Tuesday, December 30, 2008

'Kontraktor' ESEI dan TUGASAN?

Membelek-belek surat khabar menemukan aku dengan satu iklan, ' ASSIGNMENT...ESEI semua bidang ... IPTA/IPTS... BI/BM....
Anda tentunya faham dengan iklan berkenaan, tapi apa yang menjadi persoalannya, tidakkah ada IPTA atau IPTS menyedari bahawa tugasan kertas kerja yang diberikan kepada pelajar-pelajar mereka kini telah ada yang di'subkontrak'kan. Atau tidak terkesankah tindakan mereka?
Apalah erti pembelajaran kalau latihan dan tugasan yang diberikan 'dijawab' dan 'diselesaikan' oleh orang lain. Timbul juga persoalan tentang kualiti pelajar yang bakal dilahirkan. Ataukah segulung ijazah lebih penting dari proses pembelajaran? Atau hanya sekadar untuk mengejar pangkat yang lebih tinggi?
Tapi yang aku pasti konsep 'subkontrak' tugasan sebenarnya telah melanggar etika ilmu itu sendiri.
Walauapapun, mudah-mudahan hanya segelintir pelajar berfikiran singkat seperti ini. Tapi kalau ada orang sehingga sanggup mengiklankan perkhidmatannya di surat khabar, tentunya perkara ini menjadi 'bisnes' yang menguntungkan.
Kadang-kadang mau saja aku berpresepsi negatif ... namun aku mesti berpresepsi positif... ya mungkin hanya untuk kes kajian soal selidik yang di'subkontrak'kan.
Tapi bukankah sesuatu yang lebih baik jika pihak pusat pengajian tinggi membuat satu kajian akademik mengenai perkara ini. Takut-takut nanti perkara 'sumbang' terhadap ilmu ini tambah melarat. Sebelum itu terjadi dan demi kebaikkan dan kualiti 'Modal Insan' negara kita, kajian untuk perkara ini ada juga asasnya.
Dengar-dengarnya 'projek' ini ada berlaku pada segelintir pelajar luar kampus... dengan alasan sibuk...
wassalam.
renung-renungkanlah. Walaupun ada ternampak realitinya tapi buat-buat tak nampak ja.. almaklumlah siapa kita untuk mempersoalkan 'hal' orang lain.

2 comments:

sue_illyana said...

saya pun pernah terdengar dari seorang kawan yang assignment ini dibuat sendiri oleh pensyarah itu sendiri.Tidak hairanlah kalau semua org mampu utnuk mengenggam segulung ijazah tanpa tidak payah bersusah payah memeras otak malah memiliki komputer pun tidak penting kalau beginilah apa yang terjadi sekarang..tapi dalam diri seorang siswa atau siswi itu mesti tidak ada kepuasan diri dan tidak ada kenangan pahitnya membuat assignment sperti yang berlaku pada diri saya..kadang2 masa mau print tugasan yang disiapkan hilang begitu saja..maklumlah zaman dulu belum ada CD atau Thumdrive seperti sekarang..dahlah menaip tugasan bergilir-gilir meminjam komputer kawan yang prihatin...renungkanlah..

GC said...

aik, apa sudah jadi.

perkara ni saya rasa sudah lama berlaku dan sedang berlaku, cuma tiada bukti dan tiada berani mendedahkannya.

Sedih apabila ada kawan yang berlagak apabila mendapat segulung ijazah yang mana dia tidak layak dapat keran sepanjang dia "belajar" di Universiti inda pandai buat tugasan semua main bayar, tapi bila keluar dari U, bukan main temberang, sombong, angkuh sedih, sedih.

Mana ada orang tahu pun, mesti orang respek sebab dia ada ijazah.... Saya rasa saya pun mau belilah ijazah kerana, bukan pun ada ujian tentang pengkhususan kita bila kita sudah kerja....

bagus juga ada individu yang berani kupas topik ni....tahniah lah.....bos ada durian kuning sudah :) hahahaha