Salam berbahagia selalu,
MASA ....
Dunia hari ini mesti menggunakan satu jenis modal habis guna yang tidak boleh diperbaharui. Iaitu Masa sebagai modal yang perlu diperincikan dan diangkat sebagai satu jenis modal yang terpenting di tahun-tahun yang mendatang.
MASA jugalah yang akan menentukan kedudukan sesebuah negara. Negara yang dapat mengurus Modal Masa dengan sebaik-baiknya, itulah juga salah satu faktor kejayaan sesebuah negara selain Kuasa Pasaran, Teknologi , Modal Insan , kepelbagaian dan etc.
Modal Masa sungguh unik kerana semua orang mempunyainya tapi tidak ramai mengetahui bahawa Masa ada nilainya. Mereka yang menghargainya mereka ini seperti memiliki wang berupa Pound Sterling, kecil angkanya tapi tinggi nilainya dan sebaliknya.
" Demi Masa. Sesungguhnya manusia
sentiasa dalam kerugian. Melainkan mereka
yang beriman/percaya dan beramal
soleh/baik. Mereka yang sering
berpesan kepada kebenaran dan
berpesan kepada kesabaran."
Kenapa rugi?
Masa yang kita ada tidak akan pernah bertambah malah tetap dan sentiasa berkurang walaupun kita tidak membelanjakannya/menggunakkannya. Tidak seperti Wang yang boleh disimpan dan ditambah malah boleh dibelanja bila-bila masa.
Sebab itu masa itu bayangan kerugian bagi mereka yang tidak tahu menghargainya.
Pencipta kita telah menganugerahkan masa kepada semua orang mengikut kadar dan ketetapan tertentu.
Kata orang, Masa itu emas.
Masa itu nikmat.
Masa itu bukanlah pada angka tapi pada nilainya.
Hargailah masa :
Waktu Kaya sebelum Miskin;
Waktu Muda sebelum Tua;
Waktu Lapang sebelum Sempit;
Waktu Sihat sebelum Sakit;
Waktu Hidup sebelum Mati;
Catatan ini adalah untuk peringatan diri supaya sentiasa menghargai masa.
Tanyalah diri, apakah yang telah kita perolehi dengan Masa yang masih ada pada kita?
No comments:
Post a Comment