Notis : Catatan ini hanyalah ulasan rambang minda penulis sahaja, jangan mudah menerima tanpa memikir benar salahnya atau tanpa merujuk kepada yang ahli...
Émm .. sebenarnya tajuk ini adalah berkait rapat dengan sejenis makhluk tuhan bernama 'nafsu'. Mengambil pengajaran dari satu ilmu : Tidak terjadi sesuatu itu sia-sia....
Sebelum tu kenapa saya mengelar "Nafsu" ini sebagai makhluk, ini kerana sesuatu yang mempunyai ciri dan tabiat adalah Makhluk.
Antara asas kejadian dalam Falsafah Cina, Air, Api , Tanah , Angin : Saya meletakkan Nafsu ini umpama Angin. Atau cuba tengok persamaan ini :
Air = Ilmu , Api= Perasaan, Tanah= Jasad/ Fizik , Angin = Nafsu
Apa Sifat Angin :
- Tiada Jasad/Fizikal/bentuk
- Tidak boleh lihat
- Boleh Rasa
- Kuatnya membinasa, sepoinya menyegarkan
- Kategorinya bermacam - Ribut, Taufan, Puting Beliung, Dll.
- Kesannya boleh dilihat
- Medium - macam-macam
- Carilah lagi sebab banyak lagi sifatnya
Jadi bolehkah saya simpulkan bahawa :
Sifat Nafsu itu :
- Tiada Jasad/Fizikal/bentuk
- Confirm tiada siapa boleh melihatnya tapi tentu anda boleh rasa
- Secara normal ia membahagia malah salah satu bagian dari proses pembiakan, keberlangsungan kehidupan, bayangkan melihat isteri tanpa nafsu??? Tapi berlebihan cukup membinasa , macam binatang buas malah lebih teruk dari binatang perangainya.
- Kategorinya juga bermacam-macam - Nafsu Makan, kecantikan, kekayaan dll. Pendek kira ada 9 jenis.
- Kesan confirm kamu tau kan , Adanya baby, Kegemukan. ketamakan, penghinaan, dll.
- Medium bahasa ataupun derianya ialah sentuhan,pandangan,bau, dengar
Nahkan hampir sama sifatnya ... saya kata hampir sama. Nanti saya tolong hurai pula Air, Api dan Tanah
Jadi apa kaitannya pula dengan Lucah aka Porno dengan Nafsu?
Lucah adalah makanan nafsu kategori seks. Deria inputnya boleh jadi Mata, Telinga. outputnya / pelaksananya sudah pasti melalui deria sentuhan geseran, iaitu kulit,tut dan tut ..serta tut..
Kenapa dipanggil lucah ? ntah akupun kurang tahu tapi yang pastinya kurang disenangi Akal Manusia tapi disukai Nafsu.
Jadi kenapa Akal tidak suka kepada lucah, sebab bila nafsu makan lucah Nafsu jadi kuat, Jadi bila Nafsu Jadi kuat tentunya akal jadi lemah, Jadi bila Akal jadi lemah, imbangan jadi poranda maka lahirlah Makhluk Bernama Nafsu umpama Angin Putin Beliung yang mampu mengheret Akal/Air berpusingan meredah apajua di depannya : Kalau terjadi pada manusiakan abis anak bini orang dikerjakannya. ooo.
Lagi Kenapa ... kenapa-kenapa lagi dong .. Jangan tenguk pilem lucah atau video or sound lucah. Coz kesannya anda tau sendiri kok.
Jadi Bagaimana Menghindar keganasan Nafsu Seks Ganas :
ingat ya .. HINDARKAN...ELAKKAN...JAUHI..
Bahasa-bahasa ini adalah ajaran daripada ilmu Agama iaitu dalam bab-bab seks ni caranya elakkan ja lah .. Jangan Berkhalwat, jaga hijab, jaga batas bukan muhrim. dan bermacam-macam lagi ..
Dan Lagi berpuasa ...
Soaalannya : Kenapa elak ? Jawapanya, adakah anda mampu melawan taufan yang bergerak dengan kelajuan 200km sejam tanpa perlindungan konkrit.
opps... kenapa konkrit, kenapa pertahan dengan jasad, tidak bolehkah tahan dengan Air/ Akal ataupun tahan dengan Api/perasaaan . Kalau Angin + Api , jasad pun hancur, kalau Angin + Air =Puting Beliung. Jadinya kalau hanya berbekalkan Ilmu segantang jangan harap boleh bertahan . kalau ya anda memang hebat.
Aku pun jadi takut dari meneruskan tulisan ini, takut nanti, alih-alih kena pada diri sendiri : Doakan aku terlindung yeh..
Apa kata Anda ?
3 comments:
kaw-kaw banar eh, baik jua ada yang mengingatkan kita semua. Syabas
Ada pendapat melihat nafsu dalam kategori api, kerana ia berkait rapat dengan perasaan. Sifat api ada juga yang menyamai sifat angin spt. boleh dirasa, kesannya boleh dilihat, boleh membinasa. Antara sifat api juga ialah ia ada tahap kepanasan (degree celcius), begitu juga nafsu. Seperti kata pepatah, "api semasa kecil menjadi kawan, apabila besar menjadi lawan".
Satu lagi sifat nafsu ialah suka kepada yang baru, contoh; nafsu mendorong seseorang mendapatkan sesuatu (yg. akan memberi keseronokan), apabila sudah diperolehi, dia akan didorong lagi oleh nafsu itu untuk mendapatkan sesuatu yang lain (yang belum pernah diperoleh/dirasa). Begitulah seterusnya sehingga dia menemui ajal.
Nafsu penting kepada manusia kerana sifatnya yang 'mendorong' untuk berkembang (membiak), meneroka (mencari yang baru) dan berjaya (merasa diri hebat).
Namun jika nafsu tidak dikawal (hanya Pencipta yg boleh mengawal ciptaanNya), pasti megakibatkan kebinasaan. Puasa adalah salah satu kaedah meredakan keinginan nafsu. Nafsu yang baik adalah (jiwa) yang tenang (mutma'innah).
Semua unsur yang ada pada manusia(tanah, api, air dan angin) perlu dalam keadaan tenang, barulah kehidupan berjalan dengan keseimbangan.
Tima kasih abang damet and G-Chai,
Saya juga akan cuba menulis Elemen Api dan sedikit perbezaannya dengan Elemen Angin. Yang ketaranya ialah Api boleh dilihat bentuk fisiknya namun tidak boleh dipegang. Tapi Angin Tiada bentuk fisiknya pun malah langsung tidak boleh dilihat.
Cuma satu yang pasti, setiap elemen tidak boleh berdiri sendiri tanpa adanya penglibatan dari elemen yang lain. Yang berbeza cuma seberapa banyak gabungan sesuatu elemen itu membentuk sesuatu.
Post a Comment