Friday, September 12, 2008

Apa kata DSAI tentang Jambatan Bengkok

Berikut adalah antara balaskomen antara Padamar dan DSAI pada tahun 2006
Assalamualaikum,
Saya ingin mengemukakan sedikit pandangan dari satu sudut kenapa Dr. M tidak puashati dengan pembatalan Projek Jambatan ke Singapura.
Intipati projek tersebut pada pandangan saya adalah untuk melihat tambak johor digantikan dengan satu jambatan yang baru dan moden yang mana dengan adanya jambatan tersebut, dua laut dapat bertemu semula setelah sekian lama terpisah. Secara tidak langsung ia lebih menguntungkan Malaysia dari aspek pembangunan ekonomi gerbang selatan terutamanya Johor. Bayangkanlah kapal-kapal kecil dan kapal-kapal layar boleh melalui selat Johor, sudah pasti secara tidak langsung pelaut-pelaut moden boleh melalui selat Johor tanpa berpusing jauh melalui selatan Singapura. Dalam dunia yang semakin maju, ramai peminat-peminat kapal layar, bot-bot mewah boleh berlabuh di perairan Johor, ini secara tidak langsung dapat menggerakkan ekonomi Johor kerana antara Singapura dan Johor, Johor mempunyai kelebihan dari segi kos.
Kenapa Singapura meminta perkara yang sensitif sebagai galang ganti pembangunan Jambatan baru tersebut? kerana Singapura melihat pembinaan jambatan tersebut sedikit sebanyak akan menggangu penguasaan sektor pelabuhannya dan mau tidak mau secara sendirinya mereka terpaksa pula bersaing dengan Johor. Ini dapat dilihat dengan adanya Pelabuhan Tanjung Pelepas. Persaingan ini sebenarnya lebih memihak kepada Malaysia kalau dilihat jauh kehadapan. Sebagai sebuah negara yang ingin menjaga kepentingannya Singapura akan cuba menggagalkan dan melambat-lambatkan pembinaan jambatan tersebut walaupun secara rundingannya, jambatan tersebut terpaksa juga dibina atas dasar kerjasama sebagai sebuah negara jiran, dan kini Singapura boleh menarik nafas lega kerana perundingan baru mungkin akan memakan masa lebih lama atau pun tidak mungkin langsung berlaku kerana telah wujud satu sentimen dikalangan rakyat Malaysia berhubung dengan permintaan yang sengaja dibuat oleh Singapura. Pada pandangan saya, Singapura terpaksa berbuat demikian kerana untuk menjaga survaival negaranya dan lagi mereka belum cukup bersedia untuk menerima pesaing baru dalam sektor perkhidmatannya yang menjadi tulang belakang kemajuan dan ekonomi Singapura selama ini.
Jadi, tindakan Tun Dr. M untuk tidak bersetuju dengan pembatalan Jambatan tersebut ada relevannya.
Satu, sudahlah Jambatan dibatalkan, rakyat terpaksa pula membayar pampasan kepada Kontraktor yang terlibat, bukan sedikit yang terlibat malah banyak juga sub-sub kontraktor yang turut terlibat. Secara tidak langsung ia turut menjejaskan syarikat-syarikat bekenaan. Oleh yang demikian mereka pun berhak mendapat pampasan atas keputusan berkenaan. Dan kerisauan Tun Dr. M nampak mula menjelma apabila kos pembatalan projek berkenaan hampir sama dengan kos pembinaannya. Siapa yang rugi, rakyat Malaysia juga yang rugi, sudahlah bangunan tidak siap malah terpaksa pula membayar kos pampasan. Lebih jauh lagi, impian kita untuk melihat dua laut bersatu akan menjadi lebih rumit malah mungkin akan memakan kos yang lebih tinggi jika sekiranya suatu hari nanti kita ada keinginan untuk melihat perkara ini berlaku.
Saya sebenarnya tidak begitu bersetuju dengan pembatalan jambatan berkenaan, apatah lagi rintangan sebenar boleh di atasi atas dasar semangat kejiranan dengan Negara Singapura walaupun negara berkenaan agak berat hati untuk membenarkan Gerbang Selatan menjadi pesaing kepada negaranya. Dan lagi pembatalan projek berkenaan didasarkan dengan sentimen rakyat. Sebenarnya rakyat seperti saya perlu dijelaskan tentang isu berkenaan supaya rakyat boleh menilai dan memahami isu berkenaan tanpa terus mengaktifkan dan membenarkan sentimen yang merugikan negara kita apatah lagi projek berkenaan telah separuh jalan. Saya yakin dan pasti,pembatalan sesuatu projek yang telah diluluskan apatah lagi masih dalam proses perlaksanaannya akan juga merugikan rakyat. Seperti pepatah Melayu, Hangat-hangat Taik Ayam. Kos penyediaan dan perancangan bukan murah harganya, apatah lagi melibatkan projek mega.

Mohon Komen DSAI mengenai perkara ini. Kalau boleh biarlah komen tersebut berdasarkan kepentingan rakyat dan tidak didasarkan atas permasalahan peribadi DSAI dengan Tun.
Sekian Wassalam.

Sdr padamar,Negara bertamadun harus menghormati undang-undang antarabangsa, terutama dalam hubungan dengan negara jiran. Dalam isu jambatan bengkok, kita tidak mempertikai kewajaran membina jambatan baru memandangkan keperluan semasa. Tetapi ia harus berdasarkan perjanjian antara kedua negara. Menurut pengalaman saya, rundingan dengan Singapura tidak semudah yang dijangka, tetapi kita harus bertegas dan diwakili oleh wakil yang layak dan berwibawa. Isu harus jelas dan jangan dikaitkan dengan kepentingan peribadi atau syarikat kroni. Saya telah berikan contoh bagaimana lemah peruntukan perjanjian mengenai air dahulu sehingga kita menanggung kerugian hingga sekarang. Syarikat penerbangan Malaysia-Singapura (MSA) telah berpisah menjadi MAS dan SIA. SIA mencatat keuntungan ribuan juta ringgit dan MAS kerugian ribuan juta! Kemudian Tun Dr M mengutuskan Tun Daim berunding dengan PM Lee Kuan Yew ketika itu dan menyetujui Nota Perjanjian (POA). Satelah saya mengambil alih sebagai Menteri Kewangan, saya kemukakan kapada Dr M dan Kabinet bahawa Nota Perjanjian tersebut tidak menjaga kepentingan Malaysia. Walhasil balik asal. Hanya dalam isu jambatan bengkok, jangan kita ditertawakan dunia kerana meneruskan projek dan terhenti di tengah lautan!
Assalamualaikum Dato’,

Saya terasa janggal pula kenapa perlu kita malu untuk ditertawakan dunia, sedangkan dunia sebenarnya boleh mengeji kita kerana membina bangunan yang tidak siap. Pelabur juga mungkin berpresepsi bahawa Malaysia adalah negara yang suka membatalkan projek dan lemah dalam perancangan. Kenapa kita perlu mengalah sedangkan selat Johor adalah juga milik kita?. Sampai bila? Adakah undang-undang antarabangsa menjadi penghalang kepada keadilan?. Apakah bukan keadilan kalau kita membina jambatan yang memberi manfaat kepada kedua-dua negara walaupun secara imbangannya kita akan mendapat lebih manfaat, namun harus diingat, bahawasanya kita telah lama kehilangan manfaat dan hak sebagai sebahagian pemilik Selat Johor sejak tertambaknya Selat tersebut.

Mengikut perkiraan saya masalah utama yang melibatkan perundangan adalah perjanjian air iaitu saluran paip yang tertanam dalam tambak tersebut.

Kalaupun hanya setengah lautan, kita boleh siapkan bangunan tersebut dan jadikannya sebagai pusat pelancongan, tempat perniagaan atau apa saja asalkan sesuai. Tambahan lagi dengan berlatarbelakangkan laut, bangunan tersebut akan menjadi unik dan berpotensi untuk dijadikan alat penjana ekonomi. Jadikanlah dunia ketawa dalam senyum, kan baik untuk semua.
Saya amat berharap dalam masa-masa akan datang, biarlah semua projek mega dikaji sedalam-dalamnya terlebih dahulu sebelum dilaksanakan kerana kegagalan Pemimpin dalam merencanakan aspirasi rakyat akan hanya menyusahkan rakyat secara keseluruhannya. Apa yang pasti semua orang mesti tahu bahawa duit kerajaan sebenarnya adalah duit rakyat. Tapi sejak akhir-akhir ini, ramai pemimpin, samaada dari kerajaan atau pembangkang juga macam krisis kepimpinan GPMS baru-baru ini.

Kenapa saya nampak beriya-iya untuk bertanyakan perkara ini, sebab saya amat mengharapkan agar setiap pemimpin meneruskan kesinambungan pemerintahan, apatah lagi selama ini sebenarnya kita jauh lebih beruntung dari kebanyakkan rakyat di negara lain. Dan yang pasti, saya juga adalah penghuni kapal yang juga berhak untuk bersuara.

Saya juga berharap pemimpin selepas ini akan terus mendukung aspirasi rakyat. Dan semoga DSAI akan terus menjadi tempat bagi rakyat untuk mengadu masalah dan berkongsi pandangan. Tidak dapat dinafikan bahawa pertanyaan-pertanyaan ini mungkin meletihkan DSAI apatah lagi DSAI banyak komitmen lain. Namun saya amat berbangga bahawa DSAI masih juga sempat untuk bersama dalam Blog ini.
Wassallam.
DSAI:

padamar,

Benar, soal ditertawakan dunia bukan isu sekiranya kita dipihak yang benar, tetapi dalam isu jambatan bengkok, kita samemangnya berhak membina jambatan dikawasan perairan kita tetapi tidak bolih masuk wilayah negara asing! Ini yang ditertawakan dan akan merugikan rakyat. Kelemahan pentadbiran PM Abdullah dalam rundingan akhir dan keputusan meneruskan projek tersebut tidak dinafikan. Tetapi keputusan membatalkan projek tersebut memang tepat.

Sekali lagi saya menggesa rakan-rakan supaya berfikir bebas dan tidak terikat dibawah pemikiran tempurung, menilai semua pandangan. Umpamanya sehingga bila harus kita menerima propaganda mengenai kecemerlangan negara terutama dari segi ekonomi. Kita akui bahawa terdapat dasar positif, pentadbiran cekap, pekerja terlatih dan budaya niaga masyarakat Cina, dan kita lebih berjaya berbanding dengan banyak neagra membangun. Tetapi bagaimana sekarang berbanding dengan Cina, India, Veitnam; kepesatan pembangunan Taiwan, Korea Selatan dan Singapura?

Pokoknya kita berupaya memacu ekonomi lebih pantas dan mengangkat ekonomi rakyat sekiranya pemimpin berwibawa, dasar kemas, tindakan dinamik dan rasuah dan kronisme dihapuskan.

Assalamualaikum,


Terima kasih Dato’,

Mungkin pandangan DSAI dalam sudut kedudukkan ekonomi semasa kita berbanding dengan negara-negara yang DSAI sebutkan mungkin dapat menjawab sedikit sebanyak kejanggalan saya berhubung dengan jambatan bengkok yang mungkin hanya sebahagian kecil antara isu negara ketika ini, namun untuk memastikan perkara ini dapat diterima oleh akal pemikiran saya sebagai sesuatu yang tepat dan benar, saya akan cuba untuk mendapatkan pelpagai sudut pandangan yang berhubungkait dengan perkara berkenaan. Saya juga terpanggil untuk mencari jalan keluar dari pemikiran tempurung seperti yang DSAI sarankan.


Sambil itu saya ingin meminta pandangan dan komen DSAI berhubung dengan kelebihan dan potensi Malaysia di dalam usaha memajukan ekonomi negara. Saya melihat beberapa perkara berikut untuk DSAI komen dan mencari dimana kesesuaiannya.


1. Bolehkah kalau Kaum Cina yang terkenal dengan budaya ekonominya diberi tugasan untuk mengepalai atau mengetuai satu usaha agar memberi fokus dan mengambil faedah dengan perkembangan ekonomi China. Sebagai contoh membuat pelaburan ataupun merebut peluang dengan skop pemasaran yang sangat luas di China.


2. Begitu juga dengan Kaum India, boleh kah kita menghantar dan memberi galakan kepada mereka supaya mengetuai satu usaha untuk merebut peluang dan faedah dengan munculnya India sebagai antara Negara ekonomi baru Asia terutamanya dalam sektor Teknologi Maklumat. Sektor informasi adalah sesuatu sektor yang mula menguasai dunia kini.


3. Bolehkah Melayu mengetuai dan menumpukan usaha membina sistem kewangan Islam dan produk Halal yang bernilai billion dolar sebagai salah satu blok baru atau alternatif baru kepada ekonomi dunia.


4. Bolehkah Bumiputera Sabah dan Sarawak diberi tugasan untuk mengetuai sektor pelancongan dengan memperkaya nilai tradisi dan kebudayaan untuk dipasarkan ke peringkat global. Juga sektor pertanian yang lebih sesuai dikembangkan di Negeri Sabah dan Sarawak.


5. Bila adanya usaha untuk keluar daripada ekonomi domestik, saya rasa kita memang boleh bersaing malah mempercepatkan usaha pengembangan ekonomi. Dan lagi setiap tugasan atau pun misi mesti disertai oleh kaum-kaum lain sebagai usaha agar tidak timbul soal penguasaan sesuatu pasaran berdasarkan kaum. Mungkin usaha mampan ini akan mengubah kebergantungan swasta terhadap projek-projek kerajaan.


Saya cuba mencadangkan perkara ini dengan mengambil kira kelebihan kita sebagai sebuah negara yang multi racial. Dan agar semua kaum mengambil peranan untuk membawa kekayaan dari luar untuk kita nikmati bersama dalam Malaysia. Jika ini berlaku mungkin MSC,Industri kecil dan sederhana,pertanian, pelancongan dan lain-lain pasti mempunyai ruang pasaran yang lebih terbuka dan ini mendorong kepada peningkatan nilai tambah kepada produk-produk yang sedia ada. Dan yang pasti jika kita beroleh kejayaan semua rakyat tanpa mengira latarbelakang kaum dapat manafaat dan mungkin dapat memperkukuhkan lagi perpaduan yang selama ini merupakan harta yang paling berharga kita miliki.


Sekian, Mohon komen dan pandangan DSAI. Kalau pendekatan ini sesuai, apakah mekanisme yang sepatutnya dilakukan agar konsep ini boleh berjaya.
Wassalam

padamar,
Saya tertarik dengan cadangan sdr yang melihat negara pelbagai kaum sebagai satu kekuatan dan tidak hanya merumitkan. Inilah yang harus dilakukan olih pimpinan negara. Umat Islam dan masyarakat Melayu boleh memenfaatkan pengalaman mengurus institusi ekonomi Islam untuk menarik pelaburan dan penyertaan Arab. Begitu juga dengan peniaga Cina untuk kepentingan perniagaan dinegara Cina yang kini berkembang pesat. Rakyat Malaysia keturunan India perlu digalak untuk menyertai kegiatan perniagaan di India. Tetapi dalam semua kegiatan yang harus dibantu oleh pemerintah, penyertaan semua kaum adalah penting. Malangnya kita kurang agresif mendorong kegiatan kearah tersebut. Bahkan Singapura sekarang lebih ke depan di dunia Arab dan sistem kewangan Islam!

No comments: