Wednesday, February 4, 2009

Pelik tapi itulah yang berlaku

Alhamdulilah, setelah lama tidak menulis, hari dapat juga membariskan sedikit coretan, mungkin kerana perasaan geram dengan situasi politik semasa.

Kalau anda perasaan, sekarang ini rakyat lebih banyak memikirkan masalah orang politik daripada orang politik memikirkan masalah rakyat. Itulah yang pelik, tapi inilah yang berlaku.

Apa tidaknya, setelah hampir setahun PRU 12 berlalu, negara kita masih dihidangkan dengan masalah politik. Sepatutnya setahun berlalu adalah masa bekerja untuk menunaikan amanah rakyat, tapi orang politik asyik berpolitik.

Agaknya orang politik sudah tidak faham apakah tuntutan sebenar dalam politik sehinggakan orang politik mengganggap berpolitik sepanjang masa menjadi salah satu tugas utama mereka menidakkan tugas utama mereka supaya terus membela dan memperjuangkan amanah rakyat.

Jangan heran suatu hari nanti, rakyat akan hilang kepercayaan kepada politik. Siapa susah, negara juga yang susah kerana apabila itu berlaku pastinya negara akan berada dalam keadaan porak poranda dimana biasanya minoriti akan sering ditidakkan hak mereka.

Tuntutan rakyat dalam situasi sekarang ialah bagaimana pihak berkuasa yang telah diamanahkan oleh mereka mengatur dan mengurus negara supaya setiap rakyat dibawahnya akan mampu hidup dengan penuh kesejahteraan dan keamanan. Apatah lagi dalam suasana ekonomi yang semakin menggigit.

Kepada pegawai-pegawai kanan kerajaan, masa inilah anda perlu ambil tindakan untuk menegur pak politik supaya mereka tidak terus menyusahkan rakyat. Saya yakin dengan pengalaman dan ilmu yang ada pada pegawai kanan awam, mereka boleh memainkan peranan yang lebih baik dalam menjalankan amanah rakyat dengan membuat teguran yang membina kepada orang politik demi kebaikkan negara kita. Jangan hanya diam. Janganlah seperti kerbau dicucuk hidung. Bersuaralah. Rakyat pasti amat berharap anda mengambil peranan ini dalam mengimbangi 'kesengetan' yang berlaku dalam politik negara hari ini.

Wassallam.

No comments: