
Monday, January 5, 2009
Lima anggota AMK ditahan di KT?

Thursday, November 27, 2008
Obama pandai berbahasa Melayu?
Apa yang menariknya ialah patah perkataan tersebut diucapkan oleh bakal Presiden Amerika, Obama dengan lancar kepada Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono ketika Susilo menghubungi Obama melalui telefon.
Obama yang akan mengangkat sumpah sebagai Presiden As yang ke-44 pada 20 Januari depan pernah menghabiskan masa selama empat tahun tinggal di Indonesia setelah ibunya berkahwin dengan warga Indonesia, Lolo Soetoro. Pengalaman inilah membolehkan Obama boleh bertutur dalam Bahasa Melayu dan mengenali budaya tempatan masyarakat nusantara.
Soalnya apakaitannya Obama dengan Bahasa Melayu?
1. Paling tidak sebaris kata tersebut telah memberikan satu presepsi bahawa hubungan Amerika dan Indonesia bakal akan terjalin dengan lebih erat. Justeru memberi impak positif kepada ekonomi Indonesia.
2. Bila ekonomi Indonesia akan meningkat apa pula kesannya kepada kita di Malaysia?
Pastinya tenaga kerja Indonesia akan mula kembali ke tanah air mereka sendiri untuk merebut peluang yang wujud. Jadi kita akan berhadapan dengan kekurangan tenaga terutamanya tenaga buruh kasar dalam bidang pembinaan dan perladangan. Ketika itu tentunya kos buruh turut akan meningkat. Ini bakal memberi implikasi kepada pembangunan negara kita jika kita masih alpa tentang cabaran masa depan yang bakal menjelma.
3. Apabila Ekonomi Indonesia meningkat juga pastinya kuasa beli rakyat mereka juga meningkat, ini bakal mewujudkan satu lagi kuasa pasaran baru selain China dan India. Pengembangan ekonomi dengan kuasa pasaran yang cukup kuat pasti akan membawa Bahasa Indonesia atau secara nusantaranya Bahasa Melayu ke satu martabat yang lebih tinggi. Dan ketika itu bahasa Melayu mampu wujud sebagai bahasa ilmu. Nah, ini menuntut kita untuk mengembangbiakkan kebolehan Bahasa Melayu ke satu tahap yang mana ia mempunyai daya saing yang tersendiri.
Jadi, pendebat-pendebat dan penghujah-penghujah Isu Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris harus mengambil iktibar kisah Obama yang boleh berbahasa Melayu ini agar tidak terus meremehkan penggunaan Bahasa Melayu ataupun Bahasa Inggeris sebagai bahasa perhubungan dan pemasaran dunia malah sebagai bahasa ilmu.
Akhirnya, jawapan yang pasti ialah rakyat kita harus menguasai kedua bahasa ini sebagai bahasa utama malah kalau boleh semua rakyat Malaysia mampu berbahasa Cina dan Tamil.
Kalau ini terjadi, maka jadilah kita sebuah negara maju yang mempunyai jaringan ekonomi yang mantap berasaskan kekuatan bahasa. Matematiknya, bahasa bukan saja melambangkan jiwa dan bangsa tetapi bahasa itu juga mampu menjadi salah satu elemen penting sebagai penjana baru ekonomi negara.
Monday, November 24, 2008
Mampukah Pensiangan menjadi tsunami politik?
Berita semasa menunjukkan arus maklumat dan presepsi mulai surut tatkala membicangkan soal politik. Berita Pensiangan pun agak tidak begitu kelihatan didada-dada akhbar ataupun di kaca TV. Adakah keaadaan surut ini merupakan satu petanda bahawa satu tsunami politik akan datang melanda.
Media semasa lebih didominasi presepsi tentang rasuah dalam UMNO. Dan nampak gayanya orang UMNO kena menerima hakikat bahawa mereka telah menjadi sasaran bagi politikus-politikus kecewa dan juga menjadi bahan analisis para akademik serta menjadi bual bicara minda-minda kecil penulis Blog.
Perasuah Politik dalam UMNO bukanlah ahli UMNO tapi musuh UMNO. Tapi Empayar Politikus Rasuah telah hampir mendominasi UMNO.
Berbalik kepada Pilihanraya Pensiangan. Apa relevannya membicarakan soal Pensiangan. Apakah kesannya Pensiangan kepada arus politik negara?
Mungkin Pilihanraya DUN Sarawak akan berlaku pada pertengahan tahun hadapan ada kaitannya. Mau-tidak-mahu Pensiangan mesti diambil berat.
Realiti Pensiangan ialah kawasan ini adalah kawasan pedalaman kategori luar bandar yang mana soal pembangunan bukanlah satu aspek yang boleh dibanggakan. Kalau Tsunami Politik Mac 2008 berlatarbelakangkan pengundi muda, isu urbanisasi ataupun kisah orang bandar, tentunya Pensiangan adalah sebaliknya. Dan berbicara tentang Sarawak tentunya banyak kawasan berkongsi kategori dengan Pensiangan. Tentu ternampak relevannya Pensiangan. Sentimen orang kampung.
Ada juga kedengaran cakap-cakap mengatakan akan ada ramai calon bebas akan bertanding di Parlimen Pensiangan dengan tujuan memecahkan undi. Apakah ini akan terjadi? Adakah ini satu tindakan bijak? Kalau ini benar, kesian sekali orang Pensiangan. Mereka bakal dipermainkan lagi oleh orang politik. Strategi politiklah katakan.
Dan lagi....
Akan berduyun-duyunkah orang luar berkampung di Pensiangan?. Satu scenario yang cukup menarik untuk ditunggu.
Apa-apapun, orang Pensiangan kena bijak kali ini. Mudah-mudahan Pensiangan menjadi terkenal. Paling tidak pengusaha Produk pelancongan harus bersedia untuk dikenali dan membuat persiapan untuk menerima publisiti yang amat bernilai.
Kepada pengusaha bot, peniaga makanan, penyedia kemudahan pengangkutan, pengusaha-pengusaha kraftangan, bersedialah untuk menuai laba secara halal. Jangan lepaskan peluang ini rebutlah sedikit tumpahan ekonomi yang datang kepada anda semua sebagai satu rahmat yang mungkin hanya datang sekali ini saja.

Ketua-ketua Kampung dan Pengerusi JKK serta ketua-ketua cawangan parti politik, masing-masing senaraikanlah 100 permintaan dan projek dari sekarang. Binalah Pensiangan.
Akhir sekali, pesanan saya kepada orang Pensiangan, jangan jadi hamba Perasuah tapi mintalah pembangunan sebanyak mana kamu rasa ahli politik telah terhutang kepada kamu.
Friday, November 7, 2008
Perhimpunan Gerakan mansuhkan ISA
Mudah-mudahan lebih ramai masyarakat dalam Malaysia ini masih waras dan rasional dalam menghadapi apa jua permasalahan yang dihadapi dalam negara kita ini.
Melalui TV Pas, saya menonton satu sidang media Gerakan Mansuhkan ISA (GMI). Bukan menyalahkan TVPas. TVPas adalah satu medium yang patut kita berterima kasih, sekurang-kurangnya kita mendapat maklumat berimbang.
Persoalannya.... Perhimpunan GMI.
Kenapa perlunya perhimpunan ini mau diadakan ..... dan lagi kenapa Tahun hadapan sekitar Mac 2009.
Dari perencanaan ini saya menyedari bahawa terdapat satu maksud tersirat yang menggunakkan satu isu tersurat yang memangnya sedang hangat.
Eh.. E eehhh , apalah jadi dengan Malaysiaku ini: rakyat sering diperkuda, diperguna walaupun mereka telah menunaikan amanat mereka pada mac 2008.
Cukup-cukuplah, dari mengadakan perhimpunan besar-besaran ada lebih baiknya menumpukan macammana untuk membantu negara ini supaya roda ekonominya terus berputar membasahkan tanah-tanah yang semakin gersang, kegersangan,yang menggambarkan kesukaran yang bakal kita tempuhi pada 2009.
Sedarlah, semakin kita menyemarakkan api pemberontakan semakin menyala api kebencian. Berhujahlah dengan petah, laksanalah dengan berhemah, gunalah pendekatan ini dengan penuh istiqamah.
Secara peribadi saya tidak percaya kepada gerakan perhimpunan seperti ini akan memberikan kebaikan kepada kita semua melainkan ianya disertai 27 juta rakyat Malaysia. Sedarlah apa guna ahli parlimen kita, diundi, disanjung, dipuja kalau bukan untuk berhujah secara ilmiah untuk mencari jalan penyelesaiannya daripada kerja mereka hanya menuding-nuding jari mencari siapa yang salah. Terkadang tersenyum juga melihat telatah mereka di Dewan yang mulia. Ada yang mau jadi hero. Kosong.
Sudah-sudahlah, sebenarnya semua rakyat Malaysia tiada seorang pun seharusnya perlu masuk ISA kalau mulutnya berkata-kata hikmah, berdasarkan hujah yang benar dan bersungguh, tingkahlakunya penuh tertib dan akalnya sentiasa basah disirami ilmu yang bermanfaat untuk bangsanya.
Insaflah,
Jangan jadi hero yang kononnya demi si miskin, tapi ada maksud untuk tertentu, apa lagi pada dasar kepentingan tertentu yang secara medianya dinafikan.
Pernahkah ada si miskin masuk ISA melainkan manusia-manusia yang celupar mulutnya, geragas lakunya. Mungkin ada yang tidak bersalah, tentu ada saja tersilap langkahnya. Dan yang pastinya, TIADA SIAPA YANG BOLEH MEMBERI SYAFAAT TANPA IZIN YANG MAHA BERKUASA!
Tiada pernah ada dalam sejarah satu kedegilan manusia dimusnahkan dengan cara pemberontakan jalanan melainkan timbulnya dendam, yang akan meneruskan permusuhan.
Tidak apa, Hari ini hari kamu, esok hari aku. Itulah bisikan hati-hati yang kalah. Tinggal masa yang menentukannya. Bisik Syaitan di sebelahnya.
Semua orang memang tidak suka ISA, tapi biarkanlah orang yang telah diberi amanah memikir dan mengatasinya. Janganlah rakyat dibawa-bawa, yang rata-ratanya insan-insan malang yang kecewa hatinya, tertekan kehidupannya. Ya.. angkara sebilangan penguasa yang serakah nafsunya. Tapi letakkanlah sedikit harapan, kerana diantara yang berkuasa itu ada jua insan-insan yang boleh kita sandarkan harapan.Kita Kesiankanlah diri kita dan rakyat kebanyakkan.
Pada jiwa muda yang baru ingin berjuang mindanya. Ingatlah hai kawan-kawan ku, tiap-tiap sesuatu perjuangan itu terpapar dihadapannya setinggi gunung cabaranya, selautan api keperitannya. Tiada yang glamour. Yang muda, seperti aku, jom kita bermula dengan sekecil-kecil perkara tapi dengan istiqamah. Pasti kita mampu jua menyumbang.
Cuba-cubalah berikhtiar dan berfikir macammana hendak membantu masyarakat marhean ini untuk terus hidup dengan aman dan sejehtera.
Entahlah apa akan jadi dengan bangsa ku, esok, setelah parah dan hanya tinggal sejengkal nafas barulah sedar bahawa jalan perdamaian itulah langkah terbaik walaupun sikap kita lebih cenderung jadi pembantah.
Sebagai masyarakat umum yang juga berhak menyuarakan pendapat, saya amat berharap kepada semua pemain-pemain politik, ingat-ingatlah masyarakat dibawah masih ramai yang tidak tahu apa-apa, dan janganlah tiba-tibakan mereka porak poranda.
Akhir sekali dan tentunya bukanlah yang terakhirnya , saya berpendapat, selagi sesuatu isu itu ingin diselasaikan tanpa mengikut landasnya, apatahlagi kalau ada baju-baju politik berkepentingan sebagai pendokongnya dan bertindak bersama maksud yang tersirat, Sesuatu pasti akan berlaku. Permainan terikat dengan masanya. Main bola pun 90 minit sahaja.
Kata orang menyesal kemudian tidak berguna.
Kepada NGO, NGO semua ..... insaflah . mana PERKASA, Mana GMI kah, BERSIH kah atau mana-mana dan siapa-siapa saja. Cukuplah. Jom kita tolong gerakan roda ekonomi yang tersekat, kalau kempis, kita pamkan angin, kalau terkubur dilumpur, kita sorong, kalau ber'tagar'', kita beri pelincir. Gunakanlah tulang berkerat-kerat ini untuk bersatu. dan yakinlah bersatu dalam kepelbagaian itu suatu nikmat.
wassallam.
Thursday, November 6, 2008
Kisah Kemenangan Obama
Wednesday, November 5, 2008
Pak Lah Sebagai Bapa Pertanian Moden Malaysia

Itulah perkataan yang seharusnya lahir dari sanubari setiap rakyat Malaysia. Paling tidak beliau adalah pemimpin kita dan tentunya disebalik pelbagai persepsi masyarakat Malaysia yang mungkin benar dan juga mungkin salah, ada kebaikan yang perlu kita hayati.
Pertama, Pak Lah telah menyedarkan kita tentang perlunya Rakyat Malaysia menghayati Modal Insan, kemampuan diri sebagai salah satu sumber dalam memperkayakan lagi negara kita. Mau tidak mau telah ramai antarakita telah bercakap atau sedang bercakap tentang Modal insan. Kita sudah mula ternampak keperluan dan potensi itu walaupun malangnya tidak begitu difahami oleh sesetengah dari kita. Perbincangan, perdebatan dan perencanaan perihal insan sebagai modal adalah satu kejayaan bagi beliau, sekurang-kurangnya untuk mengorak langkah pertama yang lebih drastik. Umum mengetahui bahawa hasil dari perencanaan pemikiran tentang modal insan tentunya tidak akan ternampak dalam setahun dua, namun kelak nanti, pada tahun-tahun mendatang pastinya kita akan nikmati hasilnya. Terima Kasih Pak Lah.
Kedua, Keinginan Pak Lah untuk membangunkan semula sektor pertanian dengan mengubah pandangan umum terhadap Sektor pertanian yang dulunya dilihat sebagai 'Low Class', kini pertanian sudah dilihat sebagai 'High Class' apabila Pak Lah melabel dan menjenamakannya melalui slogan 'Pertanian adalah suatu perniagaan'. Pertanian kini telah menjadi sebuah industri penting sebagai salah satu instrumen utama pembangunan Negara. Lebih dari itu, krisis peningkatan harga minyak yang mendadak baru-baru ini telah memberikan kita satu pengajaran yang amat berguna tentang satu isu keselamatan, iaitu 'Keselamatan Makanan'. Kalaulah rakyat kita terus mendukung aspirasi beliau seawal tahun 2004 tentunya kini kita akan lebih beruntung dan mungkin menjadi salah satu pengeluar makanan serantau malah keperingkat dunia pun kita boleh. Terima Kasih Pak Lah.
Ketiga, Lebih indah daripada itu, Pak Lah tidak hanya bercakap tentang pertanian sekadar melepas batuk ditangga, tapi turut mengisinya dengan pembangunan Teknologi Biologi, Biotek. Dan hari ini sepatutnya kita harus berbangga dengan perkembangan dan tambahan nilai yang wujud dengan cita-cita beliau ini. Kita telah mula dikenali sebagai pengeluar ubatan atau pharmasautical berasaskan Herba hasil kemajuan Teknologi Bio kita. Kita telah mula memasarkan produk kita keperingkat antarabangsa. Terima Kasih Pak Lah.
Keempat, Pak Lah bukan saja ghairah berbicara soal hasil teknologi pertanian malah turut membangunkan ruang pasaran baru iaitu dengan menerokai dan memperkemaskan potensi Industri Halal yang mana hari ini merupakan suatu pasaran yang bernilai berbillion ringgit dengan menubuhkan 'Halal Industry Development Corp. Sdn Bhd' bagi mempercepatkan proses pembangunan, penjenamaan dan pengurusan Industri Halal. Dengan mewujudkan standard yang lebih tinggi terhadap produk halal, kita berpotensi besar menjadi hub halal dunia. Terima Kasih Pak Lah.
Kelima,
Disamping merencana pembangunan instrumen baru sebagai tambahan kepada sumber pendapatan negara, Pak Lah turut tidak lupa untuk merencana pembangunan Luar Bandar dengan lebih tersusun mengikut potensi dengan melancarkan Pembangunan Kelompok mengikut Koridor. Pembangunan berimbang ini mampu mengagihkan peluang kepada semua korridor berkembang mengikut potensi masing-masing. Antara matlamat yang ternampak dalam perancangan ini ialah Pak Lah ingin mengatasi jurang pembangunan antara kawasan Urban dan Luar Bandar. Dan dengan cara ini penduduk luar bandar boleh turut serta bermain dalam sektor perniagaan, pelaburan malah pembangunan pertanian yang menjadi tunjang perencanaan dan impian Pak Lah. Dengan membenarkan rakyat atau kawasan terpinggir turut serta dalam arus pembangunan ekonomi, tentunya masyarakat akan lebih rasa berpeluang untuk menyumbang kepada kemajuan negara ini. Terima Kasih Pak Lah.
Itulah beberapa fakta yang cukup untuk kita terhutang budi kepada Paklah.
Soalnya, apakah Pak Lah patut dipersalahkan jika ianya tidak berjaya. Tentunya bukanlah salah Pak Lah sebagai pemimpin, tapi kesalahan itu harus ditanggung oleh para pelaksana, Mana YBnya, mana kementeriannya, mana pegawai kerajaannya, mana pengampu politiknya dan mana-mana ..
Justeru itu saya sebagai rakyat malaysia yang amat cintakan negara ini, kalaupun tidak terdengar oleh Pak Lah, ingin mengucapkan Terima Kasih Pak Lah. Semoga legasi yang Pak Lah tinggalkan bukan dinilai pada materinya tapi legasi yang dinilai dari segi semangat dan moralnya. Dan tidak salah kalau saya mengatakan, Pak Lah telah berjaya mengimbangi pembangunan dan kemodenan materi yang telah dicipta Oleh Tun Mahathir dengan pembangunan rohaniah dan akal yang cukup berharga. Dengan itu layaklah Pak Lah sebagai Bapa Pertanian Moden Malaysia seperti yang dicadangkan oleh salah seorang kawan.
Terima Kasih Pak Lah.
Tuesday, November 4, 2008
Pak Lah Bapa ...(apa)... Malaysia?
Semalam ada sedikit perbincangan dengan kawan, Apakah Trademark yang paling sesuai untuk Pak Lah yang akan mengundurkan diri pada Mac tahun depan.
Bapa Kemerdekaan Malaysia : Tunku Abdul Rahman
Bapa Pembangunan Malaysia : Tun Abdul Razak
Bapa Perpaduan Malaysia : Tun Hussein Onn
Bapa Pemodenan Malaysia : Tun Dr. Mahathir Mohammad
Bapa .................. Malaysia : Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Boleh beri cadangan. Kita tengok siapa yang tepat. Hadiahnya : Korang memang hebat.
Ada cadangan untuk meletakkan Pak Lah sebagai Bapa Pertanian Malaysia, Bapa Modal Insan Malaysia .... Bapa Keterbukaan Malaysia..???? entah lah apa yang sesuai. fikir-fikirkan lah.
Kalau ada pencalonan nanti kita buat poll pengundian, tapi tiada "undian rasuah" dibenarkan. Cadangan mestilah ikhlas. Tolong sertakan alasan kepada cadangan anda.
:)
Thursday, October 16, 2008
UMNO, ^%^&*((**&^^$#$%0 :) :( :p ?????
Ketika ini mau-tidak mau, kehangatan pemilihan dalam UMNO mengisi bual bicara dimana-mana saja ...
Ramai yang memberi pendapat ,itu ini, begitu begini, kalau dia menang ... kalau kalah , ya ... kepelbagaian pendapat itu baik untuk kita ... yang penting janganlah pendapat itu lari dari konteks keadilan dan kebenaran...
Saya juga turut berminat untuk melihat kemungkinan-kemungkinan atau pun output yang bakal berlaku ekoran kehangatan suasana pemilihan Umno. MCA juga dalam suasana pemilihan, tapi saya nak fokus dalam Umno, sebagai Parti Utama dalam BN kerana mau-tidak mau ia sedikit sebanyak akan menyentuh kehidupan kita di Malaysia Ini.
Setujukah anda kalau saya mengatakan bahawa seolah-olah ada satu macam polar kumpulan dalam pertandingan umno kali ini dan seolah-olah macam ada aliran legasi kekeluargaan. Nampak unik tapi pelik dalam suasana demokrasi.
Pertama, round permulaan nampak gayanya Kumpulan A mula nampak lebih menyerlah dari Kumpulan B. Tapi dalam politik, selagi masa belum tamat, tiada siapa boleh memberi jaminan kemenangan pada satu-satu individu mahupun Kumpulan.
Adakah 'orang kita' masih belum bebas memilih calon yang benar-benar layak untuk jawatan tertinggi ataukah benar pendapat ' like father like son' . Atau akan mengalirkah kebijaksanaan seorang bapa kepada anaknya?
Apakah risiko bertanding dalam kumpulan?.. ya mau tidak mau kita kena akui bahawa berkerja dalam kumpulan yang sehati sejiwa adalah lebih baik bagi sesetengah orang. Tapi ada juga golongan yang suka kawan yang suka kritik sebab golongan ini percaya bahawa kebenaran itu manis walaupun jalannya pahit.
Apa yang pasti ialah mungkin saya nampak sedikit sinis kerana mungkin calon yang saya nampak ke'kepimpinan'nya lebih banyak yang tenggalam dari yang timbulnya ataupun saya mengandaikan bahawa 'orang kita' lebih suka 'bos' yang popular dan glamour, dan juga teori siapa lebih dulu. Dan kalau lah 'terkenal' menjadi sebab atau asas terpilihnya seseorang itu... rasanya Umno tidak akan kemana. Pi Mai Pi Mai Tang tu juga. Dengar-dengar cakap ada juga politik tut... tut.... Entahlah tidak berani cakap, al maklumlah Keadilan zaman ini, kebenaran bukanlah matlamat.
Dan Lagi, kenapakah 'Orang Besar Umno' tidak berani menggunakan kaedah Pemilihan Kelas Pertama sedangkan seringkali menuduh rakyat mempunyai pemikiran Kelas Ke Tiga. Pemilihan Kelas Pertama, ya ... seperti debat terbuka secara ilmiah supaya rakyat tahu siapa mereka, apakah kelebihan mereka, ilmu apa yang mereka ada... dan .........yang lebih penting, apakah gagasan mereka ... dan ...etc.
Lagi dan lagi, tiada sesiapa berani mengubah cara, tak bolehkah Sistem Kuota ditebas agar demokrasi benar-benar pada landasannya. Mungkin juga ada orang takut akan adanya perpecahan dalam Umno. Tapi teori perpecahan biasanya wujud pada jiwa yang hanya inginkan sesuatu tapi bukan pada jiwa yang ingin memberikan sesuatu. Atau masih segarkah semangat perjuangan dalam jiwa yang ketakutan ini.
Dalam konteks ini :
Perubahan perlu dilakukan dengan menghilangkan kerisauan-kerisauan 'orang lama' agar permintaan 'orang baru' dapat dipenuhi. Inilah namanya penyesuaian.
Tak payahlah ulas panjang , cuma ingin mengingatkan, kalau benar wujud kumpulan A Kumpulan B sila pastikan outputnya = AB , jika tidak, outputnya pasti =BC . Paham-paham sajalah, ada orang cakap-cakap, ada orang jeling-jeling, dalam seribu patah perkataan mungkin ada separuh benar dan separuh kurang tepat, ataupun separuh kurang tepat separuh benar. maksudnya tetap ada kemungkinan..?
Yang minat kongsi pendapat tu silakan ...
Wednesday, September 17, 2008
Amalan demokrasi secara mutlak hanya akan mengundang anarki.
Jadi adalah penting kita mengamalkan Demokrasi itu dengan acuan kita sendiri kerana Demokrasi secara multak akan hanya menjerumuskan kita ke lembah kekacauan , dimana ketika itu hilangnya kawalan kerajaan terhadap situasi dalam negaranya, ataupun dipanggil anarki.
Situasi kita hari ini telah menghampiri limit keberkesanan sistem demokrasi apabila keadaan hampir kepada 50-50 iaitu kekuatan Kerajaan dan Pembangkang pada kedudukan cukup-cukup makan. Apa akan jadi kalau tiada toleransi berlaku dalam keadaan ini. Bukankah kita telah menyaksikan Cerita Mugabe dalam diari Zimbabwenya. Apakah pelajaran yang kita boleh baca dari kisah Mugabe ini.
Jadi sebelum apajua yang berlaku atau pun ''Makhluk'' bernama Anarki ini tiba dinegara kita, Sesuatu harus dilakukan agar Malaysia ini terus dalam lingkungan keamanan. Justeru itu, semua rakyat harus tenang, harus sabar dan percaya bahawasanya Perpaduan itu adalah harta yang paling mahal yang kita ada. dan yakinlah yang benar itu manis walaupun laluannya biasanya pahit dan ianya selalu datang lambat.
Friday, September 12, 2008
Hikayat Hang Tuah : apakata DSAI
padamar menulis dan bertanya:
assalamualaikum,
Sebelum adanya satu perjuangan mesti adanya sepadu matlamat disertai dengan satu prinsip tentang kepimpinan yang berhubungkait dengan survaival yang meliputi setiap aspek… Sebelum satu perjuangan itu dinobatkan atau dilakarkan sebagai satu perjuangan saya mohon DSAI menjawab beberapa soalan berikut:
1. Apakah pandangan DSAI tentang karektor Hang Tuah dan Juga Hang Jebat serta 3 sahabat yang lainnya?
Sdr Padamar, Prinsip perjuangan saya jelas. Saya usulkan sdr baca Gelombang Kebangkitan Asia, serta beberapa rencana terkini.1. Hikayat Hang Tuah saya anggap sebagai karya epik Melayu penting dan buat menanggapi sikap dan budaya Melayu. Namun ia tetap legenda dan kita tidak wajar terperangkap dalam kerangka pemikiran atau "tempurung" lama.Hikayat tersebut diantara lain mendedahkan wacana, malah dilema Melayu dalam soal kepahlawanan, asas ilmu (umpamanyanya Hang Tuah menguasai pelbagai bahasa) dan ketaatan kapa penguasa. Mesej moral ketara termasuk hikmah leluhur bangsa: "raja adil disembah, raja zalim disanggah".
2. Adakah Wawasan 2020 juga didukung oleh Parti Keadilan?
Wawasan 2020 tidak mengarah kapada corak negara adil dan saksama, termasuk isu memperkasa ekonomi dan budaya rakyat. PKR tidak perlu diikat menurut selera penguasa lama. Rakyat dan generasi muda perlu diajak membahas isu dasar dan strategik.
3. Sejauhmanakah kejayaan Komponen Wawasan 2020 setakat ini?
Tunggak negara berperlembagaan yang menjamin kebebasan badan kehakiman, keluhuran undang-undang, pengagihan kekayaan secara adil, pembasmian rasuah masih tidak terjangkau.
4. Salahkah Dr. M membina KLIA, F1 Sepang, Empangan Bakun, Petronas Twin Tower, Jambatan Bengkok, LTDL, Malaysia Boleh, dan banyak lagi?
Pembangunan perlu menurut keutamaan, dan pertimbangannya harus faedah negara dan rakyat dan bukan kerana ia memenuhi selera kroni dan anak-anak sendiri. Sebagai contoh, dalam melaksanakan projek Empangan Bakun, sabelum lapuran EIA lagi, Tun Dr M telah melancarkannya semata-mata diatas permintaan TanSri Ting Pek King. Kawasan balak dipunggah dengan keuntungan kapada syarikat Ekran tetapi nasib penduduk asal, Orang Ulu, Kayan dll diabaikan. Kini meskipun projek tersebut mungkin diteruskan, tetapi skopnya jauh lebih kecil dan satelah negara mengalami kerugian besar.
5. Sudikah DSAI meneruskan Impian Dr. M untuk Malaysia?
Yang penting ialah impian rakyat.
6. Bersediakah DSAI untuk sekali lagi memecahkan Undi Orang Melayu?
Kita perlu lebih matang dan dewasa dan tidak dikongkong propaganda BN. Setiap kali isu rasuah, kezaliman, penipuan disuarakan, maka jawapan ala kursus BTN ialah undi Melayu.
7. Kenapa DSAI harus jadi pemimpin?
Yang menentukannya adalah rakyat, bukan sang penguasa.
8. Benarkan Rakyat Malaysia Mempunyai Infra Kelas Pertama tapi Mentaliti Kelas ke Tiga?
Soal mentaliti dunia ketiga dan infrastruktur kelas pertama yang disuarakan DS Abdullah PM mengingatkan saya pendekatan lama "Revolusi Mental" UMNO tahun 60an. Yang sering disalahkan ialah rakyat. Ini disanggah oleh Prof SH Alattas dalam bukunya "Siapa Yang Salah" dan "Metos Pribumi Malas". Yang perlu dirubah ialah mentaliti pemimpin yang kurang bekerja dan menggodol kekayaan yang melimpah.
Saya hanya mintak pendapat.. Jawapan Dato’ Seri akan menentukan Apakah perjuangan DSAI dalam Politik. Jika Tiada Jawapan, saya mengandaikan DSAI hanya akan membahayakan survaival Malaysia.
Wassallam.
Terima kasih. Jika saya tidak menjawab sekalipun ia tidak merubah kenyataan saperti yang sdr dakwa.
Apa kata DSAI tentang Jambatan Bengkok
Saya sebenarnya tidak begitu bersetuju dengan pembatalan jambatan berkenaan, apatah lagi rintangan sebenar boleh di atasi atas dasar semangat kejiranan dengan Negara Singapura walaupun negara berkenaan agak berat hati untuk membenarkan Gerbang Selatan menjadi pesaing kepada negaranya. Dan lagi pembatalan projek berkenaan didasarkan dengan sentimen rakyat. Sebenarnya rakyat seperti saya perlu dijelaskan tentang isu berkenaan supaya rakyat boleh menilai dan memahami isu berkenaan tanpa terus mengaktifkan dan membenarkan sentimen yang merugikan negara kita apatah lagi projek berkenaan telah separuh jalan. Saya yakin dan pasti,pembatalan sesuatu projek yang telah diluluskan apatah lagi masih dalam proses perlaksanaannya akan juga merugikan rakyat. Seperti pepatah Melayu, Hangat-hangat Taik Ayam. Kos penyediaan dan perancangan bukan murah harganya, apatah lagi melibatkan projek mega.
Mohon Komen DSAI mengenai perkara ini. Kalau boleh biarlah komen tersebut berdasarkan kepentingan rakyat dan tidak didasarkan atas permasalahan peribadi DSAI dengan Tun.
Sekian Wassalam.
Sdr padamar,Negara bertamadun harus menghormati undang-undang antarabangsa, terutama dalam hubungan dengan negara jiran. Dalam isu jambatan bengkok, kita tidak mempertikai kewajaran membina jambatan baru memandangkan keperluan semasa. Tetapi ia harus berdasarkan perjanjian antara kedua negara. Menurut pengalaman saya, rundingan dengan Singapura tidak semudah yang dijangka, tetapi kita harus bertegas dan diwakili oleh wakil yang layak dan berwibawa. Isu harus jelas dan jangan dikaitkan dengan kepentingan peribadi atau syarikat kroni. Saya telah berikan contoh bagaimana lemah peruntukan perjanjian mengenai air dahulu sehingga kita menanggung kerugian hingga sekarang. Syarikat penerbangan Malaysia-Singapura (MSA) telah berpisah menjadi MAS dan SIA. SIA mencatat keuntungan ribuan juta ringgit dan MAS kerugian ribuan juta! Kemudian Tun Dr M mengutuskan Tun Daim berunding dengan PM Lee Kuan Yew ketika itu dan menyetujui Nota Perjanjian (POA). Satelah saya mengambil alih sebagai Menteri Kewangan, saya kemukakan kapada Dr M dan Kabinet bahawa Nota Perjanjian tersebut tidak menjaga kepentingan Malaysia. Walhasil balik asal. Hanya dalam isu jambatan bengkok, jangan kita ditertawakan dunia kerana meneruskan projek dan terhenti di tengah lautan!
Saya terasa janggal pula kenapa perlu kita malu untuk ditertawakan dunia, sedangkan dunia sebenarnya boleh mengeji kita kerana membina bangunan yang tidak siap. Pelabur juga mungkin berpresepsi bahawa Malaysia adalah negara yang suka membatalkan projek dan lemah dalam perancangan. Kenapa kita perlu mengalah sedangkan selat Johor adalah juga milik kita?. Sampai bila? Adakah undang-undang antarabangsa menjadi penghalang kepada keadilan?. Apakah bukan keadilan kalau kita membina jambatan yang memberi manfaat kepada kedua-dua negara walaupun secara imbangannya kita akan mendapat lebih manfaat, namun harus diingat, bahawasanya kita telah lama kehilangan manfaat dan hak sebagai sebahagian pemilik Selat Johor sejak tertambaknya Selat tersebut.
Mengikut perkiraan saya masalah utama yang melibatkan perundangan adalah perjanjian air iaitu saluran paip yang tertanam dalam tambak tersebut.
Kalaupun hanya setengah lautan, kita boleh siapkan bangunan tersebut dan jadikannya sebagai pusat pelancongan, tempat perniagaan atau apa saja asalkan sesuai. Tambahan lagi dengan berlatarbelakangkan laut, bangunan tersebut akan menjadi unik dan berpotensi untuk dijadikan alat penjana ekonomi. Jadikanlah dunia ketawa dalam senyum, kan baik untuk semua.
Saya amat berharap dalam masa-masa akan datang, biarlah semua projek mega dikaji sedalam-dalamnya terlebih dahulu sebelum dilaksanakan kerana kegagalan Pemimpin dalam merencanakan aspirasi rakyat akan hanya menyusahkan rakyat secara keseluruhannya. Apa yang pasti semua orang mesti tahu bahawa duit kerajaan sebenarnya adalah duit rakyat. Tapi sejak akhir-akhir ini, ramai pemimpin, samaada dari kerajaan atau pembangkang juga macam krisis kepimpinan GPMS baru-baru ini.
Kenapa saya nampak beriya-iya untuk bertanyakan perkara ini, sebab saya amat mengharapkan agar setiap pemimpin meneruskan kesinambungan pemerintahan, apatah lagi selama ini sebenarnya kita jauh lebih beruntung dari kebanyakkan rakyat di negara lain. Dan yang pasti, saya juga adalah penghuni kapal yang juga berhak untuk bersuara.
Saya juga berharap pemimpin selepas ini akan terus mendukung aspirasi rakyat. Dan semoga DSAI akan terus menjadi tempat bagi rakyat untuk mengadu masalah dan berkongsi pandangan. Tidak dapat dinafikan bahawa pertanyaan-pertanyaan ini mungkin meletihkan DSAI apatah lagi DSAI banyak komitmen lain. Namun saya amat berbangga bahawa DSAI masih juga sempat untuk bersama dalam Blog ini.
Wassallam.
padamar,
Benar, soal ditertawakan dunia bukan isu sekiranya kita dipihak yang benar, tetapi dalam isu jambatan bengkok, kita samemangnya berhak membina jambatan dikawasan perairan kita tetapi tidak bolih masuk wilayah negara asing! Ini yang ditertawakan dan akan merugikan rakyat. Kelemahan pentadbiran PM Abdullah dalam rundingan akhir dan keputusan meneruskan projek tersebut tidak dinafikan. Tetapi keputusan membatalkan projek tersebut memang tepat.
Sekali lagi saya menggesa rakan-rakan supaya berfikir bebas dan tidak terikat dibawah pemikiran tempurung, menilai semua pandangan. Umpamanya sehingga bila harus kita menerima propaganda mengenai kecemerlangan negara terutama dari segi ekonomi. Kita akui bahawa terdapat dasar positif, pentadbiran cekap, pekerja terlatih dan budaya niaga masyarakat Cina, dan kita lebih berjaya berbanding dengan banyak neagra membangun. Tetapi bagaimana sekarang berbanding dengan Cina, India, Veitnam; kepesatan pembangunan Taiwan, Korea Selatan dan Singapura?
Pokoknya kita berupaya memacu ekonomi lebih pantas dan mengangkat ekonomi rakyat sekiranya pemimpin berwibawa, dasar kemas, tindakan dinamik dan rasuah dan kronisme dihapuskan.
Assalamualaikum,
Terima kasih Dato’,
Mungkin pandangan DSAI dalam sudut kedudukkan ekonomi semasa kita berbanding dengan negara-negara yang DSAI sebutkan mungkin dapat menjawab sedikit sebanyak kejanggalan saya berhubung dengan jambatan bengkok yang mungkin hanya sebahagian kecil antara isu negara ketika ini, namun untuk memastikan perkara ini dapat diterima oleh akal pemikiran saya sebagai sesuatu yang tepat dan benar, saya akan cuba untuk mendapatkan pelpagai sudut pandangan yang berhubungkait dengan perkara berkenaan. Saya juga terpanggil untuk mencari jalan keluar dari pemikiran tempurung seperti yang DSAI sarankan.
Sambil itu saya ingin meminta pandangan dan komen DSAI berhubung dengan kelebihan dan potensi Malaysia di dalam usaha memajukan ekonomi negara. Saya melihat beberapa perkara berikut untuk DSAI komen dan mencari dimana kesesuaiannya.
1. Bolehkah kalau Kaum Cina yang terkenal dengan budaya ekonominya diberi tugasan untuk mengepalai atau mengetuai satu usaha agar memberi fokus dan mengambil faedah dengan perkembangan ekonomi China. Sebagai contoh membuat pelaburan ataupun merebut peluang dengan skop pemasaran yang sangat luas di China.
2. Begitu juga dengan Kaum India, boleh kah kita menghantar dan memberi galakan kepada mereka supaya mengetuai satu usaha untuk merebut peluang dan faedah dengan munculnya India sebagai antara Negara ekonomi baru Asia terutamanya dalam sektor Teknologi Maklumat. Sektor informasi adalah sesuatu sektor yang mula menguasai dunia kini.
3. Bolehkah Melayu mengetuai dan menumpukan usaha membina sistem kewangan Islam dan produk Halal yang bernilai billion dolar sebagai salah satu blok baru atau alternatif baru kepada ekonomi dunia.
4. Bolehkah Bumiputera Sabah dan Sarawak diberi tugasan untuk mengetuai sektor pelancongan dengan memperkaya nilai tradisi dan kebudayaan untuk dipasarkan ke peringkat global. Juga sektor pertanian yang lebih sesuai dikembangkan di Negeri Sabah dan Sarawak.
5. Bila adanya usaha untuk keluar daripada ekonomi domestik, saya rasa kita memang boleh bersaing malah mempercepatkan usaha pengembangan ekonomi. Dan lagi setiap tugasan atau pun misi mesti disertai oleh kaum-kaum lain sebagai usaha agar tidak timbul soal penguasaan sesuatu pasaran berdasarkan kaum. Mungkin usaha mampan ini akan mengubah kebergantungan swasta terhadap projek-projek kerajaan.
Saya cuba mencadangkan perkara ini dengan mengambil kira kelebihan kita sebagai sebuah negara yang multi racial. Dan agar semua kaum mengambil peranan untuk membawa kekayaan dari luar untuk kita nikmati bersama dalam Malaysia. Jika ini berlaku mungkin MSC,Industri kecil dan sederhana,pertanian, pelancongan dan lain-lain pasti mempunyai ruang pasaran yang lebih terbuka dan ini mendorong kepada peningkatan nilai tambah kepada produk-produk yang sedia ada. Dan yang pasti jika kita beroleh kejayaan semua rakyat tanpa mengira latarbelakang kaum dapat manafaat dan mungkin dapat memperkukuhkan lagi perpaduan yang selama ini merupakan harta yang paling berharga kita miliki.
Sekian, Mohon komen dan pandangan DSAI. Kalau pendekatan ini sesuai, apakah mekanisme yang sepatutnya dilakukan agar konsep ini boleh berjaya.
Wassalam
Wednesday, September 10, 2008
Alamak .. 'telebih' sudah kita rupanya...
Jom lihat dunia sekeliling tuan-tuan, adakah kita masyarakat Malaysia yang dalam ini masih tidak sedar apakah cabaran yang perlu kita tempuhi...???
Tanpa mengira kaum dan budaya marilah kita seluruh rakyat Malaysia menghadapi Globalisai secara bersama, Gunakan kelebihan setiap individu, persatuan, dan sebagainya untuk menghadapinya. Jangan nanti asyik membebel saja kita menyesal kemudian. Ekonomi negara sekeliling kita makin hari makin meningkat. Vietnam,China, India, Singapura, Korea Selatan sudah mula meninggalkan kita ..... entah nanti dimana kita......
Saya menyeru kepada Komuniti Niaga Kaum Cina, pergilah mencari peluang sebanyak mungkin di Negara China kemudian kita bawa kekayaan ke Malaysia. Carilah pasaran untuk peniaga Domestik.
Komuniti Niaga Kaum India, jom kita pergi ke India, sana banyak peluang, kita bawa peluang, kita bina pasaran di sana dan jual barangan buatan Malaysia di sana. Bawa balik kekayaan untuk negara Malaysia, Tanah Air kita yang tercinta.
Jom Melayu kita kukuhkan Pasaran Produk Halal, kita majukan Kewangan Islam. Kita pasarkan di Timur tengah dan dunia Islam.
Jom Sabah Sarawak kita pertingkatkan kekayaan budaya, kita pamerkan pada dunia kita punyai kepelbagaian yang istimewa. Senyum kan pelancongan, keluarkan bio diesel, keluarkan hasil dari perut dan atas bumi.
Jom semua Industri Kecil dan Sederhana kita buat barangan yang berkualiti, kita efektifkan produktiviti.
Jom semua, kita sudah banyak ketinggalan kerana banyak bercakap isu-isu peribadi pemimpin. Allah sayang kan kita sebab itu kita di sini dibumi yang indah lagi bertuah.
Jom graduan mengganggur, cari kerja, apa saja... kita tolong supaya ekonomi supaya bergerak kerana roda ekonomi sudah mula mau slowwwww... Jom kita pusing sama-sama agar ia bergerak pantas menuju destinasi. Semoga kita bersama dapat membina peluang kerjaya yang lebih baik dari masa ke masa. Peluang tidak akan wujud jika kita tidak berusaha mengujudkannya.
Jom Kontraktor bina bangunan mesra alam dengan teramat baik, pedulikan mereka yang korup, jangan takut ugutan mereka, jangan layan permintaan mereka. Orang yang korup akan masuk neraka. Biar Allah yang Maha Adil menentukan nasib mereka.
Jom Kita Sokong Pak Lah, kita lengkapkan misi kita, capailah...
Kita Minta Nasihat Tun M, jangan lawan dia, dia banyak berjasa pada kita
Jom pembangkang bangkanglah sebaik mungkin,
Mari Tok Guru Nik, kita bincang dengan ulama MALAYSIA semua, cadang pada pak Lah...
Jom pemerintah, jangan takut untuk kalah, kerana yang kalah hanya milik si korup dan penipu..
Jom DSAI, mari maju kehadapan,lebar luaskan maruah negara kita....
Jom Kit Siang, terus berusaha ciptalah ekonomi baru untuk kita bersama,
Bangun semuaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!
lupakan sengketa ........
Binalah negara ini.......
Cintailah negara ini......
Apakah kaitan antara Demokrasi dan Nasionalisma dalam konteks Malaysia?
Apa kaitannya Demokrasi dan nasionalisma...?
Seperti kata prof tu, demokrasi adalah salah satu sistem berkerajaan yang pada masa ini yang masih dipraktikkan di kebanyakkan negara.
Dlm konteks Malaysia kita mengamalkan Demokrasi Raja Berpelembagaan. Tapi yang paling penting apa yang aku paham demokrasi ni bukan lah satu-satu sistem yang paling lengkap dalam dunia ini kerana apa?
Dalam demokrasi ini lah sistem kapitalisma wujud, malah kronisma juga ada.... sistem-sistem ini sebenarnya boleh mempercepatkan kerosakkan demokrasi itu sendiri andai demokrasi itu tidak diisi dengan sistem nilai yang kita telahpun persetujui seperti yang terkandung dalam rukun negara dan perlembagaan negara.
Jadi pada kengkawan durian, jangan jadikan diri kita beriman bahawa Demokrasi itu adalah segala-galanya kerana Demokrasi itu sendiri ciptaan Manusia. Asal namanya ciptaan atau idea manusia pastinya ciptaan dan idea itu mempunyai tamat tempoh ataupun tarikh luput.
Oleh itu, bukan demokrasi itu yang kita patut pentingkan tapi pengisian dan acuannya lah yang kita utamakan.