Thursday, October 16, 2008

Kalaulah kita mengerti nikmat kepelbagaian....

Salam sejahtera,

Ya, kalaulah kita tahu nikmat kepelbagaian, pastinya Malaysia akan menjadi laluan ke kebahagiaan sebenar.

Apa yang kita ada:

1. kepelbagaian etnik, bangsa, budaya, ilmu, cara, sumber, bahasa dan etc.

Kenapa kepelbagaian suatu nikmat?

Bayangkan saja didalam sebuah taman, kalaulah hanya ada satu jenis tumbuhan atau bunga-bungaan, rasa-rasanya cantik kah taman itu atau layakkah ia digelar taman? atau kalau hanya ada satu warna, rasa-rasanya akan berserikah pandangan kita, ataupun hanya ada satu bunyi-bunyian, rasa-rasanya akan seronokkah pendengaran kita?

Atau akan jelaskah bentuk sepohon pokok kalau kita hanya melihatnya dari satu sudut. tentunya sukar ..kan.. kalau pokok bunga mungkin sedikit jelas tapi bagai mana sepohon pokok kayu balak yang rimbun, akan nampakkah rantingnya, akan nampakkah tupai bersarang didahannya ...? jadi untuk mengenalinya kita perlu melihanya dari semua sudut. Detail itu satu kelebihan.

Nasib baiklah di negara kita terdapat pelbagai bangsa dan bahasa, dan lebih menyeronokkan lagi kita masih kekal dengan pelbagai bahasa. Bayangkan kalau kaum cina tidak boleh berbahasa cina atau kaum india tidak tahu berbahasa India. Tentu kita akan lebih jauh tersasar dari istilah Kenikmatan.

Justeru itu aliran sekolah mengikut pelbagai bahasa pengantar adalah satu nikmat. Ternampakkah sudah apa di depan kita, apa yang berlaku di Negara China dan Negara India. Tentunya satu lapangan pasaran yang cukup luas. Dan jangan lupa Nusantara .. Bahasa Melayu adalah bahasa pengantarnya. Bahasa ke 4 paling kerap digunakan di dunia. Dan anda pasti sedar kemampuannya.

Bayangkan nilai satu okestra, kan tinggi martabatnya. Dan kalaulah hanya satu jenis bunyi yang kita ada tentunya bukanlah okestra namanya. dan apapula intipati sebuah okestra? kalau bukan harmoninya. Tentu anda boleh bayangkan kegemilangannya.

Jadi nikmat kepelbagaian itu terlalu besar nilainya.

Yang Maha Pencipta menjadikan pelbagai bangsa, kaum yang berlainan kulit berlainan budaya tidak lain ialah untuk kita saling kenal-mengenali antara satu dengan yang lain ....

Tetapi kenapakah masih ada manusia yang menentang Tabii kejadian ini. Masih melihat kepelbagaian sebagai ancaman?

Renungkanlah .. mudah-mudahan nikmat itu melimpah di bumi Malaysia.

Kita tidak akan mudah tertipu kalau kita mengetahui bahasanya...

Wassallam.

No comments: