Asalamualaikum, dan salam sejahtera,
Kepada umat muslimin dan muslimat, Selamat berpuasa dan Selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Keampunan jua yang dipinta .
Kepada kekawan yang lain, semoga raya tahun ini menjadi penyuntik semangat perpaduan dalam diri kita.
Malam Al Qadar atau Lailatul Qadar. Suatu malam yang lebih baik dari 1000 bulan, begitulah bertapa besarnya Anugerah Malam Istimewa ini. Pada malam itu para malaikat turun ke bumi mencari penerima-penerima anugerah yang berjaya mendapatkan Malam Al-Qadar ini dan membawa permintaan dan doa serta amal ibadat mereka ke hadapan Maha Pencipta untuk balasan yang tidak terhitung banyaknya.
Soalannya, Adakah kita telah bersedia menjadi Pencari atau berusaha mendapat anugerah ini. dan tentunya yang terbaik dan bertuah akan menerima anugerahnya.
Nabi S.A.W menyarankan kita agar memohon keampunan, mudah-mudahan dengan keampunan itu kita menjadi manusia yang selayaknya bergelar manusia yang boleh melaksanakan peranan kita sebagai Khalifah di muka bumi yang fana ini dengan jayanya.
Bagi insan yang merasakan telah bertemu Malam Al-Qadar, tetapi merasakan doanya tidak dikabulkan, jangan bersedih tetapi sebaliknya berterima kasih dan bersyukur kerana Doa anda tetap dimakbulkan walaupun bukan dalam bentuk yang kita minta kerana Allah Pemilik Seluruh Alam Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. Kerana Allah adalah Sebaik-baik Pemberi Rahmat atas sifatnya Yang Maha Pengasih dan Yang Maha Penyayang.
wasssalam.
1 comment:
InsyaAllah, sesiapa yang berusaha pasti akan mendapat apa yang diusahakannya. Sama ada cepat atau lambat, sedikit atau banyak bergantung kepada ketentuan Illahi.
Yakinlah dan percayalah bahawa Allah s.w.t. bersifat Maha Pengasih dan Maha Pemberi. Jika beribadat pada setiap malam dalam bulan Ramadhan pasti akan bertemu dengan malam Al-Qadar. Buat amal setakat kemampuan sendiri, sedikit lebih baik daripada tidak ada langsung.
Jika Allah telah gerakkan hati kita untuk melakukan amal, sesungguhnya Dia ingin memberikan sesuatu kebaikan (kurniaan) kepada kita.
Mari kita berdoa setiap malam Ramadhan, yang ringkas saja "... Ya Allah, pertemukan aku dgn. Lailatutqadar pada setiap Ramadhan dan berilah aku segala fadhilat dan keberkatannya..." Mudah-mudahan saat kita berdoa itu kena pada malam Al-Qadar, dan dikabulkan Allah, maka pasti kita mendapat Lailatulqadar pada setiap tahun. InsyaAllah... Wallahualam.
Post a Comment