Thursday, October 9, 2008

Wah.... seronoknya Syawal

Syukur pada Yang Maha Penyanyang.

Kita masih dalam lingkungan syawal, justeru saya mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir batin.

Sedikit pengalaman semasa bulan syawal, seronok sungguh rasanya, paling tidak Syawal telah mengumpulkan saudara-mara bersama-sama di hari yang mulia. Saudara jauh dekat dapat menjalinkan siraturrahim, terubat jua kerinduan.

Tapi satu pemerhatian yang cukup menarik bagi saya ialah sebenarnya kita mungkin terlalu banyak berbelanja pada perkara yang kurang perlu yang sebenarnya pun kadang-kadang tidak perlu langsung. Antaranya pembelian perkakasan dan perhiasan yang mahal-mahal.

Mungkin pendapat kita berbeza, tapi pada saya konsep berkunjung-kunjung sempena hari raya sebenarnya ada temanya tersendiri. Pertamanya, 1 Syawal adalah perayaan ibadah yang mempunyai maksud yang jauh lebih mendalam kalau diperhatikan.

1. Antara orang yang paling bahagia pada hari itu ialah ibubapa kita, ialah dalam setahun terlalu jarang semua anak-anaknya dapat berkumpul satu bumbung, juga disitulah cucu-cucunya sepupu sepapat dapat bermesra berkenalan. Hiruk pikuk, tangis tawa, pekik teriak anak-anak kecil bagi perindu sesuatu yang amat menyeronokkan. Mungkin tidak bagi materialis.

2. Umat sekampung dapat bermaaf-maafan satu sama lain, paling tidak dalam konteks kampung aku, setiap jemaah sembahyang Hari Raya dengan teraturnya dalam barisan satu demi satu dapat bersalaman sambil berpelukan. Bagi hati seorang manusia biasa, maunya tidak sayu dihati, suasana sebak gembira, mengalir air mata, merah jua bibir mata, paling tidak si gagah eksen hanya menangis dihati. tapi ketika bersalam ibu dan ayah tercinta, tembok hipokrit mana mampu bertahan. Nangis jua. ya.. aku pun nangis jua loh...

Benar jua lirik lagu raya klasik tu ya .. Sekampung rasa bersaudara .. oh .. seronoknya...

Ya .. nangis .... itulah rahmatnya ..

Kenapa ?

Titisan air mata mengandungi kandungan kimia yang berbeza-beza mengikut suasananya. Mengandungi hormon-hormon tertentu dari dalam tubuh manusia. Penyingkiran hormon- hormon tertentu mampu meredakan suatu tekanan, yang pastinya baik untuk kesihatan. Lebih bertenaga

Cuba imbau kembali, ketika kita menangis atas apa jua sebabnya, biasanya kita merasa lega.

Ataupun bagi yang telah berumahtangga, mungkin setelah bergaduh, yalah sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri, bagi yang saling bermaafan sebelum tidurnya sehingga ada yang mengalirkan airmata, tentunya malam itu adalah seumpama malam pertama. Itulah ajaibnya Airmata. Kalau tidak percaya, anda boleh cuba.

Jadi kesimpulannya, bagi sang lelaki yang susah menangis tu, terutamanya dihadapan manusia mungkin egonya tinggi sikit, menangislah di hadapan Maha Pencipta. Mudah-mudahan kita pun dapat merasakan nikmat airmata.

Wassallam.

2 comments:

KADAYAN BANTING said...
This comment has been removed by the author.
KADAYAN BANTING said...

Hari Raya dapat mempertemukan anak-anak kita dengan saudara-saudara sepupu mereka, terutamanya mereka yang tinggal berjauhan dan jarang-jarang balik kampung. Inilah peluang bagi mereka untuk mengenali lebih rapat antara satu sama lain.

Pada Hari Raya Kedua baru-baru ini kami berkumpul di rumah ibu mertua saya. Ibu mertua saya mempunyai 10 orang anak dan hampir 40 orang cucu semuanya berkumpul di rumah beliau pada hari itu. Kami mengambil gambar setiap keluarga sebagai kenang-kenangan untuk tatapan apabila balik ke rumah masing-masing. Kata anak-anak kami, "SERONOKLAH".