Showing posts with label agama. Show all posts
Showing posts with label agama. Show all posts

Wednesday, September 24, 2008

Pencari malam Al Qadar

Asalamualaikum, dan salam sejahtera,

Kepada umat muslimin dan muslimat, Selamat berpuasa dan Selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Keampunan jua yang dipinta .

Kepada kekawan yang lain, semoga raya tahun ini menjadi penyuntik semangat perpaduan dalam diri kita.

Malam Al Qadar atau Lailatul Qadar. Suatu malam yang lebih baik dari 1000 bulan, begitulah bertapa besarnya Anugerah Malam Istimewa ini. Pada malam itu para malaikat turun ke bumi mencari penerima-penerima anugerah yang berjaya mendapatkan Malam Al-Qadar ini dan membawa permintaan dan doa serta amal ibadat mereka ke hadapan Maha Pencipta untuk balasan yang tidak terhitung banyaknya.

Soalannya, Adakah kita telah bersedia menjadi Pencari atau berusaha mendapat anugerah ini. dan tentunya yang terbaik dan bertuah akan menerima anugerahnya.

Nabi S.A.W menyarankan kita agar memohon keampunan, mudah-mudahan dengan keampunan itu kita menjadi manusia yang selayaknya bergelar manusia yang boleh melaksanakan peranan kita sebagai Khalifah di muka bumi yang fana ini dengan jayanya.

Bagi insan yang merasakan telah bertemu Malam Al-Qadar, tetapi merasakan doanya tidak dikabulkan, jangan bersedih tetapi sebaliknya berterima kasih dan bersyukur kerana Doa anda tetap dimakbulkan walaupun bukan dalam bentuk yang kita minta kerana Allah Pemilik Seluruh Alam Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. Kerana Allah adalah Sebaik-baik Pemberi Rahmat atas sifatnya Yang Maha Pengasih dan Yang Maha Penyayang.

wasssalam.

Friday, September 19, 2008

Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan

Assalamualaikum/Salam Sejahtera.

Kawan,

Nilai dalam agama seharusnya kita ikuti dan fahami. Salah satu perkara yang perlu kita fahami ialah soal matematik kehidupan.

Formula :

Sesungguhnya Setiap kesukaran disertai kemudahan.

Jika sekirannya kita tidak sanggup mengharungi kesukaran maka janganlah berharap untuk menikmati kemudahan.

Inilah syarat pertama untuk menjadi mudah/senang . Mudah dan senang ini hanya individu itu sendiri yang merasakanya. Ini kerana 'kaya harta' bukanlah persamaan bagi kemudahan sebab kaya harta adalah sebahagian daripada kemudahan.

Jika kita percaya atau beriman bahawa inilah salah satu formula kehidupan, mudah-mudahan kita akan beroleh kelapangan dada.


...(tetapkanlah kepercayaan mu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
(sekali lagi ditegaskan); Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran itu disertai kemudahan.
Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),
Dan kepada Tuhanmu sahaja engkau memohon(apa yang engkau gemar dan ingini).
-Al Insyirah /Kelapangan : Ayat 5-8.-


Every negative event contains within it the seed of an equal or greater benefit.
-Napoleon Hill - Author of the success classic Think and Graw Rich-
When life hands you a lemon, squeeze it and make lemonade.
-W. Clement Stone - Self-made multimillionaire and former publisher of success Magazine.-
Marilah Kita Fikirkanlah bersama.

Isu Memasang CD Al-Quran pada waktu subuh dengan menggunakan pembesar suara

Assalamualaikum/Salam Sejahtera,

Sebenarnya memasang CD Bacaan Ayat-Ayat Suci Al-Quran pada waktu Subuh apatah lagi dengan menggunakan pembesar suara sebenarnya bukanlah sesuatu yang dituntut. Apatah lagi tindakan menguatkan suara bacaan melalui CD itu akan mengganggu orang lain. Islam adalah agama yang bertoleransi dan menjamin apa jua soal-soal yang berkait rapat dengan hak. Namun Islam tidak boleh bertoleransi terhadap sesuatu yang batil. Dalam Islam kebenaran yang hakiki itu adalah sesuatu yang wajib dipertahankan.

Cuba kita fikirkan, apabila kita di Masjid, surau atau dimana jua tempat ibadah, kita dilarang menguatkan bacaan dalam sembahyang kerana mungkin perbuatan kita akan mengganggu jemaah yang lain. Perkataan menguatkan dalam konteks suara kita sudah dilarang apatah lagi menguatkan suara melalui 'Loud Speaker'' tentulah ia akan menimbulkan ketidak selesaan orang lain. Hal ini berbeza dengan amalan laungan Azan kerana azan itu adalah pemberitahuan kepada sampainya waktu sembahyang (kadar kuat yang sederhana) dan rasanya lagi dalam konteks Malaysia kita yang berbilang kaum ini, rasanya azan bukanlah sesuatu yang mengganggu orang lain. Kita seharusnya menghormati toleransi masyarakat minoriti di negara ini sebab kita telahpun mengamalkan toleransi kepada agama lain sejak dari dulu lagi.

Konsep menghormati antara agama ini adalah dalam keimanan / kepercayaan kita :

Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah,
Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah,
Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah,
Dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah.
Untukmulah agamamu dan untukkulah agamaku.

Semoga kita semua memahami antara satu dengan yang lain dalam konteks ini.