:)
Semalam ada sedikit perbincangan dengan kawan, Apakah Trademark yang paling sesuai untuk Pak Lah yang akan mengundurkan diri pada Mac tahun depan.
Bapa Kemerdekaan Malaysia : Tunku Abdul Rahman
Bapa Pembangunan Malaysia : Tun Abdul Razak
Bapa Perpaduan Malaysia : Tun Hussein Onn
Bapa Pemodenan Malaysia : Tun Dr. Mahathir Mohammad
Bapa .................. Malaysia : Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Boleh beri cadangan. Kita tengok siapa yang tepat. Hadiahnya : Korang memang hebat.
Ada cadangan untuk meletakkan Pak Lah sebagai Bapa Pertanian Malaysia, Bapa Modal Insan Malaysia .... Bapa Keterbukaan Malaysia..???? entah lah apa yang sesuai. fikir-fikirkan lah.
Kalau ada pencalonan nanti kita buat poll pengundian, tapi tiada "undian rasuah" dibenarkan. Cadangan mestilah ikhlas. Tolong sertakan alasan kepada cadangan anda.
:)
3 comments:
Ada juga mencadangkan Bapa Demokrasi Malaysia :)
Mungkin boleh dicadanghkan sebagai "Bapa Pertanian" sebab beliau banyak menekankan kearah pembangunan dan kemajuan dalam bidang pertanian
Paklah, BAPA MERTUA KHAIRY
Post a Comment