Tuesday, November 18, 2008

Kisah 'Yes No' Sains dan Matematik

Salam Sejahtera,

Isu pengajaran matapelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris telah menjadi bual bicara kebelakangan ini.

Adakah perlu diteruskan ataupun diberhentikan saja?

Saya ingin mengambil jalan tengah, sebab semakin kita berdebat semakin banyak krisis ditimbulkan.

Apapun harapan saya, sebelum sesuatu keputusan dibuat, perkara berikut harus diambil kira.

1. Apakah bahasa yang paling banyak digunakan dalam penulisan Ilmu teknikal?
2. Apakah bahasa yang paling banyak digunakan oleh rakyat kita?
3. Apakah bahasa pemasaran yang paling kerap dan banyak digunakan di dunia?
4. Apakah bahasa perhubungan dan komunikasi yang paling banyak digunakan didunia?
5. Apakah bahasa yang paling mahir kita miliki?
6. Apakah bahasa yang paling banyak perbendaharaan didunia?
7. Benarkah bahasa jiwa bangsa?
8. Benarkah penggunaan bahasa selain bahasa melayu akan memandulkan bahasa melayu itu sendiri?
9. Hilangkankah nasionalis kita jika kita berbahasa asing?
10. Sejauh manakah pertambahan kosa kata bahasa kita?
11. Telah majukah Dewan Bahasa dan Pustaka?
12. Berapa ramai penterjemah yang kita ada?
13. Berapa ramai guru bahasa yang kita ada?
......

dan banyak lagi....

Akhir sekali, kenapa Al-Quran diturunkan dalam Bahasa Arab?

Anak-anak ibarat kain putih, diwarnai merah, merah lah ia, diwarnai jingga, jingga lah ia.

Apa-apa pun keputusan tentang penggunaan bahasa dalam mata pelajaran Sains dan Matematik, semuanya terpulang dengan hasrat kita. Jika kita serius melaksanakannya, apa jua warna yang ingin kita lakarkan pada kain putih, itulah juga yang akan terwarna.

Tanya ilmu bukan tanya nafsu. Tanya Orang Akademik bukan Pak Politik.

:)

2 comments:

Urang Kita said...

susah juga kan buat keputusan. guna bahasa ini tak betul, guna bahasa itu tak betul. macam-macam saja komen

abangdamet said...

memang banyak masalah jika sesuatu keputusan dibuat tanpa pertimbangan yang wajar. Puncanya ada pihak (spt. Pak Politik) membuat sesuatu yang diluar bidang kepandaiannya. Walhal ia sepatutnya ditentukan oleh ahli-ahli akademik, itupun perlu penelitian rapi, selain keikhlasan kerana ia melibatkan masa depan anak cucu kita. Satu lagi punca masalah jika yang berilmu "berdiam diri" enggan bersuara (tanda-tanda akhir zaman).