Wednesday, September 24, 2008

Apakah makanan CINTA?

C.I.N.T.A ....

Salam cinta untuk semua ...

Bagi setengah orang Ganjil bunyinya kan?.. ok lah sesiapa yang rasa ganjil tu, aku ucap salam sejehtera ya .

Catatan kali ini untuk meneruskan kisah dalam Artikel Lucah dan Porno.

Sebelum cinta itu makan, cuba kita lihat sedikit Cinta ini jatuh dalam kategori mana?

Bagi saya, terus saya meletakkan Cinta ini adalah salah satu kategori dalam Elemen Perasaan iaitu Api.

Api = Perasaan ;

Medium untuk perasaan adalah Hati.

Kenapa Perasaan?...

Rasa = deria , tindak balas,tindakbalas , lemah ->sederhana -> tinggi, ya paling tidak bagi saya terletaknya satu perubahan dari satu titik keadaan kepada satu titik yang lain.

Jadi mari kita bariskan sifat Api :

  • Paling ramai yang tahu api mestilah panas.
  • boleh dilihat tapi tidak boleh pegang (tiada jasad)
  • boleh rasa
  • punyai bermacam warna pendekkata macam color Pelangi .
  • punyai tahap dan peringkat kepanasan
  • Api tidak boleh berdiri sendiri
  • yang lain tu tambah sendiri ya

Sifat Perasaan :

  • Ada rasa, boleh dilihat, contohnya : nangis, ketawa, menjerit, senyum tapi tiada jasad cuma diolahkan oleh elemen tanah. sepertimana Angin juga boleh diekspresikan melalui elemen Tanah senagai contohnya mimik muka, air mata ..dsb.
  • punyai pelbagai kategori , suka duka, bahagia sengsara, marah, benci, sayang, cinta ..
  • punyai tahap dan peringkat, contohnya, ayat ni : aku lebih menyanyangi dan mencintai mu dari si anu dan si anu. Perkataan lebih tu adalah petunjuk tahap atau peringkat.
  • Tentunya perasaan bergantung kepada elemen lain contohnya, bolehkah batu itu marah ya ? ya aaa mungkin, tapi sepengetahuan tahap manusia biasa seperti kita, batu itu mati, tiada perasaannya. tapi jangan lupa Batu juga makhluk.
  • bolehjuga diertikan sebagai tenaga dan semangat

Jadi apa ? ada persamaan antara Perasaan dan Api?...

Jadi terus .. dengan ada apa dengan Cinta.

Makhluk Cinta ini juga punya ciri :

  • medium Cinta sudah pasti pancaindera dan deria kita, kalau tidak masakan ada istilah dari mata turun ke hati atau pun dari mata terus ke ranjang = Mata Keranjang.
  • lembutnya cinta ibarat anak manja dalam sisi hati manusia.
  • tapi kuatnya cinta sanggup merentasi lautan api, gunung tinggi sanggup ku daki malah ada yang menyuruh dadanya dibelah-belah. perkataan belah-belah ini ada tanda-tanda ekstrim iaitu sifat pelampau.
  • apa makanan cinta ? cinta makan kata-kata manja, lembut, janji setia, belaian mesra, gesture atau gerakgeri tubuh, dan banyak lagi. Jadi apa rutin asas cinta supaya ia terus mekar terus menjadi bunga dalam kehidupan kita. Antaranya , bagi yang beristeri, senyum, cium, peluk, bicara lembut, lagi .. ah .. kamu tahu itu...
  • resipi terbaik bagi cinta ialah, sedikit nafsu (sedua tiga sepoi angin) di+ seindah jasad (Bersih, segak, lawa/kemas...) dimandikan dengan secukup ilmu (Air) dan dipanaskan dengan api yang sederhana dan berterusan sehingga masak ( Mati dan masuk syurga).
  • Negara bagi perasaan adalah dihati jadi Cinta bermastautin di salah sebuah kampung dalam hati. Kenapa hanya bermastautin, sebab ia boleh datang dan pergi...

Hai..yah... ada sikit penat juga ... tulis sikit-sikit dulu lah coz kalau mau tulis tentu banyak lagi ini tajuk pasal cinta. Anda tambah- tambahlah ya :). Doa akan aku memperolehi cinta yang sihat sejehtera.

..

3 comments:

KADAYAN BANTING said...
This comment has been removed by the author.
KADAYAN BANTING said...

Susah untuk dikatakan apa sebenarnya itu cinta. Mungkin cinta itu tidak wujud dengan sendirinya, melainkan kita sendiri yang mewujudkannya. Andainya kita sendiri yang mewujudkan cinta itu maka sudak tentu senang kita membentuknya atau menentukan apa makanannya atau kita biarkan saja cinta itu berpuasa sepanjang masa.

Anonymous said...

Salam...Cinta berbeza berdasarkan siapa / apa yg akan menerima cinta kita.

- Sabahan Blogger -