Sunday, February 26, 2012
Saturday, August 13, 2011
Majlis Penyerahan Sedekah Ramadhan 2011,Masjid Al-Hadi Kg. Jabang
Kg Jabang : Jalan jalan 'time' puasa
Wednesday, July 20, 2011
Tuesday, February 22, 2011
Teringin Berblog Semula
Monday, August 17, 2009
Draf 'Jodoh antara Rasional dan Tanggungjawab' yang belum siap
Alahai susah pula mau menulis artikel ni... ah korang baca lah tulisan draf ini... kalau ada masa aku siapkan lah menjadi satu artikel yang lebih baik.
Rasional = dapat diterima oleh akal fikiran sesuai dengan kemampuan otak
Tanggungjawab= bila ada sesuatu korang mesti tanggung dan kalau timbul sebarang perkara, korang mesti jawab.
Baling batu sembunyi tangan.
Perbuatan, tindakan, perkataan yang rasional
Perbezaan itu suatu rahmat.
Baru baru ini saya terfikir, apa sebenarnya tuntutan pelajaran daripada senario politik negara bermulanya dari pru 12 hingga ke hari ini, rakyat masih dihidangkan dengan cerita dan berita tentang ketidakpuasan, lontaran hujah-hujah sama ada pro atau kontra tentang sesuatu perkara yang 'diperkelahikan' sehinggakan telah semakin banyak timbul bibit -bibit perpecahan serta keresahan dalam masyarakat malaysia. Pendek kata, telah ada suasana kecelaruan dalam masyarakat kita.
Kalau diamati dari hujah, apatah lagi kalau diteliti dari pendapat dan pandangan, ada rasionalnya juga. Tapi mana titik pertemuannya. Mana hasilnya. Mana Manisnya.
Aku tercari-cari, apa kurangnya makhluk bernama 'rasional' ini.
Fikir-fikir punya fikir ......oooooohhhhhh rupanya 'rasional' ini masih bujang sebab tu belum berhasil. Belum ada zuriat. Ini juga melihat ke dalam diri sendiri yang kononnya hujah-hujahku selama ini memang rasional tapi terasa masih belum lengkap...
Jadi, lebih baik aku kasi kawin si 'rasional' ini moga-moga ada bibitnya, tapi dengan siapa. Cari-punya cari, aku terdengar pak ustad astro kata bahawa setiap yang rasional itu perlu ada sikap tanggung jawab. Nah, aku sudah jumpa. Si 'tanggungjawab' rupanya pasangan paling sesuai untuk si 'rasional'. Jadi Aku pun try kasi match diorang, dan dari penelitian ku, sesuai benarlah dua makhluk ini jika menjadi pasangan yang ideal. Saling melengkapi.
Kalau meraka sudah kawin, bahagiakah mereka?. Ah.. biarlah mereka kawin dulu, baru tahu pahit manisnya berumah tangga.
Patutlah selama ini negara kita bergolak, sebab rasional masih bujang. Alah kebiasaan orang bujang, pantang dahi licin, berdesub jantungnya.
rasional ni ramai, macamana mau kasi tau diorang bahawa supaya kawin, sekurang-kurang makin kurang 'kesumbangan'nya.
Nah meng'kasi' kawin diorang ni lagi satu masalah. Nantilah aku cari jawapannya.
sementara tu baik aku cari falsafah baru untuk hadiah perkahwinan dua makhluk ini, yang ni apa macam :
Tidak akan ada pertemuan yang sejati bagi kedua makhluk melainkan wujudnya perbezaan antara keduanya.
Bukan berpasangan namanya jika tiada perbezaan.
Kata orang agama, perbezaan itu suatu rahmat kerana pasti ada hikmah disebaliknya.
Atau mungkin : Begitu nikmatnya hubungan kelamin, mungkin begitu juga nikmatnya perbezaan.
alahai ... aku stop dululah ... nanti kalau ada masa aku sambung.
p/s : artikel ini ibarat masakan belum masak, jadi jangan terus makan takut mudarat.

Wednesday, June 10, 2009
Sunday, June 7, 2009
Sunday, May 31, 2009
Wednesday, May 13, 2009
Bunga misai kucing
Tuesday, May 5, 2009
Satu Malaysia, Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.
Padang Merdeka, Kota Kinabalu, 5 Mei 2009. Perjumpaan Dato' Seri Panglima Najib Bin Tun Abdul Razak bersama rakyat Sabah sempena kunjungan rasmi pertama beliau setelah bergelar Perdana Menteri Malaysia.Satu Malaysia, itulah antara isi kandungan ucapan beliau yang amat saya tunggu-tunggu. Saya selalu menginginkan agar harta kita yang paling bernilai iaitu perpaduan, kepelbagaian diurus dengan cara yang paling baik. Nah, konsep Satu Malaysia ini amat selaras dengan impian saya untuk melihat harta itu terus terpelihara.
Saya amat yakin apabila semua potensi dari kepelbagaian dapat diurus dengan lebih hikmah tentunya kita akan menuai hasil yang lebih bernilai tinggi.
PM kita juga turut mengingatkan kepada para pemimpin supaya sentiasa memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat. Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan.
Pemimpin bukan ditakuti, pemimpin ialah mereka yang disayangi dan dihormati.
Katanya :" tidak perlu karpet merah, tidak perlu kompang, tidak perlu bunga manggar " untuk menanti ketibaannya.
Bila saja ada dengar-dengar masalah rakyat , zusssss ... terus tengok (rakyat didahulukan), lepas tu apa jua masalah mesti diselesaikan dengan pantas (pencapaian diutamakan).
Isu Hospital juga diberi perhatian, dimana kerajaan akan membeli bangunan Baru SMC bernilai 2 ratus lebih juta.
Masalah rakyat : Keperluan Hospital baru sebab Hospital Queen Elizabeth telah diistihar tidak selamat diduduki (Rakyat didahulukan), beli bangunan sudah siap (pencapaian diutamakan).
Tulah antara yang aku faham, mudah-mudahan gaya kepimpinan Tun Abdul Razak akan tumpah kepada PM Kita.
Monday, March 30, 2009
Beluncas sudah dewasa
Friday, March 20, 2009
Fitnah : adaptasi dari cerita "Virus Komputer"
Hidup dalam suasana dunia globalisasi pada masa ini, manusia lebih mudah terkena serangan fitnah dan presepsi negative memandangkan ‘tool’ dan teknologi perhubungan terkini seperti internet, sms, mms telah menjadikan kita lebih mudah berhubung dan dihubungi , merentasi sempadan masa, tempat dan situasi. Dengan izin atau tanpa izin.Dalam artikel ini saya ingin membincangkan bagaimana untuk mengelak dan mengurangkan impak dan risiko fitnah dan presepsi negatif dalam dunia yang semakin bersambung pada hari ini.
Apakah itu Fitnah dan presepsi?
Fitnah adalah sesuatu perkataan yang menggambarkan nilai yang salah tentang seseorang atau pun sesuatu kumpulan manusia dan lari dari nilai kebenaran. Semua fitnah ini dimulakan oleh seseorang yang mempunyai niat jahat dengan tujuan menjatuh maruah malah untuk merosakkan seseorang ataupun kumpulan manusia. Fitnah boleh bergerak melalui percakapan mulut ke mulut, melalui teks atas kertas atau secara digital. Biasanya fitnah mampu bergerak dengan pantas dan berkembang menjadi satu maklumat yang lebih buruk apabila telah melalui beberapa peringkat pergerakan apatah lagi hari ini maklumat ini boleh bergerak tanpa sempadan. Fitnah ini mampu menembusi orang yang paling baik sekalipun.
Bila manusia bercakap mengenai fitnah, ada yang berkategori sebagai mengumpat, pembuli (melalui cara paksaan). Walaupun kategori ini dikenali berlainan tetapi matlamatnya tetap sama iaitu untuk merosakkan nilai seseorang.
Untuk melindungi hidup anda dari menjadi dari sebahagian daripada penyebar fitnah, anda boleh mempelajari ilmu-ilmu keagamaan dan mengamalkannya dalam diri anda. Ilmu keagamaan ini akan membolehkan anda mengenalpasti fitnah ini dengan membuat semak nilai dengan jenis maklumat yang ada perolehi sama maklumat yang anda terima merupakan fitnah atau sekadar maklumat yang biasa.
Hampir semua agama menyatakan maksud fitnah ini adalah sama, iaitu ianya merupakan sesuatu perlakuan yang salah , jahat dan berdosa.
Dua cara untuk mengenalpasti fitnah ini ialah melalui muhasabah diri dan menapis semua maklumat yang kita terima sama ada dari kawan atau pun dari mana jua. Sebaiknya semakkan ini bermula pada waktu pagi dan disemak semula sebelum tidur.
Apa pula maksud presepsi?
Presepsi adalah sesuatu anggapan tentang seseorang,kumpulan manusia atau pun suatu keadaan yang belum disahkan benar atau salahnya. Ataupun sesuatu yang dimulakan dengan satu sangkaan dan analisis longgar tentang sesuatu keadaan. Presepsi boleh jatuh ke kategori baik ataupun sebaliknya. Sebab itu adanya istilah presepsi negatif dan presepsi positif.
Biasanya presepsi tercetus disebabkan sesuatu kepentingan. Sebagai contoh, presepsi dalam politik boleh digunakan sebagai alat untuk meraih sokongan masyarakat. Beza presepsi dengan fitnah ialah, presepsi bermula dengan sesuatu yang seolah-olah ada kemungkinan yang kenampakkan dari sesuatu perlakuan, tindakan, malah penampilan. Manakala fitnah bermula tanpa ada apa- apa sandaran, hanya diwujudkan cerita bertujuan untuk merosakkan.
Presepsi boleh menyebabkan sesuatu keadaan terdedah, maknanya ia boleh menyebabkan pengumpulan maklumat berlaku dan membentuk satu maklumat yang baru, sama ada ia benar atau pun ianya salah.
Presepsi bukanlah fitnah. Presepsi Positif, atau bersangka baik amat dituntut. Tetapi kita dilarang berpresepsi negatif, sebab kemungkinan presepsi negatif boleh jatuh kepada fitnah.
Walaubagaimanapun presepsi boleh bergerak dari seorang manusia ke manusia yang lain dan mungkin bergerak sepertimana fitnah bergerak.
Jika presepsi tidak mengambilkira soal etika dan hak peribadi, dan jika tidak diurus dengan cara yang terbaik, ia juga akan menyebabkan kelemahan kepada sesuatu kelompok sosial. Dan jika ia melibatkan sesuatu presepsi negatif tentang sesuatu negara, ia mampu menjatuhkan negara itu sehinggalah presepsi negatif itu diselesaikan dan doigantikan dengan presepsi positif.
Persamaan dan beza antara fitnah dan presepsi?
Cara kedua-duanya bergerak adalah lebih kurang sama, cuma tujuannya mungkin berbeza. Tetapi kadang-kadang kedua-duanya saling berkait rapat antara satu dengan yang lain. Maknanya kadang-kadang sesuatu fitnah diperkuat dengan sesuatu presepsi negatif dan juga kadang-kadang sesuatu presepsi dikuatkan lagi dengan fitnah.
Cara untuk menghindari Fitnah dan Presepsi negatif.
Senantiasa memperkukuh asas dan nilai agama, seterusnya menambah dan memperbaikinya dari masa ke semasa.
Mempelajari ilmu setiap masa malah mengenalpasti ciri-ciri baru fitnah dan presepsi negatif pada setiap hari.
Jangan mudah menerima maklumat dari sumber yang tidak dikenalpasti pemulanya. Dan menghindarkan diri dari menjadi ’stesen’ penyampai kepada orang lain. Maknanya jangan menyampaikan sesuatu maklumat kepada orang lain tanpa pasti kesahihannya.
Buku-buku bacaan yang bernilai negatif patut dihindari apatah lagi menyimpannya dalam rumah kita.
Semua maklumat perlu diteliti sebelum menggunakannya.
Akhir sekali, inilah satu artikel yang diadaptasi dari cerita tentang ’Computer Virus’.
Akhir sekali, inilah satu artikel yang diadaptasi dari cerita tentang ’Computer Virus’.
Monday, March 16, 2009
Teluk Likas : Padamar Study Photo Stitch
Pemandangan Teluk Likas sekitar jam 5 Petang. Pujian kepada Datuk Bandar KK harus diberikan kerana dengan adanya Taman Awam di Teluk Likas maka adalah ruang untuk keluarga bersantai sambil menikmati keindahan sekitarnya. Kalau boleh aspek kebersihan perlu ditingkatkan lagi, terutamanya bagaimana untuk memastikan sampah sarap yang hanyut dari Pulau Gaya dapat dikurangkan.
Beluncas : Serangan KO
Belucas menjadi penyerang terbaru pokok bunga aku. Hanya semalam saja habis semua daun bunga lenyap. Musuh ?Kata seorang bijak pandai dari barat, "jika kita diberi lemon, tukarkannya menjadi lemonade", maknanya jika ada sesuatu yang bersifat yang kurang diminati, tukarkannya menjadi sesuatu yang disukai.
Wednesday, March 11, 2009
Monday, February 23, 2009
Rupanya dalam kebiasaan itu ada keunikan dan kecantikan
Inilah antara imej yang aku ambil sekitar rumah aku di kampung. Tema kali ini ialah bunga liar. Hidup melata, biasa, tapi bila didalami secara fokus, barulah terserlah keindahannya. Begitu juga kita manusia, mungkin kita orang kebanyakkan tapi jikalau kita meneliti dan memperinci, tentu ada keindahan yang tidak pernah kita jangkakan. Hargailah ciptaan Yang Maha Pencipta.
Saturday, February 7, 2009
Perak bukan Silver
Mengikuti kisah politik Perak agak menarik, sekurang-kurangnya banyak ilmu baru yang aku pelajari.
Jalan cerita yang cukup dramatik. Kisah penderhakaan. Kisah moral. Kisah tangisan gas pemedih mata. Kisah undang-undang. Kisah saman menyaman.
Tentunya kisah ini bukannya cerita biasa kerana ianya adalah satu catatan sejarah tentang konflik politik Negeri Perak. Sejarah tentang kuasa Sultan. Kuasa rakyat. Kuasa Politik.
Tapi kisah yang menarik untuk dikupas ialah soal moral dan keamanan. Soal siapa lebih berkuasa, Rakyat? Sultan? Orang Politik?.
Sultan telah memperlihatkan kuasanya. Politik juga telah menunjukkan undang-undang permainannya. Cuma rakyat masih belum lagi terserlah kuasanya.
Demontrasi. Ibarat membaling batu ke langit dan akhirnya jatuh kemuka sendiri. Padan muka. Suruh pakai ilmu, tapi pakai main ikut rasa ja. Jadilah macam palestin, 60 tahun berlalu hanya mampu mencipta 'roket', alahai macam roket mainan zaman aku time kecik ja. zusss.... peeekk. Kecil bunyinya.
Pendapat orang akedemik sudah dibicara. Analisis juga telah disuratkan di media. Pak politik lagi best ceritanya, ibarat berlawan pedang, baru calar sedikit, aduuhhhh sakit, rengeknya. Angguk-angguk, geleng-geleng ... sudah dijangka tutur katanya.
Sedihnya kisah ini mengisahkan Melayu dan Sultannya. Celaru antara taat dan derhaka.
Lenggang-lenggok Perak. Perak bukan Silver sebab penyelesaian semudah 1,2,3 dijeling sepi. Akhirnya rakyat dihalang dari menggunakan hak dan kuasa yang sebenarnya milik mereka, bukan milik siapa-siapa.
Hanya pilihanraya. Itulah sebaik-baik jawapan kepada soalan yang kononnya setanding soalan peperiksaan untuk lulus Kertas Phd. Doktor pakar.....?....
Ah... sebelum aku terlupa, satu kuasa yang semakin malap apinya, seakan-akan tidak kenampakan relevannya. Kuasa ekonomi. Kuasa yang sebenarnya mendominasi semua kuasa yang ada tapi sering dipinggirkan kisahnya. Kuasa ini sering diperguna hanya dalam merencana kisah ketamakkan nafsu bukan sebagai pengikat tali siraturrahim, sebagai nasi kepada manusia atau sebagai modal untuk membiayai sebuah perjalanan hidup yang terlalu pasti destinasinya.
Sengaja aku mencoretkan ayat yang ntah apa-apa ntah sekadar jadi catatan minda untuk diperguna dihari 'tua'.

Subscribe to:
Posts (Atom)