Wednesday, September 24, 2008

Pencari malam Al Qadar

Asalamualaikum, dan salam sejahtera,

Kepada umat muslimin dan muslimat, Selamat berpuasa dan Selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Keampunan jua yang dipinta .

Kepada kekawan yang lain, semoga raya tahun ini menjadi penyuntik semangat perpaduan dalam diri kita.

Malam Al Qadar atau Lailatul Qadar. Suatu malam yang lebih baik dari 1000 bulan, begitulah bertapa besarnya Anugerah Malam Istimewa ini. Pada malam itu para malaikat turun ke bumi mencari penerima-penerima anugerah yang berjaya mendapatkan Malam Al-Qadar ini dan membawa permintaan dan doa serta amal ibadat mereka ke hadapan Maha Pencipta untuk balasan yang tidak terhitung banyaknya.

Soalannya, Adakah kita telah bersedia menjadi Pencari atau berusaha mendapat anugerah ini. dan tentunya yang terbaik dan bertuah akan menerima anugerahnya.

Nabi S.A.W menyarankan kita agar memohon keampunan, mudah-mudahan dengan keampunan itu kita menjadi manusia yang selayaknya bergelar manusia yang boleh melaksanakan peranan kita sebagai Khalifah di muka bumi yang fana ini dengan jayanya.

Bagi insan yang merasakan telah bertemu Malam Al-Qadar, tetapi merasakan doanya tidak dikabulkan, jangan bersedih tetapi sebaliknya berterima kasih dan bersyukur kerana Doa anda tetap dimakbulkan walaupun bukan dalam bentuk yang kita minta kerana Allah Pemilik Seluruh Alam Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. Kerana Allah adalah Sebaik-baik Pemberi Rahmat atas sifatnya Yang Maha Pengasih dan Yang Maha Penyayang.

wasssalam.

Apakah makanan CINTA?

C.I.N.T.A ....

Salam cinta untuk semua ...

Bagi setengah orang Ganjil bunyinya kan?.. ok lah sesiapa yang rasa ganjil tu, aku ucap salam sejehtera ya .

Catatan kali ini untuk meneruskan kisah dalam Artikel Lucah dan Porno.

Sebelum cinta itu makan, cuba kita lihat sedikit Cinta ini jatuh dalam kategori mana?

Bagi saya, terus saya meletakkan Cinta ini adalah salah satu kategori dalam Elemen Perasaan iaitu Api.

Api = Perasaan ;

Medium untuk perasaan adalah Hati.

Kenapa Perasaan?...

Rasa = deria , tindak balas,tindakbalas , lemah ->sederhana -> tinggi, ya paling tidak bagi saya terletaknya satu perubahan dari satu titik keadaan kepada satu titik yang lain.

Jadi mari kita bariskan sifat Api :

  • Paling ramai yang tahu api mestilah panas.
  • boleh dilihat tapi tidak boleh pegang (tiada jasad)
  • boleh rasa
  • punyai bermacam warna pendekkata macam color Pelangi .
  • punyai tahap dan peringkat kepanasan
  • Api tidak boleh berdiri sendiri
  • yang lain tu tambah sendiri ya

Sifat Perasaan :

  • Ada rasa, boleh dilihat, contohnya : nangis, ketawa, menjerit, senyum tapi tiada jasad cuma diolahkan oleh elemen tanah. sepertimana Angin juga boleh diekspresikan melalui elemen Tanah senagai contohnya mimik muka, air mata ..dsb.
  • punyai pelbagai kategori , suka duka, bahagia sengsara, marah, benci, sayang, cinta ..
  • punyai tahap dan peringkat, contohnya, ayat ni : aku lebih menyanyangi dan mencintai mu dari si anu dan si anu. Perkataan lebih tu adalah petunjuk tahap atau peringkat.
  • Tentunya perasaan bergantung kepada elemen lain contohnya, bolehkah batu itu marah ya ? ya aaa mungkin, tapi sepengetahuan tahap manusia biasa seperti kita, batu itu mati, tiada perasaannya. tapi jangan lupa Batu juga makhluk.
  • bolehjuga diertikan sebagai tenaga dan semangat

Jadi apa ? ada persamaan antara Perasaan dan Api?...

Jadi terus .. dengan ada apa dengan Cinta.

Makhluk Cinta ini juga punya ciri :

  • medium Cinta sudah pasti pancaindera dan deria kita, kalau tidak masakan ada istilah dari mata turun ke hati atau pun dari mata terus ke ranjang = Mata Keranjang.
  • lembutnya cinta ibarat anak manja dalam sisi hati manusia.
  • tapi kuatnya cinta sanggup merentasi lautan api, gunung tinggi sanggup ku daki malah ada yang menyuruh dadanya dibelah-belah. perkataan belah-belah ini ada tanda-tanda ekstrim iaitu sifat pelampau.
  • apa makanan cinta ? cinta makan kata-kata manja, lembut, janji setia, belaian mesra, gesture atau gerakgeri tubuh, dan banyak lagi. Jadi apa rutin asas cinta supaya ia terus mekar terus menjadi bunga dalam kehidupan kita. Antaranya , bagi yang beristeri, senyum, cium, peluk, bicara lembut, lagi .. ah .. kamu tahu itu...
  • resipi terbaik bagi cinta ialah, sedikit nafsu (sedua tiga sepoi angin) di+ seindah jasad (Bersih, segak, lawa/kemas...) dimandikan dengan secukup ilmu (Air) dan dipanaskan dengan api yang sederhana dan berterusan sehingga masak ( Mati dan masuk syurga).
  • Negara bagi perasaan adalah dihati jadi Cinta bermastautin di salah sebuah kampung dalam hati. Kenapa hanya bermastautin, sebab ia boleh datang dan pergi...

Hai..yah... ada sikit penat juga ... tulis sikit-sikit dulu lah coz kalau mau tulis tentu banyak lagi ini tajuk pasal cinta. Anda tambah- tambahlah ya :). Doa akan aku memperolehi cinta yang sihat sejehtera.

..

Tuesday, September 23, 2008

Lucah @ Porno

Entahlah kenapa tajuk ini menjadi pilihan aku ya?

Notis : Catatan ini hanyalah ulasan rambang minda penulis sahaja, jangan mudah menerima tanpa memikir benar salahnya atau tanpa merujuk kepada yang ahli...

Émm .. sebenarnya tajuk ini adalah berkait rapat dengan sejenis makhluk tuhan bernama 'nafsu'. Mengambil pengajaran dari satu ilmu : Tidak terjadi sesuatu itu sia-sia....

Sebelum tu kenapa saya mengelar "Nafsu" ini sebagai makhluk, ini kerana sesuatu yang mempunyai ciri dan tabiat adalah Makhluk.

Antara asas kejadian dalam Falsafah Cina, Air, Api , Tanah , Angin : Saya meletakkan Nafsu ini umpama Angin. Atau cuba tengok persamaan ini :

Air = Ilmu , Api= Perasaan, Tanah= Jasad/ Fizik , Angin = Nafsu

Apa Sifat Angin :


  • Tiada Jasad/Fizikal/bentuk
  • Tidak boleh lihat
  • Boleh Rasa
  • Kuatnya membinasa, sepoinya menyegarkan
  • Kategorinya bermacam - Ribut, Taufan, Puting Beliung, Dll.
  • Kesannya boleh dilihat
  • Medium - macam-macam
  • Carilah lagi sebab banyak lagi sifatnya

Jadi bolehkah saya simpulkan bahawa :

Sifat Nafsu itu :


  • Tiada Jasad/Fizikal/bentuk
  • Confirm tiada siapa boleh melihatnya tapi tentu anda boleh rasa
  • Secara normal ia membahagia malah salah satu bagian dari proses pembiakan, keberlangsungan kehidupan, bayangkan melihat isteri tanpa nafsu??? Tapi berlebihan cukup membinasa , macam binatang buas malah lebih teruk dari binatang perangainya.
  • Kategorinya juga bermacam-macam - Nafsu Makan, kecantikan, kekayaan dll. Pendek kira ada 9 jenis.
  • Kesan confirm kamu tau kan , Adanya baby, Kegemukan. ketamakan, penghinaan, dll.
  • Medium bahasa ataupun derianya ialah sentuhan,pandangan,bau, dengar

Nahkan hampir sama sifatnya ... saya kata hampir sama. Nanti saya tolong hurai pula Air, Api dan Tanah

Jadi apa kaitannya pula dengan Lucah aka Porno dengan Nafsu?

Lucah adalah makanan nafsu kategori seks. Deria inputnya boleh jadi Mata, Telinga. outputnya / pelaksananya sudah pasti melalui deria sentuhan geseran, iaitu kulit,tut dan tut ..serta tut..

Kenapa dipanggil lucah ? ntah akupun kurang tahu tapi yang pastinya kurang disenangi Akal Manusia tapi disukai Nafsu.

Jadi kenapa Akal tidak suka kepada lucah, sebab bila nafsu makan lucah Nafsu jadi kuat, Jadi bila Nafsu Jadi kuat tentunya akal jadi lemah, Jadi bila Akal jadi lemah, imbangan jadi poranda maka lahirlah Makhluk Bernama Nafsu umpama Angin Putin Beliung yang mampu mengheret Akal/Air berpusingan meredah apajua di depannya : Kalau terjadi pada manusiakan abis anak bini orang dikerjakannya. ooo.

Lagi Kenapa ... kenapa-kenapa lagi dong .. Jangan tenguk pilem lucah atau video or sound lucah. Coz kesannya anda tau sendiri kok.

Jadi Bagaimana Menghindar keganasan Nafsu Seks Ganas :

ingat ya .. HINDARKAN...ELAKKAN...JAUHI..

Bahasa-bahasa ini adalah ajaran daripada ilmu Agama iaitu dalam bab-bab seks ni caranya elakkan ja lah .. Jangan Berkhalwat, jaga hijab, jaga batas bukan muhrim. dan bermacam-macam lagi ..

Dan Lagi berpuasa ...

Soaalannya : Kenapa elak ? Jawapanya, adakah anda mampu melawan taufan yang bergerak dengan kelajuan 200km sejam tanpa perlindungan konkrit.

opps... kenapa konkrit, kenapa pertahan dengan jasad, tidak bolehkah tahan dengan Air/ Akal ataupun tahan dengan Api/perasaaan . Kalau Angin + Api , jasad pun hancur, kalau Angin + Air =Puting Beliung. Jadinya kalau hanya berbekalkan Ilmu segantang jangan harap boleh bertahan . kalau ya anda memang hebat.

Aku pun jadi takut dari meneruskan tulisan ini, takut nanti, alih-alih kena pada diri sendiri : Doakan aku terlindung yeh..

Apa kata Anda ?


Friday, September 19, 2008

Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan

Assalamualaikum/Salam Sejahtera.

Kawan,

Nilai dalam agama seharusnya kita ikuti dan fahami. Salah satu perkara yang perlu kita fahami ialah soal matematik kehidupan.

Formula :

Sesungguhnya Setiap kesukaran disertai kemudahan.

Jika sekirannya kita tidak sanggup mengharungi kesukaran maka janganlah berharap untuk menikmati kemudahan.

Inilah syarat pertama untuk menjadi mudah/senang . Mudah dan senang ini hanya individu itu sendiri yang merasakanya. Ini kerana 'kaya harta' bukanlah persamaan bagi kemudahan sebab kaya harta adalah sebahagian daripada kemudahan.

Jika kita percaya atau beriman bahawa inilah salah satu formula kehidupan, mudah-mudahan kita akan beroleh kelapangan dada.


...(tetapkanlah kepercayaan mu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
(sekali lagi ditegaskan); Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran itu disertai kemudahan.
Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),
Dan kepada Tuhanmu sahaja engkau memohon(apa yang engkau gemar dan ingini).
-Al Insyirah /Kelapangan : Ayat 5-8.-


Every negative event contains within it the seed of an equal or greater benefit.
-Napoleon Hill - Author of the success classic Think and Graw Rich-
When life hands you a lemon, squeeze it and make lemonade.
-W. Clement Stone - Self-made multimillionaire and former publisher of success Magazine.-
Marilah Kita Fikirkanlah bersama.

Isu Memasang CD Al-Quran pada waktu subuh dengan menggunakan pembesar suara

Assalamualaikum/Salam Sejahtera,

Sebenarnya memasang CD Bacaan Ayat-Ayat Suci Al-Quran pada waktu Subuh apatah lagi dengan menggunakan pembesar suara sebenarnya bukanlah sesuatu yang dituntut. Apatah lagi tindakan menguatkan suara bacaan melalui CD itu akan mengganggu orang lain. Islam adalah agama yang bertoleransi dan menjamin apa jua soal-soal yang berkait rapat dengan hak. Namun Islam tidak boleh bertoleransi terhadap sesuatu yang batil. Dalam Islam kebenaran yang hakiki itu adalah sesuatu yang wajib dipertahankan.

Cuba kita fikirkan, apabila kita di Masjid, surau atau dimana jua tempat ibadah, kita dilarang menguatkan bacaan dalam sembahyang kerana mungkin perbuatan kita akan mengganggu jemaah yang lain. Perkataan menguatkan dalam konteks suara kita sudah dilarang apatah lagi menguatkan suara melalui 'Loud Speaker'' tentulah ia akan menimbulkan ketidak selesaan orang lain. Hal ini berbeza dengan amalan laungan Azan kerana azan itu adalah pemberitahuan kepada sampainya waktu sembahyang (kadar kuat yang sederhana) dan rasanya lagi dalam konteks Malaysia kita yang berbilang kaum ini, rasanya azan bukanlah sesuatu yang mengganggu orang lain. Kita seharusnya menghormati toleransi masyarakat minoriti di negara ini sebab kita telahpun mengamalkan toleransi kepada agama lain sejak dari dulu lagi.

Konsep menghormati antara agama ini adalah dalam keimanan / kepercayaan kita :

Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah,
Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah,
Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah,
Dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah.
Untukmulah agamamu dan untukkulah agamaku.

Semoga kita semua memahami antara satu dengan yang lain dalam konteks ini.

Thursday, September 18, 2008

Understanding Your Conscious and Subconscious Mind.

:

Successful people, whether they are top athletes or entrepreneurs, have mastered the power of their conscious and subconscious mind to produce their success. Many of us haven’t tapped into the unlimited potential of our minds because we lack the understanding of how our minds actually work. Our minds are actually made up of two distinct processes called the conscious and the subconscious minds and when we decidedly focus our effort on creating unity with the conscious and subconscious minds, we can achieve a greater sense of happiness and success in our lives than we ever thought possible.

Your Physical Body (“The Ship”)


In order to better illustrate this analogy, let me first put it into context. Think of your body as a large ship in the ocean. Just as a boat won’t go anywhere without a captain, your body won’t go anywhere without someone to give it directions. The Captain and Crew that pilot your body are your conscious and subconscious minds, respectively.

Your Conscious Mind (“The Captain of the Ship”)

Your conscious mind is like the captain of a ship. He issues orders to his crew and they follow it without question or evaluation. The captain uses his instruments and his experience to make decisions. He then issues orders to his Crew who follow those orders without question. Likewise, your conscious mind is like the captain of your body and your subconscious mind is like the crew that carries out those orders. The conscious mind has the ability to think, decide, and to act. It is rational in nature and its purpose is to either accept or reject the information that it receives. The conscious mind filters information to the subconscious mind.

Your Subconscious Mind (“The Crew of the Ship”)

If your conscious mind is the Captain of the boat, then your subconscious mind is the Crew. Like the Crew of a ship, your subconscious mind also takes orders without questioning the conscious mind. It simply obeys and carries out those orders. On a ship, the Captain with a well-trained Crew does not tell his Crew how to carry out his orders; he simply issues those Orders and expects that they will get carried out. In much the same way, your conscious mind creates decisions, thoughts and ideas which it hands over to the subconscious mind to act on.

The subconscious mind does not differentiate good from bad or right from wrong. It simply acts on those orders issued by the conscious mind in much the same way that the crew follows the captains orders, even if those orders will lead the boat into the rocky shore. Whatever orders are fed to the subconscious mind, it acts upon and carries out.

Your Thoughts (“The Captain’s Orders”)

Think of your thoughts as orders issued by a Captain to his Crew. The quality and safety of the ship can only be as good as the quality of orders being communicated from the Captain to his Crew. Your thoughts come in the form of autosuggestions, which are simply the way you talk to yourself, either verbally or internally. When you tell yourself, “I’m fit and beautiful,” you are issuing an order to your Crew to act upon. Conversely, when you tell yourself, “I’m fat and ugly,” you are also issuing an order to your subconscious mind to make that happen. The quality of orders or autosuggestions that you give your subconscious mind will determine the level of success you are able to produce for yourself because as Brian Tracy says, “You are what you think you are most of the time.”

Conclusion

The mind is composed of the conscious and subconscious processes. Remember that you are what you think most of the time, so make sure you feed yourself nutritious, healthy thoughts that promote the safety and well-being of your body.

Reference:
Murphy, Joseph Ph.D. The Power of Your Subconscious Mind. Bantam Books, New York, NY. 1963, 2000

Wednesday, September 17, 2008

Amalan demokrasi secara mutlak hanya akan mengundang anarki.

Sistem demokrasi yang kita amalkan hari ini bukanlah satu sistem berkerajaan yang serba lengkap sebab walaupun sistem itu sendiri telah berevolusi sejak tamadun Greek lagi, namun masih ada cacat cela di sana-sini.

Jadi adalah penting kita mengamalkan Demokrasi itu dengan acuan kita sendiri kerana Demokrasi secara multak akan hanya menjerumuskan kita ke lembah kekacauan , dimana ketika itu hilangnya kawalan kerajaan terhadap situasi dalam negaranya, ataupun dipanggil anarki.

Situasi kita hari ini telah menghampiri limit keberkesanan sistem demokrasi apabila keadaan hampir kepada 50-50 iaitu kekuatan Kerajaan dan Pembangkang pada kedudukan cukup-cukup makan. Apa akan jadi kalau tiada toleransi berlaku dalam keadaan ini. Bukankah kita telah menyaksikan Cerita Mugabe dalam diari Zimbabwenya. Apakah pelajaran yang kita boleh baca dari kisah Mugabe ini.

Jadi sebelum apajua yang berlaku atau pun ''Makhluk'' bernama Anarki ini tiba dinegara kita, Sesuatu harus dilakukan agar Malaysia ini terus dalam lingkungan keamanan. Justeru itu, semua rakyat harus tenang, harus sabar dan percaya bahawasanya Perpaduan itu adalah harta yang paling mahal yang kita ada. dan yakinlah yang benar itu manis walaupun laluannya biasanya pahit dan ianya selalu datang lambat.

10 Negara Ekonomi Terbesar di Dunia Pada Tahun 2020 mengikut perkiraan Bank Dunia pada Tahun1995

Maklumat ini dipetik daripada ucapan Tun Dr. Mahathir semasa menyampaikan ucapannya di Persidangan Antarabangsa atas tajuk Masa Depan Asia, Tokyo Japan, 19 May 1995.

"...Bank Dunia telah membuat perkiraan bahawa pada tahun 2020, Negara China akan menjadi kuasa ekon0mi terbesar di dunia, 40 peratus lebih besar daripada negara ekonomi kedua terbesar iaitu Amerika Syarikat.

Dan yang perkara yang juga agak mengejutkan ialah 6 daripada 10 negara ekonomi terbesar dunia adalah merupakan negara dari Asia. Selain dari China, tempat pertama, Jepun akan menduduki tempat ke 3, India nombor 4, ke 5 ialah Indonesia, ke 7 Korea Selatan, Thailand akan menduduki tangga ke 8 manakala Taiwan tempat ke 10. "

Padamar Kata :

Persoalannya dimana kita pada Tahun 2020, Sudah majukah kita atau masih membangunkah kita, dan lagi andaikata Kita sudah maju ketika itu, sudah pasti Indonesia lagi maju berdasarkan unjuran Bank Dunia pada ketika itu(95). Makanya pergantungan kita terhadap guna tenaga dari negara asing harus diurus dengan baik agar nanti kita tidak terlalu bergantung kepadanya untuk pembangunnan negara kita. Yang pasti ketika itu, pekerja-pekerja Indonesia dan India tentu sibuk membangunkan negara masing-masing.

Wassallam.

Friday, September 12, 2008

Hikayat Hang Tuah : apakata DSAI

Pertanyaan ini di tulis pada 11 jun 2006
padamar menulis dan bertanya:
assalamualaikum,
Sebelum adanya satu perjuangan mesti adanya sepadu matlamat disertai dengan satu prinsip tentang kepimpinan yang berhubungkait dengan survaival yang meliputi setiap aspek… Sebelum satu perjuangan itu dinobatkan atau dilakarkan sebagai satu perjuangan saya mohon DSAI menjawab beberapa soalan berikut:


1. Apakah pandangan DSAI tentang karektor Hang Tuah dan Juga Hang Jebat serta 3 sahabat yang lainnya?

Sdr Padamar, Prinsip perjuangan saya jelas. Saya usulkan sdr baca Gelombang Kebangkitan Asia, serta beberapa rencana terkini.1. Hikayat Hang Tuah saya anggap sebagai karya epik Melayu penting dan buat menanggapi sikap dan budaya Melayu. Namun ia tetap legenda dan kita tidak wajar terperangkap dalam kerangka pemikiran atau "tempurung" lama.Hikayat tersebut diantara lain mendedahkan wacana, malah dilema Melayu dalam soal kepahlawanan, asas ilmu (umpamanyanya Hang Tuah menguasai pelbagai bahasa) dan ketaatan kapa penguasa. Mesej moral ketara termasuk hikmah leluhur bangsa: "raja adil disembah, raja zalim disanggah".

2. Adakah Wawasan 2020 juga didukung oleh Parti Keadilan?

Wawasan 2020 tidak mengarah kapada corak negara adil dan saksama, termasuk isu memperkasa ekonomi dan budaya rakyat. PKR tidak perlu diikat menurut selera penguasa lama. Rakyat dan generasi muda perlu diajak membahas isu dasar dan strategik.

3. Sejauhmanakah kejayaan Komponen Wawasan 2020 setakat ini?

Tunggak negara berperlembagaan yang menjamin kebebasan badan kehakiman, keluhuran undang-undang, pengagihan kekayaan secara adil, pembasmian rasuah masih tidak terjangkau.

4. Salahkah Dr. M membina KLIA, F1 Sepang, Empangan Bakun, Petronas Twin Tower, Jambatan Bengkok, LTDL, Malaysia Boleh, dan banyak lagi?

Pembangunan perlu menurut keutamaan, dan pertimbangannya harus faedah negara dan rakyat dan bukan kerana ia memenuhi selera kroni dan anak-anak sendiri. Sebagai contoh, dalam melaksanakan projek Empangan Bakun, sabelum lapuran EIA lagi, Tun Dr M telah melancarkannya semata-mata diatas permintaan TanSri Ting Pek King. Kawasan balak dipunggah dengan keuntungan kapada syarikat Ekran tetapi nasib penduduk asal, Orang Ulu, Kayan dll diabaikan. Kini meskipun projek tersebut mungkin diteruskan, tetapi skopnya jauh lebih kecil dan satelah negara mengalami kerugian besar.

5. Sudikah DSAI meneruskan Impian Dr. M untuk Malaysia?

Yang penting ialah impian rakyat.

6. Bersediakah DSAI untuk sekali lagi memecahkan Undi Orang Melayu?

Kita perlu lebih matang dan dewasa dan tidak dikongkong propaganda BN. Setiap kali isu rasuah, kezaliman, penipuan disuarakan, maka jawapan ala kursus BTN ialah undi Melayu.

7. Kenapa DSAI harus jadi pemimpin?

Yang menentukannya adalah rakyat, bukan sang penguasa.

8. Benarkan Rakyat Malaysia Mempunyai Infra Kelas Pertama tapi Mentaliti Kelas ke Tiga?

Soal mentaliti dunia ketiga dan infrastruktur kelas pertama yang disuarakan DS Abdullah PM mengingatkan saya pendekatan lama "Revolusi Mental" UMNO tahun 60an. Yang sering disalahkan ialah rakyat. Ini disanggah oleh Prof SH Alattas dalam bukunya "Siapa Yang Salah" dan "Metos Pribumi Malas". Yang perlu dirubah ialah mentaliti pemimpin yang kurang bekerja dan menggodol kekayaan yang melimpah.

Saya hanya mintak pendapat.. Jawapan Dato’ Seri akan menentukan Apakah perjuangan DSAI dalam Politik. Jika Tiada Jawapan, saya mengandaikan DSAI hanya akan membahayakan survaival Malaysia.
Wassallam.

Terima kasih. Jika saya tidak menjawab sekalipun ia tidak merubah kenyataan saperti yang sdr dakwa.


Apa kata DSAI tentang Jambatan Bengkok

Berikut adalah antara balaskomen antara Padamar dan DSAI pada tahun 2006
Assalamualaikum,
Saya ingin mengemukakan sedikit pandangan dari satu sudut kenapa Dr. M tidak puashati dengan pembatalan Projek Jambatan ke Singapura.
Intipati projek tersebut pada pandangan saya adalah untuk melihat tambak johor digantikan dengan satu jambatan yang baru dan moden yang mana dengan adanya jambatan tersebut, dua laut dapat bertemu semula setelah sekian lama terpisah. Secara tidak langsung ia lebih menguntungkan Malaysia dari aspek pembangunan ekonomi gerbang selatan terutamanya Johor. Bayangkanlah kapal-kapal kecil dan kapal-kapal layar boleh melalui selat Johor, sudah pasti secara tidak langsung pelaut-pelaut moden boleh melalui selat Johor tanpa berpusing jauh melalui selatan Singapura. Dalam dunia yang semakin maju, ramai peminat-peminat kapal layar, bot-bot mewah boleh berlabuh di perairan Johor, ini secara tidak langsung dapat menggerakkan ekonomi Johor kerana antara Singapura dan Johor, Johor mempunyai kelebihan dari segi kos.
Kenapa Singapura meminta perkara yang sensitif sebagai galang ganti pembangunan Jambatan baru tersebut? kerana Singapura melihat pembinaan jambatan tersebut sedikit sebanyak akan menggangu penguasaan sektor pelabuhannya dan mau tidak mau secara sendirinya mereka terpaksa pula bersaing dengan Johor. Ini dapat dilihat dengan adanya Pelabuhan Tanjung Pelepas. Persaingan ini sebenarnya lebih memihak kepada Malaysia kalau dilihat jauh kehadapan. Sebagai sebuah negara yang ingin menjaga kepentingannya Singapura akan cuba menggagalkan dan melambat-lambatkan pembinaan jambatan tersebut walaupun secara rundingannya, jambatan tersebut terpaksa juga dibina atas dasar kerjasama sebagai sebuah negara jiran, dan kini Singapura boleh menarik nafas lega kerana perundingan baru mungkin akan memakan masa lebih lama atau pun tidak mungkin langsung berlaku kerana telah wujud satu sentimen dikalangan rakyat Malaysia berhubung dengan permintaan yang sengaja dibuat oleh Singapura. Pada pandangan saya, Singapura terpaksa berbuat demikian kerana untuk menjaga survaival negaranya dan lagi mereka belum cukup bersedia untuk menerima pesaing baru dalam sektor perkhidmatannya yang menjadi tulang belakang kemajuan dan ekonomi Singapura selama ini.
Jadi, tindakan Tun Dr. M untuk tidak bersetuju dengan pembatalan Jambatan tersebut ada relevannya.
Satu, sudahlah Jambatan dibatalkan, rakyat terpaksa pula membayar pampasan kepada Kontraktor yang terlibat, bukan sedikit yang terlibat malah banyak juga sub-sub kontraktor yang turut terlibat. Secara tidak langsung ia turut menjejaskan syarikat-syarikat bekenaan. Oleh yang demikian mereka pun berhak mendapat pampasan atas keputusan berkenaan. Dan kerisauan Tun Dr. M nampak mula menjelma apabila kos pembatalan projek berkenaan hampir sama dengan kos pembinaannya. Siapa yang rugi, rakyat Malaysia juga yang rugi, sudahlah bangunan tidak siap malah terpaksa pula membayar kos pampasan. Lebih jauh lagi, impian kita untuk melihat dua laut bersatu akan menjadi lebih rumit malah mungkin akan memakan kos yang lebih tinggi jika sekiranya suatu hari nanti kita ada keinginan untuk melihat perkara ini berlaku.
Saya sebenarnya tidak begitu bersetuju dengan pembatalan jambatan berkenaan, apatah lagi rintangan sebenar boleh di atasi atas dasar semangat kejiranan dengan Negara Singapura walaupun negara berkenaan agak berat hati untuk membenarkan Gerbang Selatan menjadi pesaing kepada negaranya. Dan lagi pembatalan projek berkenaan didasarkan dengan sentimen rakyat. Sebenarnya rakyat seperti saya perlu dijelaskan tentang isu berkenaan supaya rakyat boleh menilai dan memahami isu berkenaan tanpa terus mengaktifkan dan membenarkan sentimen yang merugikan negara kita apatah lagi projek berkenaan telah separuh jalan. Saya yakin dan pasti,pembatalan sesuatu projek yang telah diluluskan apatah lagi masih dalam proses perlaksanaannya akan juga merugikan rakyat. Seperti pepatah Melayu, Hangat-hangat Taik Ayam. Kos penyediaan dan perancangan bukan murah harganya, apatah lagi melibatkan projek mega.

Mohon Komen DSAI mengenai perkara ini. Kalau boleh biarlah komen tersebut berdasarkan kepentingan rakyat dan tidak didasarkan atas permasalahan peribadi DSAI dengan Tun.
Sekian Wassalam.

Sdr padamar,Negara bertamadun harus menghormati undang-undang antarabangsa, terutama dalam hubungan dengan negara jiran. Dalam isu jambatan bengkok, kita tidak mempertikai kewajaran membina jambatan baru memandangkan keperluan semasa. Tetapi ia harus berdasarkan perjanjian antara kedua negara. Menurut pengalaman saya, rundingan dengan Singapura tidak semudah yang dijangka, tetapi kita harus bertegas dan diwakili oleh wakil yang layak dan berwibawa. Isu harus jelas dan jangan dikaitkan dengan kepentingan peribadi atau syarikat kroni. Saya telah berikan contoh bagaimana lemah peruntukan perjanjian mengenai air dahulu sehingga kita menanggung kerugian hingga sekarang. Syarikat penerbangan Malaysia-Singapura (MSA) telah berpisah menjadi MAS dan SIA. SIA mencatat keuntungan ribuan juta ringgit dan MAS kerugian ribuan juta! Kemudian Tun Dr M mengutuskan Tun Daim berunding dengan PM Lee Kuan Yew ketika itu dan menyetujui Nota Perjanjian (POA). Satelah saya mengambil alih sebagai Menteri Kewangan, saya kemukakan kapada Dr M dan Kabinet bahawa Nota Perjanjian tersebut tidak menjaga kepentingan Malaysia. Walhasil balik asal. Hanya dalam isu jambatan bengkok, jangan kita ditertawakan dunia kerana meneruskan projek dan terhenti di tengah lautan!
Assalamualaikum Dato’,

Saya terasa janggal pula kenapa perlu kita malu untuk ditertawakan dunia, sedangkan dunia sebenarnya boleh mengeji kita kerana membina bangunan yang tidak siap. Pelabur juga mungkin berpresepsi bahawa Malaysia adalah negara yang suka membatalkan projek dan lemah dalam perancangan. Kenapa kita perlu mengalah sedangkan selat Johor adalah juga milik kita?. Sampai bila? Adakah undang-undang antarabangsa menjadi penghalang kepada keadilan?. Apakah bukan keadilan kalau kita membina jambatan yang memberi manfaat kepada kedua-dua negara walaupun secara imbangannya kita akan mendapat lebih manfaat, namun harus diingat, bahawasanya kita telah lama kehilangan manfaat dan hak sebagai sebahagian pemilik Selat Johor sejak tertambaknya Selat tersebut.

Mengikut perkiraan saya masalah utama yang melibatkan perundangan adalah perjanjian air iaitu saluran paip yang tertanam dalam tambak tersebut.

Kalaupun hanya setengah lautan, kita boleh siapkan bangunan tersebut dan jadikannya sebagai pusat pelancongan, tempat perniagaan atau apa saja asalkan sesuai. Tambahan lagi dengan berlatarbelakangkan laut, bangunan tersebut akan menjadi unik dan berpotensi untuk dijadikan alat penjana ekonomi. Jadikanlah dunia ketawa dalam senyum, kan baik untuk semua.
Saya amat berharap dalam masa-masa akan datang, biarlah semua projek mega dikaji sedalam-dalamnya terlebih dahulu sebelum dilaksanakan kerana kegagalan Pemimpin dalam merencanakan aspirasi rakyat akan hanya menyusahkan rakyat secara keseluruhannya. Apa yang pasti semua orang mesti tahu bahawa duit kerajaan sebenarnya adalah duit rakyat. Tapi sejak akhir-akhir ini, ramai pemimpin, samaada dari kerajaan atau pembangkang juga macam krisis kepimpinan GPMS baru-baru ini.

Kenapa saya nampak beriya-iya untuk bertanyakan perkara ini, sebab saya amat mengharapkan agar setiap pemimpin meneruskan kesinambungan pemerintahan, apatah lagi selama ini sebenarnya kita jauh lebih beruntung dari kebanyakkan rakyat di negara lain. Dan yang pasti, saya juga adalah penghuni kapal yang juga berhak untuk bersuara.

Saya juga berharap pemimpin selepas ini akan terus mendukung aspirasi rakyat. Dan semoga DSAI akan terus menjadi tempat bagi rakyat untuk mengadu masalah dan berkongsi pandangan. Tidak dapat dinafikan bahawa pertanyaan-pertanyaan ini mungkin meletihkan DSAI apatah lagi DSAI banyak komitmen lain. Namun saya amat berbangga bahawa DSAI masih juga sempat untuk bersama dalam Blog ini.
Wassallam.
DSAI:

padamar,

Benar, soal ditertawakan dunia bukan isu sekiranya kita dipihak yang benar, tetapi dalam isu jambatan bengkok, kita samemangnya berhak membina jambatan dikawasan perairan kita tetapi tidak bolih masuk wilayah negara asing! Ini yang ditertawakan dan akan merugikan rakyat. Kelemahan pentadbiran PM Abdullah dalam rundingan akhir dan keputusan meneruskan projek tersebut tidak dinafikan. Tetapi keputusan membatalkan projek tersebut memang tepat.

Sekali lagi saya menggesa rakan-rakan supaya berfikir bebas dan tidak terikat dibawah pemikiran tempurung, menilai semua pandangan. Umpamanya sehingga bila harus kita menerima propaganda mengenai kecemerlangan negara terutama dari segi ekonomi. Kita akui bahawa terdapat dasar positif, pentadbiran cekap, pekerja terlatih dan budaya niaga masyarakat Cina, dan kita lebih berjaya berbanding dengan banyak neagra membangun. Tetapi bagaimana sekarang berbanding dengan Cina, India, Veitnam; kepesatan pembangunan Taiwan, Korea Selatan dan Singapura?

Pokoknya kita berupaya memacu ekonomi lebih pantas dan mengangkat ekonomi rakyat sekiranya pemimpin berwibawa, dasar kemas, tindakan dinamik dan rasuah dan kronisme dihapuskan.

Assalamualaikum,


Terima kasih Dato’,

Mungkin pandangan DSAI dalam sudut kedudukkan ekonomi semasa kita berbanding dengan negara-negara yang DSAI sebutkan mungkin dapat menjawab sedikit sebanyak kejanggalan saya berhubung dengan jambatan bengkok yang mungkin hanya sebahagian kecil antara isu negara ketika ini, namun untuk memastikan perkara ini dapat diterima oleh akal pemikiran saya sebagai sesuatu yang tepat dan benar, saya akan cuba untuk mendapatkan pelpagai sudut pandangan yang berhubungkait dengan perkara berkenaan. Saya juga terpanggil untuk mencari jalan keluar dari pemikiran tempurung seperti yang DSAI sarankan.


Sambil itu saya ingin meminta pandangan dan komen DSAI berhubung dengan kelebihan dan potensi Malaysia di dalam usaha memajukan ekonomi negara. Saya melihat beberapa perkara berikut untuk DSAI komen dan mencari dimana kesesuaiannya.


1. Bolehkah kalau Kaum Cina yang terkenal dengan budaya ekonominya diberi tugasan untuk mengepalai atau mengetuai satu usaha agar memberi fokus dan mengambil faedah dengan perkembangan ekonomi China. Sebagai contoh membuat pelaburan ataupun merebut peluang dengan skop pemasaran yang sangat luas di China.


2. Begitu juga dengan Kaum India, boleh kah kita menghantar dan memberi galakan kepada mereka supaya mengetuai satu usaha untuk merebut peluang dan faedah dengan munculnya India sebagai antara Negara ekonomi baru Asia terutamanya dalam sektor Teknologi Maklumat. Sektor informasi adalah sesuatu sektor yang mula menguasai dunia kini.


3. Bolehkah Melayu mengetuai dan menumpukan usaha membina sistem kewangan Islam dan produk Halal yang bernilai billion dolar sebagai salah satu blok baru atau alternatif baru kepada ekonomi dunia.


4. Bolehkah Bumiputera Sabah dan Sarawak diberi tugasan untuk mengetuai sektor pelancongan dengan memperkaya nilai tradisi dan kebudayaan untuk dipasarkan ke peringkat global. Juga sektor pertanian yang lebih sesuai dikembangkan di Negeri Sabah dan Sarawak.


5. Bila adanya usaha untuk keluar daripada ekonomi domestik, saya rasa kita memang boleh bersaing malah mempercepatkan usaha pengembangan ekonomi. Dan lagi setiap tugasan atau pun misi mesti disertai oleh kaum-kaum lain sebagai usaha agar tidak timbul soal penguasaan sesuatu pasaran berdasarkan kaum. Mungkin usaha mampan ini akan mengubah kebergantungan swasta terhadap projek-projek kerajaan.


Saya cuba mencadangkan perkara ini dengan mengambil kira kelebihan kita sebagai sebuah negara yang multi racial. Dan agar semua kaum mengambil peranan untuk membawa kekayaan dari luar untuk kita nikmati bersama dalam Malaysia. Jika ini berlaku mungkin MSC,Industri kecil dan sederhana,pertanian, pelancongan dan lain-lain pasti mempunyai ruang pasaran yang lebih terbuka dan ini mendorong kepada peningkatan nilai tambah kepada produk-produk yang sedia ada. Dan yang pasti jika kita beroleh kejayaan semua rakyat tanpa mengira latarbelakang kaum dapat manafaat dan mungkin dapat memperkukuhkan lagi perpaduan yang selama ini merupakan harta yang paling berharga kita miliki.


Sekian, Mohon komen dan pandangan DSAI. Kalau pendekatan ini sesuai, apakah mekanisme yang sepatutnya dilakukan agar konsep ini boleh berjaya.
Wassalam

padamar,
Saya tertarik dengan cadangan sdr yang melihat negara pelbagai kaum sebagai satu kekuatan dan tidak hanya merumitkan. Inilah yang harus dilakukan olih pimpinan negara. Umat Islam dan masyarakat Melayu boleh memenfaatkan pengalaman mengurus institusi ekonomi Islam untuk menarik pelaburan dan penyertaan Arab. Begitu juga dengan peniaga Cina untuk kepentingan perniagaan dinegara Cina yang kini berkembang pesat. Rakyat Malaysia keturunan India perlu digalak untuk menyertai kegiatan perniagaan di India. Tetapi dalam semua kegiatan yang harus dibantu oleh pemerintah, penyertaan semua kaum adalah penting. Malangnya kita kurang agresif mendorong kegiatan kearah tersebut. Bahkan Singapura sekarang lebih ke depan di dunia Arab dan sistem kewangan Islam!

Kata-kata orang yang telah berjaya dalam kerjaya...


"Life is like a combination lock; your job is to find the right numbers, in the right order, so you can have anything you want."
-Brian Tracy -
"If a man for whatever reason has the opportunity to lead an extraordinary life, he has no right to keep it to himself."
-Jacques-Yves Cousteau - Legendary underwater explorer and filmmaker.-

Thursday, September 11, 2008

Alahai 'In - Bias Group' masih ada dalam diri aku rupanya!

Alahai ....(baca ikut irama dangdut Datuk M. Daud Kilau)..
Ingatkan aku ni bukan seorang racist, tapi mimpi aku malam tadi menunjukkan aku sebenarnya masih racist walaupun aku berusaha menanamkan dalam diriku supaya melihat semua orang itu adalah sama tanpa melihat ia dari bangsa apa , dari sudutmana dia datang ataupun dari kelompok mana...

Dalam baring-baring menunggu sahur tu sempat juga aku berfikir kaitan Racisma dan psikologi In-Bias Group. Antara 'finding'yang aku dapat ialah :

1. Rupanya setiap manusia tu tetap ada sikap 'in-bias group'nya sendiri cuma masih ramai diantara mereka mempunyai kawalan yang amat baik terhadap penzahirannya.

2. Tindakbalas spontan akan berlaku kalau ada orang lain yang menggegarkannya. Atau kataku " Sleeping monster " dalam diri kita.

3. Ini bermaksud semangat perkauman, semangat kekumpulan, semangat kekampungan, kedaerahan atau apa-apa semangat ke "a".. ke "e"..ke "z".. tidak boleh dihapuskan sama sekali tapi buleh di'toleransi'kan. Makanya kalau hilang sikap toleransi dalam diri manusia, nah tulah wujudnya sikap berburuk sangka antara sesuatu kelompok dan jadilah pertengkaran yang tidak perlu. Kekadang terbawa-bawa ke dalam sesuatu masyarakat sehinggakan menimbulkan kekacauan dan kegusaran.

Kesimpulannya :

Bersangka baiklah kita keatas semua manusia. dan dalam konteks kita, jadikanlah kewargnegaraan kita sebagai Group kita agar kita sentiasa melihat Rakyat Malaysia itu sebagai sebahagian dari kita. Mudah-mudahan kita aman bahagia...

Wednesday, September 10, 2008

Alamak .. 'telebih' sudah kita rupanya...

Salam Sejehtera,

Jom lihat dunia sekeliling tuan-tuan, adakah kita masyarakat Malaysia yang dalam ini masih tidak sedar apakah cabaran yang perlu kita tempuhi...???

Tanpa mengira kaum dan budaya marilah kita seluruh rakyat Malaysia menghadapi Globalisai secara bersama, Gunakan kelebihan setiap individu, persatuan, dan sebagainya untuk menghadapinya. Jangan nanti asyik membebel saja kita menyesal kemudian. Ekonomi negara sekeliling kita makin hari makin meningkat. Vietnam,China, India, Singapura, Korea Selatan sudah mula meninggalkan kita ..... entah nanti dimana kita......

Saya menyeru kepada Komuniti Niaga Kaum Cina, pergilah mencari peluang sebanyak mungkin di Negara China kemudian kita bawa kekayaan ke Malaysia. Carilah pasaran untuk peniaga Domestik.

Komuniti Niaga Kaum India, jom kita pergi ke India, sana banyak peluang, kita bawa peluang, kita bina pasaran di sana dan jual barangan buatan Malaysia di sana. Bawa balik kekayaan untuk negara Malaysia, Tanah Air kita yang tercinta.

Jom Melayu kita kukuhkan Pasaran Produk Halal, kita majukan Kewangan Islam. Kita pasarkan di Timur tengah dan dunia Islam.

Jom Sabah Sarawak kita pertingkatkan kekayaan budaya, kita pamerkan pada dunia kita punyai kepelbagaian yang istimewa. Senyum kan pelancongan, keluarkan bio diesel, keluarkan hasil dari perut dan atas bumi.

Jom semua Industri Kecil dan Sederhana kita buat barangan yang berkualiti, kita efektifkan produktiviti.

Jom semua, kita sudah banyak ketinggalan kerana banyak bercakap isu-isu peribadi pemimpin. Allah sayang kan kita sebab itu kita di sini dibumi yang indah lagi bertuah.

Jom graduan mengganggur, cari kerja, apa saja... kita tolong supaya ekonomi supaya bergerak kerana roda ekonomi sudah mula mau slowwwww... Jom kita pusing sama-sama agar ia bergerak pantas menuju destinasi. Semoga kita bersama dapat membina peluang kerjaya yang lebih baik dari masa ke masa. Peluang tidak akan wujud jika kita tidak berusaha mengujudkannya.

Jom Kontraktor bina bangunan mesra alam dengan teramat baik, pedulikan mereka yang korup, jangan takut ugutan mereka, jangan layan permintaan mereka. Orang yang korup akan masuk neraka. Biar Allah yang Maha Adil menentukan nasib mereka.

Jom Kita Sokong Pak Lah, kita lengkapkan misi kita, capailah...
Kita Minta Nasihat Tun M, jangan lawan dia, dia banyak berjasa pada kita
Jom pembangkang bangkanglah sebaik mungkin,
Mari Tok Guru Nik, kita bincang dengan ulama MALAYSIA semua, cadang pada pak Lah...
Jom pemerintah, jangan takut untuk kalah, kerana yang kalah hanya milik si korup dan penipu..

Jom DSAI, mari maju kehadapan,lebar luaskan maruah negara kita....
Jom Kit Siang, terus berusaha ciptalah ekonomi baru untuk kita bersama,

Bangun semuaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!

lupakan sengketa ........
Binalah negara ini.......
Cintailah negara ini......

Apakah kaitan antara Demokrasi dan Nasionalisma dalam konteks Malaysia?

Semalam saya tengok Hello Malaysia, Bernama TV Astro 502, syok juga isunya.

Apa kaitannya Demokrasi dan nasionalisma...?

Seperti kata prof tu, demokrasi adalah salah satu sistem berkerajaan yang pada masa ini yang masih dipraktikkan di kebanyakkan negara.

Dlm konteks Malaysia kita mengamalkan Demokrasi Raja Berpelembagaan. Tapi yang paling penting apa yang aku paham demokrasi ni bukan lah satu-satu sistem yang paling lengkap dalam dunia ini kerana apa?

Dalam demokrasi ini lah sistem kapitalisma wujud, malah kronisma juga ada.... sistem-sistem ini sebenarnya boleh mempercepatkan kerosakkan demokrasi itu sendiri andai demokrasi itu tidak diisi dengan sistem nilai yang kita telahpun persetujui seperti yang terkandung dalam rukun negara dan perlembagaan negara.

Jadi pada kengkawan durian, jangan jadikan diri kita beriman bahawa Demokrasi itu adalah segala-galanya kerana Demokrasi itu sendiri ciptaan Manusia. Asal namanya ciptaan atau idea manusia pastinya ciptaan dan idea itu mempunyai tamat tempoh ataupun tarikh luput.

Oleh itu, bukan demokrasi itu yang kita patut pentingkan tapi pengisian dan acuannya lah yang kita utamakan.

Tuesday, September 9, 2008

Benarkah 16 September akan ada perubahan kerajaan? Ikut analisis Durian Kuning...

Entah apakah lagi dosa kita sehinggakan ramai manusia di Malaysia ini tertanya-tanya, benarkah 16 September ini ada perubahan kepimpinan ataupun paling orang paham ialah pertukaran kerajaan....
1. Kenapa perlu kita bertanya?
2. Apakah kesannya terhadap kehidupan kita?
3. Siapa yang untung dan siapa pula yang rugi?
4. Apakah berdosa Y.B lompat Parti atau Parti Komponen pindah gabungan?
5. Dan bermacam-macam lagi ....
Tapi jangkaan saya tentang Kegagalan Sistem Demokrasi akan berlaku ... nantikan ja la ...

Durian Kuning

Orang kampung macam aku ni memang suka makan durian kuning asli...

Sebab tu jangan paksa aku makan durian puteh kacukan baru ... selera kurang baik .... Kalau ajak makan ok.. no problem dialu-alukan mesti jadi punya...

Monday, September 8, 2008