Showing posts with label Cikgu ku Taman Kecil Belakang Rumahku. Show all posts
Showing posts with label Cikgu ku Taman Kecil Belakang Rumahku. Show all posts

Tuesday, October 14, 2008

Iktibar siput babi


Siput babi...

Selain dari siput kecil siput babi juga merupakan ancaman kepada tanaman ku, walaupun tidak banyak tapi lebih bahaya dari siput kecil. Apa tidak nya, kalau ia mengunyah kulit batang terung, nescaya satu pokok bye-bye ... menguning lalu mati.

Siput babi ni pun menyerang pada waktu luar kebiasaan iaitu pada waktu malam tambahan lagi selepas hujan.
Tapi iktibar dari siput babi cukup memberi pengajaran.

1. Walaupun pada zahirnya siput babi ni bergerak perlahan tapi kalau menyerang pada waktu yang bertepatan nescaya ia cukup berhasil. Jadi pengajarannya, walaupun sesuatu perkara itu dapat dilakukan walaupun dengan perlahan tapi sesuai dan tepat pada masanya tentu akan memberi impak yang cukup besar.

2. Jadi sesuatu perkara yang dilakukan walaupun lemah dalam pendekatannya tapi jika dilakukan pada masa yang sesuai juga turut akan mendatangkan hasil yang tidak kurang hebatnya. Perlahan tidak bermakna ketinggalan dan laju tidak semestinya menang.

Kenapa Taman Kecil Belakang Belakang rumahku terangkat menjadi guru ku yang sungguh bermakna

Macamana mau mula aa..

K lah, sejak aku membeli rumah setahun yang lepas, kebetulan ruang belakang rumah tu kosong jadi timbul keghairahan untuk bercucuk tanam, hobi dari dulu ketika di kampung.

Pendek cerita, bertanam lah aku di belakang rumah tu, asal time gaji pergi lah aku menjengok nurseri melihat peralatan dan bibit tanaman yang diperlukan.

Projek pertama, menanam Cili Padi, terung dan di satu sudut aku menanam bunga-bunga dalam pasu.

Setiap pagi dan petang, pasti kebelakang rumah menyiram serta membersihkan kebun kecil tu. wah ... memang cukup menghiburkan apabila bibit-bibit tanaman mula nampak menghijau.

Begitulah hari-hari ku dibelakang rumah kalau ada kesempatan.

Tiba-tiba satu hari selepas pulang dari kerja luar pejabat, aku dapati banyak daun-daun yang telah menghijau mula rosak mungkin dimakan ulat mengikut jangkaan ku. Apa lagi bergegas ke kedai membeli penyembur serangga organik untuk mengatasi masalah tersebut. Tapi selang 2 hari daun dan batang terung cukup membimbangkan, macam tidak sihat saja kelihatannya. Puas jua aku berfikir kenapa, almaklumlah bukan petani pro. Waktu pagi dan petang tidak banyak serangga kelihatan mengganggu tanaman ku.

Suatu malam kira-kira jam 12 malam, ketika aku duduk sambil menghirup karbon dioksida (paham-paham ja la) ternampak seekor siput kecil merangkak dirumput. Tapi aku masih tidak menyangka siput kecil tu perosak tanamanku.

Malam esoknya aku mengambil keputusan membuat pemerhatian sekitar jam 2. pagi. Alahai..... punya banyak siput kecil tu kenduri di kebun ku..

Geram....... Apa lagi , operasi membuang siput kecil pun bermula jam 2.30 pagi malam itu juga . Hasil untuk malam pertama, sebanyak lebih 100 ekor siput kecil dapat ku rejamkan ke dinding simen longkang berhampiran. Terasa puas.

Esok malamnya pula, 70 lebih ekor dan seterusnya semakin menyusut sehinggalah daun tanamanku kembali menghijau.

Dipendekkan lagi cerita. Selepas kes siput kecil tu, aku berfikir :

oh.. rupanya .. tiada satu perkarapun apabila dilaksanakan berjalan tanpa cubaan dan halangan.

Dan lagi siput kecil tu tidak pernah salah, malah taat kepada Penciptanya, ialah mengikut nalurinya, dimana ada makanan disitu lah ia datang. Dan specialnyalagi ia hanya makan pada waktu malam ketika aku sedang tidur.

Jadi pengajaran pertama yang aku terima ialah :

1. Setiap perkara mesti ada halangan dan cubaan, dan tugas kita ialah untuk mengatasi cabaran dan halangan tersebut.

2. Kita mesti mengambilkira ruang masa, dan sentiasa berjaga-jaga kerana halangan dan cabaran boleh datang pada masa yang tidak kita jangka atau diluar waktu kawalan kita. Contohnya, siput kecil tu menyerang kebunku ketika aku mula syok untuk tidur iaitu ketika waktu malam sekitar jam 12 tgh mlm.

3. Jangan menyalahkan cabaran dan halangan yang datang tapi berusahalah untuk mengatasinya. Sebab sikap menyalahkan tidak akan pernah menyelesaikan masalah.

4. Itulah Ciptaan Maha Pencipta, Tidak satu perkara itu dijadikan sia-sia.

Tulah sedikit ringkasan pengenalan tentang Cikgu ku Taman Kecil diBelakang rumah ku.

Namun Kisah siput Kecil banyak lagi pengajaran yang boleh aku titipkan nanti.

Thursday, October 9, 2008

Cikgu ku Taman Kecil Belakang Rumahku


Bermula hari ini aku akan titipkan subjek-subjek mata pelajaran yang diajar oleh cikgu ku, Taman Kecil Belakang Rumah.

Antaranya :

1. Kenapa Taman Kecil Belakang Belakang rumahku terangkat menjadi guru ku yang sungguh bermakna?
2. Iktibar siput babi.
3. Amarah Siput Kecil.
4. Bukan salah jiranku.
5. Pokok Limau Kesturi RM70.00.
6. Bungaku layu.
7. Ulat Daun, bukan salah mu.
8. Harga sekarung tanah.
9. Arnabku: musuh yang ku sayang.
10. Cantiknya Ros ku.
11. Bakti Tayar buruk.
12. Aku dan Batu.
13. Kau bunga rahmat tapi bersyukurkah aku.
14. Kisah lidah buaya jiranku dengan terung 2 biji.
15. Cili Api sepiring, tapi aku hanya makan 2 biji sehari.

dan banyak lagi ....

Nantikan.