Tuesday, October 14, 2008

Iktibar siput babi


Siput babi...

Selain dari siput kecil siput babi juga merupakan ancaman kepada tanaman ku, walaupun tidak banyak tapi lebih bahaya dari siput kecil. Apa tidak nya, kalau ia mengunyah kulit batang terung, nescaya satu pokok bye-bye ... menguning lalu mati.

Siput babi ni pun menyerang pada waktu luar kebiasaan iaitu pada waktu malam tambahan lagi selepas hujan.
Tapi iktibar dari siput babi cukup memberi pengajaran.

1. Walaupun pada zahirnya siput babi ni bergerak perlahan tapi kalau menyerang pada waktu yang bertepatan nescaya ia cukup berhasil. Jadi pengajarannya, walaupun sesuatu perkara itu dapat dilakukan walaupun dengan perlahan tapi sesuai dan tepat pada masanya tentu akan memberi impak yang cukup besar.

2. Jadi sesuatu perkara yang dilakukan walaupun lemah dalam pendekatannya tapi jika dilakukan pada masa yang sesuai juga turut akan mendatangkan hasil yang tidak kurang hebatnya. Perlahan tidak bermakna ketinggalan dan laju tidak semestinya menang.

1 comment:

abangdamet said...

Siput Babi dikategorikan sebagai haiwan perosak tanaman. Ia adalah musuh kepada pekebun terutama pekebun kecil-kecilan. Walau pun agak perlahan pergerakannya, namun ancamannya sangat berkesan, kerana itu ia amat dibenci oleh pekebun sayur terutamanya. Daripada rasa amat benci dan jijik terhadap siput itulah... maka ia diberi title 'Babi' (walaupun sebenarnya ia tidak haram dimakan).