Friday, November 14, 2008

Padamar Seri dan Kampung Jin Beranak


Klik imej untuk membesarkannya.

Ini Lah Kampung aku yang indah dan cukup menarik lagi menawan. Kg. Jabang, setengah jam perjalanan dari pekan Beaufort.

Ada serorang YB memanggil kampung aku Kampung tempat Jin Beranak sebab katanya kampung kami agak terpencil dalam hutan. Walauapapun kampung aku adalah kampung yang teramat indah bagi aku. Korang, orang bandar mesti jeleskan.

Sekitar kampung aku ada Luagan @ tasik Pandaililin, ada Pulau Padamar dan Pantai Sungai Air Tawar. Cukup Cantik.

Rumput di pantai tersebut cukup indah, nama pantai tersebut dipanggil 'Seberang'. Di situlah tempat aku bermandi manda bersama anak-anak dan anak buah. Dan kalau ada kesempatan balik kampung, projek biasa sebelah petang aku ialah mengumpul serpihan kayu yang hanyut berserta sampah-sampah yang tertinggal semasa air bah untuk dibakar supaya 'Seberang' aku sentiasa bersih dan indah. Di situlah juga 'Padang Golf' aku suatu ketika dulu. Beli bola second hand dan aku pukul merentasi Sungai Padas atau pun sepanjang pantai 'seberang'.

Pulau Padamar, satu-satunya pulau di Sungai Padas yang menjadi impian aku. Tapi ianya hanya menjadi tinggal impian sebab pulau itu sudah menjadi milik orang. Bagi aku Padamar adalah impian. Sebab tu guna nickname Padamar Seri, bermaksud Impian Seri. Di Pulau tersebut ada Bayau. Dan semasa zaman paling indah ketika masih kecil dulu, pulau itu adalah pulau kunjungan tetap aku dan kawan-kawan untuk bermain tembak-tembak dan sembunyi-sembunyi, berenang untuk menyeberang ke pulau tersebut adalah sesuatu yang biasa. Aku anak kampung, mestilah hidup sebagai perenang.

Luagan Pandaililin, sebelum digali parit besar menghubungkannya dengan Sungai Padas, merupakan tasik yang cukup jernih dan mewah dengan ikan. Namun sekarang agak berkurangan kerana air 'milo'@ air kabut telah melanda Sungai Padas turut me'milo'kan pandaililin. Itulah dosa terbesar pembalak-balak di ulu Sungai Padas terhadap penduduk kampung aku. Sungai yang dulunya selalu jernih tapi kini selalu kabut. Sudahlah tiada air paip, air sungai kami pula di'jahanam'kan.

Ada satu yang paling menarik sekitar kampung aku untuk pemancing-pemancing udang galah dan peminat kelip-kelip, satu kawasan dinamakan Sungai Nabahan mampu menawarkan kegembiraan kepada anda. Tapi untuk memancing udang galah mestilah ketika musim kemarau supaya air sungai jernih dan air sungai sedang mula pasang atau mula surut, hasil tangkapan mungkin agak cukup mengembirakan hati pemancing. Kalau ada yang ingin 'try' boleh lah cari aku nanti. Melanconglah ke kampung aku.

Kalau projek menggali dan membersihkah Parit Tiga Ringgit telah dilaksanakan, aku boleh bawa anda memancing ikan karuk. besar-besar saiznya. Seronok. Melalui Parit Tiga ringgit kita boleh sampai ke Weston dalam masa 15 minit sahaja dan ke Sungai Nabahan sekitar 5 minit kalau bertolak dari kampung aku.

Tu lah sedikit sebanyak tentang Padamar Seri.




2 comments:

sue_illyana said...

bestnya ada kampung macam tu..kampung saya ok juga sebab jauh dari bandar tapi yang tidak siok sebab banyak tempat diteroka untuk penanaman sawit.. apa pun kampung ku tetap yang terbest..tu la rajin balik kampung...tiada asap kereta,tiada pencemaran bunyi yang kedengaran hanyalah bunyi ayam berkokok dan anjing yang menyalak sekali sekala..ah..rindunya mau balik kampung...

BLOG KOMEN said...

KUNJUNGILAH BLOG KOMEN UNTUK ANDA MEMBERIKAN KOMEN, PENDAPAT DAN PANDANGAN TENTANG APA-APA SAJA