Friday, October 24, 2008

Perkataan yang baik umpama benih

Hari ini aku mendapat lagi satu perumpamaan yang cukup memberi panduan.


Perkataan yang baik. Ya perkataan yang baik umpama biji benih yang boleh memberikan hasil yang amat berguna.

Bayangkan saja apa bila biji benih ditanam dan dijaga dengan tekun, tentu ia akan bertunas seterusnya tumbuh menjadi pepohon yang menghasilkan buah. Dan buah itulah hasilnya, boleh dijual, dimakan ataupun disedekahkan kepada yang memerlukan.

Begitulah kehebatan perkataan yang baik. sebaliknya, perkatan yang tidak baik seumpama benih yang tidak akan mendatangkan kebaikan malahan tentu akan menghampakan jika ia ditanam lalu menghasilkan buah yang beracun pastinya akan memudaratkan kehidupan.

Bukan maksudnya pokok beracun tidak berguna, tapi dalam konteks pemakanan asas kehidupan manusia tentunya tidak baik. Atau lebih kepada makanan akal. Perkataan adalah menunya dan perkataan yang baik tentulah baik khasiatnya.

Wednesday, October 22, 2008

MASA Sebagai Modal

Salam berbahagia selalu,
MASA ....
Dunia hari ini mesti menggunakan satu jenis modal habis guna yang tidak boleh diperbaharui. Iaitu Masa sebagai modal yang perlu diperincikan dan diangkat sebagai satu jenis modal yang terpenting di tahun-tahun yang mendatang.
MASA jugalah yang akan menentukan kedudukan sesebuah negara. Negara yang dapat mengurus Modal Masa dengan sebaik-baiknya, itulah juga salah satu faktor kejayaan sesebuah negara selain Kuasa Pasaran, Teknologi , Modal Insan , kepelbagaian dan etc.
Modal Masa sungguh unik kerana semua orang mempunyainya tapi tidak ramai mengetahui bahawa Masa ada nilainya. Mereka yang menghargainya mereka ini seperti memiliki wang berupa Pound Sterling, kecil angkanya tapi tinggi nilainya dan sebaliknya.
" Demi Masa. Sesungguhnya manusia
sentiasa dalam kerugian. Melainkan mereka
yang beriman/percaya dan beramal
soleh/baik. Mereka yang sering
berpesan kepada kebenaran dan
berpesan kepada kesabaran."
Kenapa rugi?
Masa yang kita ada tidak akan pernah bertambah malah tetap dan sentiasa berkurang walaupun kita tidak membelanjakannya/menggunakkannya. Tidak seperti Wang yang boleh disimpan dan ditambah malah boleh dibelanja bila-bila masa.
Sebab itu masa itu bayangan kerugian bagi mereka yang tidak tahu menghargainya.
Pencipta kita telah menganugerahkan masa kepada semua orang mengikut kadar dan ketetapan tertentu.
Kata orang, Masa itu emas.
Masa itu nikmat.
Masa itu bukanlah pada angka tapi pada nilainya.

Hargailah masa :
Waktu Kaya sebelum Miskin;
Waktu Muda sebelum Tua;
Waktu Lapang sebelum Sempit;
Waktu Sihat sebelum Sakit;
Waktu Hidup sebelum Mati;
Catatan ini adalah untuk peringatan diri supaya sentiasa menghargai masa.
Tanyalah diri, apakah yang telah kita perolehi dengan Masa yang masih ada pada kita?

Thursday, October 16, 2008

Kalaulah kita mengerti nikmat kepelbagaian....

Salam sejahtera,

Ya, kalaulah kita tahu nikmat kepelbagaian, pastinya Malaysia akan menjadi laluan ke kebahagiaan sebenar.

Apa yang kita ada:

1. kepelbagaian etnik, bangsa, budaya, ilmu, cara, sumber, bahasa dan etc.

Kenapa kepelbagaian suatu nikmat?

Bayangkan saja didalam sebuah taman, kalaulah hanya ada satu jenis tumbuhan atau bunga-bungaan, rasa-rasanya cantik kah taman itu atau layakkah ia digelar taman? atau kalau hanya ada satu warna, rasa-rasanya akan berserikah pandangan kita, ataupun hanya ada satu bunyi-bunyian, rasa-rasanya akan seronokkah pendengaran kita?

Atau akan jelaskah bentuk sepohon pokok kalau kita hanya melihatnya dari satu sudut. tentunya sukar ..kan.. kalau pokok bunga mungkin sedikit jelas tapi bagai mana sepohon pokok kayu balak yang rimbun, akan nampakkah rantingnya, akan nampakkah tupai bersarang didahannya ...? jadi untuk mengenalinya kita perlu melihanya dari semua sudut. Detail itu satu kelebihan.

Nasib baiklah di negara kita terdapat pelbagai bangsa dan bahasa, dan lebih menyeronokkan lagi kita masih kekal dengan pelbagai bahasa. Bayangkan kalau kaum cina tidak boleh berbahasa cina atau kaum india tidak tahu berbahasa India. Tentu kita akan lebih jauh tersasar dari istilah Kenikmatan.

Justeru itu aliran sekolah mengikut pelbagai bahasa pengantar adalah satu nikmat. Ternampakkah sudah apa di depan kita, apa yang berlaku di Negara China dan Negara India. Tentunya satu lapangan pasaran yang cukup luas. Dan jangan lupa Nusantara .. Bahasa Melayu adalah bahasa pengantarnya. Bahasa ke 4 paling kerap digunakan di dunia. Dan anda pasti sedar kemampuannya.

Bayangkan nilai satu okestra, kan tinggi martabatnya. Dan kalaulah hanya satu jenis bunyi yang kita ada tentunya bukanlah okestra namanya. dan apapula intipati sebuah okestra? kalau bukan harmoninya. Tentu anda boleh bayangkan kegemilangannya.

Jadi nikmat kepelbagaian itu terlalu besar nilainya.

Yang Maha Pencipta menjadikan pelbagai bangsa, kaum yang berlainan kulit berlainan budaya tidak lain ialah untuk kita saling kenal-mengenali antara satu dengan yang lain ....

Tetapi kenapakah masih ada manusia yang menentang Tabii kejadian ini. Masih melihat kepelbagaian sebagai ancaman?

Renungkanlah .. mudah-mudahan nikmat itu melimpah di bumi Malaysia.

Kita tidak akan mudah tertipu kalau kita mengetahui bahasanya...

Wassallam.

UMNO, ^%^&*((**&^^$#$%0 :) :( :p ?????

Salam Sejahtera,

Ketika ini mau-tidak mau, kehangatan pemilihan dalam UMNO mengisi bual bicara dimana-mana saja ...

Ramai yang memberi pendapat ,itu ini, begitu begini, kalau dia menang ... kalau kalah , ya ... kepelbagaian pendapat itu baik untuk kita ... yang penting janganlah pendapat itu lari dari konteks keadilan dan kebenaran...

Saya juga turut berminat untuk melihat kemungkinan-kemungkinan atau pun output yang bakal berlaku ekoran kehangatan suasana pemilihan Umno. MCA juga dalam suasana pemilihan, tapi saya nak fokus dalam Umno, sebagai Parti Utama dalam BN kerana mau-tidak mau ia sedikit sebanyak akan menyentuh kehidupan kita di Malaysia Ini.

Setujukah anda kalau saya mengatakan bahawa seolah-olah ada satu macam polar kumpulan dalam pertandingan umno kali ini dan seolah-olah macam ada aliran legasi kekeluargaan. Nampak unik tapi pelik dalam suasana demokrasi.

Pertama, round permulaan nampak gayanya Kumpulan A mula nampak lebih menyerlah dari Kumpulan B. Tapi dalam politik, selagi masa belum tamat, tiada siapa boleh memberi jaminan kemenangan pada satu-satu individu mahupun Kumpulan.

Adakah 'orang kita' masih belum bebas memilih calon yang benar-benar layak untuk jawatan tertinggi ataukah benar pendapat ' like father like son' . Atau akan mengalirkah kebijaksanaan seorang bapa kepada anaknya?

Apakah risiko bertanding dalam kumpulan?.. ya mau tidak mau kita kena akui bahawa berkerja dalam kumpulan yang sehati sejiwa adalah lebih baik bagi sesetengah orang. Tapi ada juga golongan yang suka kawan yang suka kritik sebab golongan ini percaya bahawa kebenaran itu manis walaupun jalannya pahit.

Apa yang pasti ialah mungkin saya nampak sedikit sinis kerana mungkin calon yang saya nampak ke'kepimpinan'nya lebih banyak yang tenggalam dari yang timbulnya ataupun saya mengandaikan bahawa 'orang kita' lebih suka 'bos' yang popular dan glamour, dan juga teori siapa lebih dulu. Dan kalau lah 'terkenal' menjadi sebab atau asas terpilihnya seseorang itu... rasanya Umno tidak akan kemana. Pi Mai Pi Mai Tang tu juga. Dengar-dengar cakap ada juga politik tut... tut.... Entahlah tidak berani cakap, al maklumlah Keadilan zaman ini, kebenaran bukanlah matlamat.

Dan Lagi, kenapakah 'Orang Besar Umno' tidak berani menggunakan kaedah Pemilihan Kelas Pertama sedangkan seringkali menuduh rakyat mempunyai pemikiran Kelas Ke Tiga. Pemilihan Kelas Pertama, ya ... seperti debat terbuka secara ilmiah supaya rakyat tahu siapa mereka, apakah kelebihan mereka, ilmu apa yang mereka ada... dan .........yang lebih penting, apakah gagasan mereka ... dan ...etc.

Lagi dan lagi, tiada sesiapa berani mengubah cara, tak bolehkah Sistem Kuota ditebas agar demokrasi benar-benar pada landasannya. Mungkin juga ada orang takut akan adanya perpecahan dalam Umno. Tapi teori perpecahan biasanya wujud pada jiwa yang hanya inginkan sesuatu tapi bukan pada jiwa yang ingin memberikan sesuatu. Atau masih segarkah semangat perjuangan dalam jiwa yang ketakutan ini.

Dalam konteks ini :
Perubahan perlu dilakukan dengan menghilangkan kerisauan-kerisauan 'orang lama' agar permintaan 'orang baru' dapat dipenuhi. Inilah namanya penyesuaian.

Tak payahlah ulas panjang , cuma ingin mengingatkan, kalau benar wujud kumpulan A Kumpulan B sila pastikan outputnya = AB , jika tidak, outputnya pasti =BC . Paham-paham sajalah, ada orang cakap-cakap, ada orang jeling-jeling, dalam seribu patah perkataan mungkin ada separuh benar dan separuh kurang tepat, ataupun separuh kurang tepat separuh benar. maksudnya tetap ada kemungkinan..?


Yang minat kongsi pendapat tu silakan ...



Wednesday, October 15, 2008

What is Success?

To laugh often and love much;
To win the respect of intelligent people and the affection of children;
To earn the approval of honest critics and endure the betrayal of false friends;
To appreciate beauty;
To find the best in others;
To give of one's self;
To leave the world a bit better, whether by a healthy child, a garden patch, or a redeemed social condition;
To have played and laughed with enthusiasm and sung with exultation;
To know even one life has breathed easier because you have lived...
This is to have succeeded.

By Ralph Waldo Emerson

Tuesday, October 14, 2008

Iktibar siput babi


Siput babi...

Selain dari siput kecil siput babi juga merupakan ancaman kepada tanaman ku, walaupun tidak banyak tapi lebih bahaya dari siput kecil. Apa tidak nya, kalau ia mengunyah kulit batang terung, nescaya satu pokok bye-bye ... menguning lalu mati.

Siput babi ni pun menyerang pada waktu luar kebiasaan iaitu pada waktu malam tambahan lagi selepas hujan.
Tapi iktibar dari siput babi cukup memberi pengajaran.

1. Walaupun pada zahirnya siput babi ni bergerak perlahan tapi kalau menyerang pada waktu yang bertepatan nescaya ia cukup berhasil. Jadi pengajarannya, walaupun sesuatu perkara itu dapat dilakukan walaupun dengan perlahan tapi sesuai dan tepat pada masanya tentu akan memberi impak yang cukup besar.

2. Jadi sesuatu perkara yang dilakukan walaupun lemah dalam pendekatannya tapi jika dilakukan pada masa yang sesuai juga turut akan mendatangkan hasil yang tidak kurang hebatnya. Perlahan tidak bermakna ketinggalan dan laju tidak semestinya menang.

Kenapa Taman Kecil Belakang Belakang rumahku terangkat menjadi guru ku yang sungguh bermakna

Macamana mau mula aa..

K lah, sejak aku membeli rumah setahun yang lepas, kebetulan ruang belakang rumah tu kosong jadi timbul keghairahan untuk bercucuk tanam, hobi dari dulu ketika di kampung.

Pendek cerita, bertanam lah aku di belakang rumah tu, asal time gaji pergi lah aku menjengok nurseri melihat peralatan dan bibit tanaman yang diperlukan.

Projek pertama, menanam Cili Padi, terung dan di satu sudut aku menanam bunga-bunga dalam pasu.

Setiap pagi dan petang, pasti kebelakang rumah menyiram serta membersihkan kebun kecil tu. wah ... memang cukup menghiburkan apabila bibit-bibit tanaman mula nampak menghijau.

Begitulah hari-hari ku dibelakang rumah kalau ada kesempatan.

Tiba-tiba satu hari selepas pulang dari kerja luar pejabat, aku dapati banyak daun-daun yang telah menghijau mula rosak mungkin dimakan ulat mengikut jangkaan ku. Apa lagi bergegas ke kedai membeli penyembur serangga organik untuk mengatasi masalah tersebut. Tapi selang 2 hari daun dan batang terung cukup membimbangkan, macam tidak sihat saja kelihatannya. Puas jua aku berfikir kenapa, almaklumlah bukan petani pro. Waktu pagi dan petang tidak banyak serangga kelihatan mengganggu tanaman ku.

Suatu malam kira-kira jam 12 malam, ketika aku duduk sambil menghirup karbon dioksida (paham-paham ja la) ternampak seekor siput kecil merangkak dirumput. Tapi aku masih tidak menyangka siput kecil tu perosak tanamanku.

Malam esoknya aku mengambil keputusan membuat pemerhatian sekitar jam 2. pagi. Alahai..... punya banyak siput kecil tu kenduri di kebun ku..

Geram....... Apa lagi , operasi membuang siput kecil pun bermula jam 2.30 pagi malam itu juga . Hasil untuk malam pertama, sebanyak lebih 100 ekor siput kecil dapat ku rejamkan ke dinding simen longkang berhampiran. Terasa puas.

Esok malamnya pula, 70 lebih ekor dan seterusnya semakin menyusut sehinggalah daun tanamanku kembali menghijau.

Dipendekkan lagi cerita. Selepas kes siput kecil tu, aku berfikir :

oh.. rupanya .. tiada satu perkarapun apabila dilaksanakan berjalan tanpa cubaan dan halangan.

Dan lagi siput kecil tu tidak pernah salah, malah taat kepada Penciptanya, ialah mengikut nalurinya, dimana ada makanan disitu lah ia datang. Dan specialnyalagi ia hanya makan pada waktu malam ketika aku sedang tidur.

Jadi pengajaran pertama yang aku terima ialah :

1. Setiap perkara mesti ada halangan dan cubaan, dan tugas kita ialah untuk mengatasi cabaran dan halangan tersebut.

2. Kita mesti mengambilkira ruang masa, dan sentiasa berjaga-jaga kerana halangan dan cabaran boleh datang pada masa yang tidak kita jangka atau diluar waktu kawalan kita. Contohnya, siput kecil tu menyerang kebunku ketika aku mula syok untuk tidur iaitu ketika waktu malam sekitar jam 12 tgh mlm.

3. Jangan menyalahkan cabaran dan halangan yang datang tapi berusahalah untuk mengatasinya. Sebab sikap menyalahkan tidak akan pernah menyelesaikan masalah.

4. Itulah Ciptaan Maha Pencipta, Tidak satu perkara itu dijadikan sia-sia.

Tulah sedikit ringkasan pengenalan tentang Cikgu ku Taman Kecil diBelakang rumah ku.

Namun Kisah siput Kecil banyak lagi pengajaran yang boleh aku titipkan nanti.

Thursday, October 9, 2008

Cikgu ku Taman Kecil Belakang Rumahku


Bermula hari ini aku akan titipkan subjek-subjek mata pelajaran yang diajar oleh cikgu ku, Taman Kecil Belakang Rumah.

Antaranya :

1. Kenapa Taman Kecil Belakang Belakang rumahku terangkat menjadi guru ku yang sungguh bermakna?
2. Iktibar siput babi.
3. Amarah Siput Kecil.
4. Bukan salah jiranku.
5. Pokok Limau Kesturi RM70.00.
6. Bungaku layu.
7. Ulat Daun, bukan salah mu.
8. Harga sekarung tanah.
9. Arnabku: musuh yang ku sayang.
10. Cantiknya Ros ku.
11. Bakti Tayar buruk.
12. Aku dan Batu.
13. Kau bunga rahmat tapi bersyukurkah aku.
14. Kisah lidah buaya jiranku dengan terung 2 biji.
15. Cili Api sepiring, tapi aku hanya makan 2 biji sehari.

dan banyak lagi ....

Nantikan.

Wah.... seronoknya Syawal

Syukur pada Yang Maha Penyanyang.

Kita masih dalam lingkungan syawal, justeru saya mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir batin.

Sedikit pengalaman semasa bulan syawal, seronok sungguh rasanya, paling tidak Syawal telah mengumpulkan saudara-mara bersama-sama di hari yang mulia. Saudara jauh dekat dapat menjalinkan siraturrahim, terubat jua kerinduan.

Tapi satu pemerhatian yang cukup menarik bagi saya ialah sebenarnya kita mungkin terlalu banyak berbelanja pada perkara yang kurang perlu yang sebenarnya pun kadang-kadang tidak perlu langsung. Antaranya pembelian perkakasan dan perhiasan yang mahal-mahal.

Mungkin pendapat kita berbeza, tapi pada saya konsep berkunjung-kunjung sempena hari raya sebenarnya ada temanya tersendiri. Pertamanya, 1 Syawal adalah perayaan ibadah yang mempunyai maksud yang jauh lebih mendalam kalau diperhatikan.

1. Antara orang yang paling bahagia pada hari itu ialah ibubapa kita, ialah dalam setahun terlalu jarang semua anak-anaknya dapat berkumpul satu bumbung, juga disitulah cucu-cucunya sepupu sepapat dapat bermesra berkenalan. Hiruk pikuk, tangis tawa, pekik teriak anak-anak kecil bagi perindu sesuatu yang amat menyeronokkan. Mungkin tidak bagi materialis.

2. Umat sekampung dapat bermaaf-maafan satu sama lain, paling tidak dalam konteks kampung aku, setiap jemaah sembahyang Hari Raya dengan teraturnya dalam barisan satu demi satu dapat bersalaman sambil berpelukan. Bagi hati seorang manusia biasa, maunya tidak sayu dihati, suasana sebak gembira, mengalir air mata, merah jua bibir mata, paling tidak si gagah eksen hanya menangis dihati. tapi ketika bersalam ibu dan ayah tercinta, tembok hipokrit mana mampu bertahan. Nangis jua. ya.. aku pun nangis jua loh...

Benar jua lirik lagu raya klasik tu ya .. Sekampung rasa bersaudara .. oh .. seronoknya...

Ya .. nangis .... itulah rahmatnya ..

Kenapa ?

Titisan air mata mengandungi kandungan kimia yang berbeza-beza mengikut suasananya. Mengandungi hormon-hormon tertentu dari dalam tubuh manusia. Penyingkiran hormon- hormon tertentu mampu meredakan suatu tekanan, yang pastinya baik untuk kesihatan. Lebih bertenaga

Cuba imbau kembali, ketika kita menangis atas apa jua sebabnya, biasanya kita merasa lega.

Ataupun bagi yang telah berumahtangga, mungkin setelah bergaduh, yalah sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri, bagi yang saling bermaafan sebelum tidurnya sehingga ada yang mengalirkan airmata, tentunya malam itu adalah seumpama malam pertama. Itulah ajaibnya Airmata. Kalau tidak percaya, anda boleh cuba.

Jadi kesimpulannya, bagi sang lelaki yang susah menangis tu, terutamanya dihadapan manusia mungkin egonya tinggi sikit, menangislah di hadapan Maha Pencipta. Mudah-mudahan kita pun dapat merasakan nikmat airmata.

Wassallam.