Monday, January 19, 2009

Kuala Terangganu : Apa hikmahnya?

Macam orang lain, aku tidak terkecuali bercerita dan mengikuti proses Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Terengganu.

Berikut rasa-rasanya aspek yang boleh aku catatkan Hikmah dari pilihan raya tersebut. Kalau tidak tepat pun tidak mengapa kerana penganalisis politik pun ramai juga yang tersasar telahannya. Soal pilihan pengundi tiada sesiapa boleh mengetahui selain hanya mampu menyangka. Aku sekadar memberi pendapat.


1. Taktik dan pendekatan lama sudah kurang sesuai, seperti Majlis perasmian itu dan ini, tapi motif sebenarnya ialah untuk berkempen. Tentang pembangunan rasanya rakyat lebih tahu, al maklumlah sumber maklumat di negara kita ini cukup meluas. Bab pembangunan keperluan asas seperti jalan, air, sekolah dan sebagainya telah difahami bahawasanya itu memang tanggungjawab kerajaan, samaada ia melibatkan skop kerajaan pusat atau kerajaan negeri. Jadi cerita pembangunan tidak lagi begitu menarik hati para pengundi malah kadang-kadang dijadikan 'senjata' untuk serang balik kerajaan. "Sekarang baru mau bikin?"


2. Politik ugutan. Soal jawatan, soal kedudukan lebih dilihat hanya manfaat untuk calon. Sebagai contoh, dalam media ada seorang menteri mengatakan bahawa kalau orang Kuala Terengganu tidak memilih calon BN, mereka akan kehilangan wakil yang bertaraf Timb. Menteri. Soal jawatan ini tidak boleh dijadikan bahan ugutan kerana kalau benar kerajaan prihatin dengan keperluan masyarakat di sesebuah negeri, kerajaan boleh memilih daripada Ahli parlimen yang sedia ada dalam negeri tersebut, tidak semestinya diisi oleh calon yang baru bertanding.


3. Media. Kalau tidak tahu lebih baik diam. Sebabnya semakin kita banyak bercakap makin banyak kesilapan dan kelemahan kita terdedah. Dalam soal ini pihak Pakatan rakyat sebenarnya lebih beruntung. Sebab mereka kurang bercakap dan kurang didedahkan di media perdana, jadi kurang kelihatanlah kelemahan mereka. Dalam politik semua sama saja tiada yang lebih. Sebenarnya adalah lebih baik berjalan berundur tapi bergerak kehadapan. Alah macam iklan digi ka apa tu. Berjalan di atas bola. Langkah kebelakang tapi kita bergerak kehadapan. Bola itu melambangkan alat yang boleh dijadikan sandaran untuk menentukan cara pendekatan. Pada masa ini pihak pakatan rakyat lebih banyak menggunakan teknik ini, media perdana mereka kurang, tapi media baru mereka menang.


4. Hakikat paling pahit perlu diterima kerana itulah sebenarnya penawar. Maksudnya, pihak atasan Barisan nasional perlu menerima kenyataan bahawa mood rakyat tengah keliru, tengah sakit sebab takut bayangan ngeri ekonomi dunia, jadi jangan dicelarukan lagi. Bak situasi suami isteri, sebenarnya sikap mengalah lebih baik, tapi bukanlah bermaksud kalah. Kalau dua-dua tidak mahu mengalah, emmmm .. peluk bantal, telan air liur sajalah.


5. Jangan serang kelemahan orang. Ataupun jangan suka menuding telunjuk kepada kesalahan orang, sebab empat jari 'confirm' menuding kesalahan sendiri. Maksudnya, jangan kerap sangat mengkritik cara dan pendekatan pihak Pakatan Rakyat terutamanya kerajaan negeri yang ada dipihak mereka, sebab mereka baru setahun jagung. Kalau dibanding dengan setahun kayu balak jenis cengal tentulah tidak adil. Tidak layak dibuat perbandingan pun. Kalau pendekatan mereka baik pujilah dengan ikhlas, maksudnya kita menghargai kebaikkan untuk rakyat. Sebab akhir sekali rakyat itulah kata kunci dalam arena politik ini.


6. Kita selalu mengatakan lagu dulu-dulu tu lebih baik, kenapa? sebab ada nostalgia. Orang lama kita selalu kata, muzik jenis terkini ntah apa apa ntah, merepak lah, tidak macam lagu dulu-dulu. Kalau zaman rock dulu, orang tua selalu pandang serong, tapi rockers dulu-dulu tu sudah jadi bapa hari ini, laki dan bini orang. Lebih matang. Lebih bertanggungjawab. Tidak jahat sampai ke tua pun. Malah lebih ramai dari mereka jadi cukup baik. Jadi apa salahnya menerima fesyen semasa, asalkan jangan melanggar batas nilai. Jadi peminat lagu 60 puluhan 70 puluhan tu bagi canlah rockers 80,90 an jadi pemimpin. Dengan syarat rockers 80, 90 an jangan kutuk peminat muzik 'indi' sebab mereka juga akan kelompok pemimpin pendapat. Kalau 'time' belajar dulu, siapa yang terlalu bendul tu dipanggil skema. Senang cerita zaman telah berubah.


7. Yang bukan terakhirnya, bersikap adillah dengan semua orang, katakanlah aspek yang baik. Zaman ini menuntut permainan yang seadil-adilnya. Gelanggang Politik yang seadil-adilnya. Media perdana patut jadi pelapor bukan pengampu. Ingat generasi muda yang mewakili 60 peratus daftar pengundi ingin melihat ' fair game' . 'refree' yang adil. Baru syok, kalahpun seronok. Baru ada feels. Biar lah pemain politik Malaysia seperti pemain bola sepak peringkat dunia, professional. Titik.


Majulah politik untuk negara.

No comments: