Monday, January 5, 2009

Lima anggota AMK ditahan di KT?


" Menurut Ketua AMK pusat, Shamsul Iskandar Mohd Akin, mereka ditahan pada kira-kira jam 5 pagi ketika menampal poster memaparkan gambar mendiang Altantuya Shaaribuu, sebagai sebahagian daripada kempen pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu."


Keratan berkenaan diambil dari Laman Berita Malaysiakini.com. Apa yang menjadi persoalan ialah apakah relevannya memaparkan gambar mendiang Altantuya Sharibuu sebagai salah satu cara berkempen.


Kadang-kadang aku pun naik heran kenapa masih ada manusia menggunakan 'presepsi negatif' ataupun teknik 'fitnah' ini dalam kempen. Aku kata fitnah kerana sehingga kini belum ada satu bukti yang sahih pun berjaya dikemukakan untuk mengatakan kes ini ada kaitan dengan sipolan bin sipolan.


Niat menggunakan gambar Mendiang Altantuya sebagai salah satu strategi pilihanraya sememangnya jijik dan memalukan bagi manusia yang selama ini memperjuangkan konsep keadilan. Keadilan apakah ini? Orang yang telah meninggal dunia pun boleh dieksploitasi demi merebut amanah. Siapa tidak kesian pembunuhan kejam Altantuya, tapi beginikah caranya untuk membelanya?


Amanah. Ya amanah wahai pemain-pemain politik semua. Jangan main-main. Contohilah sikit calon Pas yang tidak mau menyerang lawannya secara peribadi. Begitu juga Calon BN yang setakat ini lebih suka untuk bertanding secara baik. Bukankah ini lebih baik, bertanding dalam suasana yang aman dan membenarkan rakyat Kuala Terengganu membuat pilihan secara matang. Orang luar yang tidak berkaitan tu tidak payahlah susah-susah untuk menyibuk, saya amat yakin orang Kuala Terengganu lebih matang dan lebih mengetahui siapa yang layak memegang amanah mereka.


Ni aku nak kempen sikit kepada pemain-pemain politik di Kuala Terengganu : Hindarilah sifat syak wasangka antara kita, Bersangka baiklah kita serta jadilah manusia yang bertamadun iaitu manusia yang memperolehi sesuatu tanpa menggunakan sedikitpun cara kejahatan.


wassallam.

No comments: