Saturday, February 7, 2009

Perak bukan Silver

Mengikuti kisah politik Perak agak menarik, sekurang-kurangnya banyak ilmu baru yang aku pelajari.

Jalan cerita yang cukup dramatik. Kisah penderhakaan. Kisah moral. Kisah tangisan gas pemedih mata. Kisah undang-undang. Kisah saman menyaman.

Tentunya kisah ini bukannya cerita biasa kerana ianya adalah satu catatan sejarah tentang konflik politik Negeri Perak. Sejarah tentang kuasa Sultan. Kuasa rakyat. Kuasa Politik.

Tapi kisah yang menarik untuk dikupas ialah soal moral dan keamanan. Soal siapa lebih berkuasa, Rakyat? Sultan? Orang Politik?.

Sultan telah memperlihatkan kuasanya. Politik juga telah menunjukkan undang-undang permainannya. Cuma rakyat masih belum lagi terserlah kuasanya.

Demontrasi. Ibarat membaling batu ke langit dan akhirnya jatuh kemuka sendiri. Padan muka. Suruh pakai ilmu, tapi pakai main ikut rasa ja. Jadilah macam palestin, 60 tahun berlalu hanya mampu mencipta 'roket', alahai macam roket mainan zaman aku time kecik ja. zusss.... peeekk. Kecil bunyinya.

Pendapat orang akedemik sudah dibicara. Analisis juga telah disuratkan di media. Pak politik lagi best ceritanya, ibarat berlawan pedang, baru calar sedikit, aduuhhhh sakit, rengeknya. Angguk-angguk, geleng-geleng ... sudah dijangka tutur katanya.

Sedihnya kisah ini mengisahkan Melayu dan Sultannya. Celaru antara taat dan derhaka.

Lenggang-lenggok Perak. Perak bukan Silver sebab penyelesaian semudah 1,2,3 dijeling sepi. Akhirnya rakyat dihalang dari menggunakan hak dan kuasa yang sebenarnya milik mereka, bukan milik siapa-siapa.

Hanya pilihanraya. Itulah sebaik-baik jawapan kepada soalan yang kononnya setanding soalan peperiksaan untuk lulus Kertas Phd. Doktor pakar.....?....

Ah... sebelum aku terlupa, satu kuasa yang semakin malap apinya, seakan-akan tidak kenampakan relevannya. Kuasa ekonomi. Kuasa yang sebenarnya mendominasi semua kuasa yang ada tapi sering dipinggirkan kisahnya. Kuasa ini sering diperguna hanya dalam merencana kisah ketamakkan nafsu bukan sebagai pengikat tali siraturrahim, sebagai nasi kepada manusia atau sebagai modal untuk membiayai sebuah perjalanan hidup yang terlalu pasti destinasinya.

Sengaja aku mencoretkan ayat yang ntah apa-apa ntah sekadar jadi catatan minda untuk diperguna dihari 'tua'.

No comments: