Pertanyaan ini di tulis pada 11 jun 2006
padamar menulis dan bertanya:
assalamualaikum,
Sebelum adanya satu perjuangan mesti adanya sepadu matlamat disertai dengan satu prinsip tentang kepimpinan yang berhubungkait dengan survaival yang meliputi setiap aspek… Sebelum satu perjuangan itu dinobatkan atau dilakarkan sebagai satu perjuangan saya mohon DSAI menjawab beberapa soalan berikut:
1. Apakah pandangan DSAI tentang karektor Hang Tuah dan Juga Hang Jebat serta 3 sahabat yang lainnya?
Sdr Padamar, Prinsip perjuangan saya jelas. Saya usulkan sdr baca Gelombang Kebangkitan Asia, serta beberapa rencana terkini.1. Hikayat Hang Tuah saya anggap sebagai karya epik Melayu penting dan buat menanggapi sikap dan budaya Melayu. Namun ia tetap legenda dan kita tidak wajar terperangkap dalam kerangka pemikiran atau "tempurung" lama.Hikayat tersebut diantara lain mendedahkan wacana, malah dilema Melayu dalam soal kepahlawanan, asas ilmu (umpamanyanya Hang Tuah menguasai pelbagai bahasa) dan ketaatan kapa penguasa. Mesej moral ketara termasuk hikmah leluhur bangsa: "raja adil disembah, raja zalim disanggah".
2. Adakah Wawasan 2020 juga didukung oleh Parti Keadilan?
Wawasan 2020 tidak mengarah kapada corak negara adil dan saksama, termasuk isu memperkasa ekonomi dan budaya rakyat. PKR tidak perlu diikat menurut selera penguasa lama. Rakyat dan generasi muda perlu diajak membahas isu dasar dan strategik.
3. Sejauhmanakah kejayaan Komponen Wawasan 2020 setakat ini?
Tunggak negara berperlembagaan yang menjamin kebebasan badan kehakiman, keluhuran undang-undang, pengagihan kekayaan secara adil, pembasmian rasuah masih tidak terjangkau.
4. Salahkah Dr. M membina KLIA, F1 Sepang, Empangan Bakun, Petronas Twin Tower, Jambatan Bengkok, LTDL, Malaysia Boleh, dan banyak lagi?
Pembangunan perlu menurut keutamaan, dan pertimbangannya harus faedah negara dan rakyat dan bukan kerana ia memenuhi selera kroni dan anak-anak sendiri. Sebagai contoh, dalam melaksanakan projek Empangan Bakun, sabelum lapuran EIA lagi, Tun Dr M telah melancarkannya semata-mata diatas permintaan TanSri Ting Pek King. Kawasan balak dipunggah dengan keuntungan kapada syarikat Ekran tetapi nasib penduduk asal, Orang Ulu, Kayan dll diabaikan. Kini meskipun projek tersebut mungkin diteruskan, tetapi skopnya jauh lebih kecil dan satelah negara mengalami kerugian besar.
5. Sudikah DSAI meneruskan Impian Dr. M untuk Malaysia?
Yang penting ialah impian rakyat.
6. Bersediakah DSAI untuk sekali lagi memecahkan Undi Orang Melayu?
Kita perlu lebih matang dan dewasa dan tidak dikongkong propaganda BN. Setiap kali isu rasuah, kezaliman, penipuan disuarakan, maka jawapan ala kursus BTN ialah undi Melayu.
7. Kenapa DSAI harus jadi pemimpin?
Yang menentukannya adalah rakyat, bukan sang penguasa.
8. Benarkan Rakyat Malaysia Mempunyai Infra Kelas Pertama tapi Mentaliti Kelas ke Tiga?
Soal mentaliti dunia ketiga dan infrastruktur kelas pertama yang disuarakan DS Abdullah PM mengingatkan saya pendekatan lama "Revolusi Mental" UMNO tahun 60an. Yang sering disalahkan ialah rakyat. Ini disanggah oleh Prof SH Alattas dalam bukunya "Siapa Yang Salah" dan "Metos Pribumi Malas". Yang perlu dirubah ialah mentaliti pemimpin yang kurang bekerja dan menggodol kekayaan yang melimpah.
Saya hanya mintak pendapat.. Jawapan Dato’ Seri akan menentukan Apakah perjuangan DSAI dalam Politik. Jika Tiada Jawapan, saya mengandaikan DSAI hanya akan membahayakan survaival Malaysia.
Wassallam.
Terima kasih. Jika saya tidak menjawab sekalipun ia tidak merubah kenyataan saperti yang sdr dakwa.
No comments:
Post a Comment