau 'penolong' tatkala anak kecil berwajah bersih dan orang tua berwajah sayu satu persatu gugur menyembah bumi.


Angan-angan. Setakat itulah saja yang aku mampu lakukan. Ini realitinya.


Dalam perang perasaan ini aku cuba untuk mencari cara bagaimana untuk aku turut mampu menyumbang demi kebaikkan manusia sejagat.


Langkah pertama : Sindir dan tegur diri sendiri dan cari bagaimana cara untuk cuba mengatasinya. Al maklumlah setakat ini belum ada kengkawan yang sudi 'warning' aku apa lagi menegur aku. Jadi kena tegur diri sendiri. Bukan salah mereka mungkin mereka takut aku 'terluka'dan ambil hati. Sikap orang timur.


Check check, Ohhhhh ... rupanya aku terperangkap dalam zon selesa. Meh aku cuba kasi 'telanjang' ini cerita 'Terperangkap di Zon Selesa' . Mudah-mudah dengan membuka hijab masalah ini aku lebih baik dari semalam.


Zon selesa merupakan satu keadaan di mana aku berasa cukup dengan apa yang ada tanpa memikir cara dan bagaimana untuk keluar darinya, paling tidak ke satu zon yang membuatkan aku lebih berjaya.


Sebelum berada di zon selesa, tentunya telah ada pengorbanan dan amal terdahulu yang pernah aku lakukan, paling kurang pengorbanan untuk keluar dari garis ke'kulut'an dan garis kemiskinan, al maklumlah aku anak kampung yang agak ketinggalan. Tapi usaha dan pengorbanan itu bukan kerja aku seorang. Ibubapa, abang kakak, saudara mara, jiran tetangga, orang kampung, cikgu malah kengkawan juga turut terlibat dalam kejayaan pertama aku keluar dari semua itu. Jadi ikut peratusannya agak sikit sangat penglibatan aku dalam 'pengorbanan dan usaha' yang selama ini rasa-rasanya aku 'çlaim' pengorbanan diri. Itu belum tolak peratusan dari bantuan dan sumbangan pihak kerajaan, pihak Yayasan Sabah dan pelbagai pihak lagi. Maka makin sedikitlah 'share' pengorbanan aku untuk jadi seperti aku ketika ini. Belum lagi masuk kasih dan rahmat Yang Maha Pengasih dan Yang Maha Penyayang. 0.001% pun belum tentu layak aku gelar pengorbanan.


Apa pula situasinya berada dalam zon selesa.


Bersikap kurang berusaha. Selalu beralasan. Berasa puas dengan apa yang aku ada. Kurang mensyukuri nikmat yang diberikan oleh Yang Maha Pemurah.


Aku juga rupanya sering berharap kepada orang lain sehinggakan hilang keyakinan tentang kebolehan diri sendiri. Sikap "Kalau aku tidak buat pun, alahhhh, ada si anu dan si anu boleh buat untuk aku ". Itulah bisikan yang sering ku dengar.


Aku juga tidak berani untuk keluar daripada situasi kebiasaan. Takut. Tidak yakin. Terperangkap dengan apa yang ada.


Nampak gayanya aku telah dilanda sindrom takut dan tidak yakin walaupun aku sering menidakkan hakikat ini. Masih ada.


Bukan itu saja, aku juga ada sikap menyalahkan orang lain. Lihat saja cara aku bercakap, kadang-kandang pandai juga mengatakan si polan salah si anu begini dan si dia begitu. Kadang-kadang macam penganalisis kononnya. Peh ... aku masih begitu juga.


Aku kerap bercerita kisah kejayaan dulu, kesusahan dulu, kejayaan dan kesusahan yang sudah berlalu. Bangga diri. Eksen rupanya aku.


Sebenarnya banyak lagi sifat negatif yang aku miliki. Yang positif tu memang ada tapi untuk menegur kenalah pilih sikap yang paling teruk supaya kita tahu dimana kelemahannya.


Jadi apa pula cara untuk mengatasinya.


Takut. Dengan meletakan ketakutan hanya kepada Yang Maha Memiliki Hari Pembalasan saja kes ketakutan ini boleh aku hindari. Bukan bermakna Takut kepada Yang Maha Kuasa, tapi takut kepada ancaman api nerakaNya. Terbaca juga hadis yang menyatakan bahawa hilang 1 per 3 agama seseorang yang takut kepada manusia dengan mengagungkannya melalui perbuatan ,.... dan hilang seluruh agamanya jika mengakui dengan hati, dengan perbuatan dan perkataan tentang ketakutannya kepada seseorang manusia. Manusia tidak layak ditakuti. Jadi mulai hari ini aku cuba untuk tidak takut kepada sesiapa pun, maksudnya manusia. Singa takutnya kategori lain. Boss?... bos bukan untuk ditakuti tapi dihormati dan dipatuhi selagi mana arahan dan tindakannya tidak menyuruh kita menderhaka kepada Tuhan yang Maha Kuasa. Jadi bermula dari hari ini aku akan cuba untuk meletakkan 'ketakutan' aku hanya kepada Allah.Titik.


Berasa puas dengan yang ada. Dalam kes ini aku mesti merasakan bahawa 'credit' yang ada saat ini tidak mampu bertahan selamanya. Aku mesti beranggapan bahawa zon selesa ini tidak akan pernah kekal. Jadi aku kena cari cara lain untuk 'top up' credit sedia ada sehinggalah nyawa sampai ke akhir garisan. Hukum alam, tidak satupun kejadian bernama makluk akan kekal, pastinya ada tamat tempoh. Kekal hanyalah selayaknya milik Yang Maha Kekal, Dzat Yang Berdiri Sendiri yang tidak baginya sifat mengantuk dan tidur.


Bangga diri dengan kejayaan lalu. Untuk aspek negatif dari sikap ini aku perlu mengamal dan mempercayai dengan penuh sesungguhan bahawa 'Setiap kesukaran disertai kemudahan, jika kamu telah selesai melaksanakan suatu amal/usaha maka buatlah amal/usaha yang lain dengan lebih baik ...' antara hikmah dari Surah Al-Insyirah(Kelapangan hati).


Yang lain tu aku fikir kemudianlah, selagi kita mempercayai hikmah :'' Demi masa. sesungguhnya manusia dalam kerugian, melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh. Juga bagi mereka yang berpesan-pesan kepada kebenaran dan kesabaran'. Tentunya akan ada masa untuk kita'.


Tulah teguran untuk diri sendiri, kalau ada yang ingin menegur silakan, sesungguhnya sahabat yang baik itu ialah sahabat yang sentiasa menegur akan kesilapan sahabatnya.


Mengambil kisah teguran ini, boleh juga aku kaitkan dengan kisah di Gaza. Ramai antara kita masih seperti aku, masih berada di zon selesa. Terperangkap di zon selesa. Justeru itu jangan heran jika kisah Kekejaman di Palestin yang sudah terlalu lama kita saksikan masih wujud ke hari ini. Malah akan terus berlaku hingga ke hari esoooooooooook.


Mungkin ada insan yang berkeupayaan diluar sana, kajilah kisah ini kerana antara salah satu sebab kenapa Palestin masih begitu adalah kerana kita, terutamanya negara Islam masih terperangkap di zon selesa.


wassallam.


No comments: