Tuesday, December 2, 2008

Aku miskin tidur...

Tidur hai tidur ...

Kadang-kadang rasa dengki juga pada kawan-kawan yang senang untuk tidur. 'Landing' ja kepala, terus poppppssss... kurrr...kurrrr....
Kata orang, siapa yang mudah tidur, rohnya ringan. Jadi roh aku beratlah pasal susah mau tidur. Apapun aku terus berharap agar aku boleh menikmati tidur.
Kalau dikira-kirakan satu hari hanya dapat tidur kurang 4 jam ja pasal susah mau 'Shutdown' enjin aku. Entah 'part' mana yang rosak, aku pun tidak tahu.
Mana tau ada orang faham makhluk bernama 'tidur' ni, 'share' lah dengan aku. Mungkin suatu hari nanti aku boleh jadi geng 'tidur'.

Tq.

11 comments:

GC said...

geng saya jenis roh ringan, ampai jak kepala terus berdengur kroook, kroook :)

KADAYAN BANTING said...

Kalau kurang tidur baguslah, banyak kerja lain yang bermanfaat boleh dilakukan waktu tidak tidur.

Urang Kita said...

antara paling seronok dalam kehidupan kita ialah tidur. kalu tidur berlebihan tidak baik dan kalu kurang tidur pun juga tidak baik. sekurang-kurangnya tujuh jam baik untuk kesihatan-

Padamar Seri said...

Tidur sebenarnya keperluan kita sebagai manusia, juga melambangkan kelemahan kita dimana kita tidak mampu untuk jaga secara berterusan.

Kemiskinan tidur juga telah menjadikan aku tidak begitu aktif dan produktif pada waktu siang. Maksudnya aku mempunyai kompetensi yang agak lembab dalam kerjaya.

Kadang-kadang rasanya lebih baik jadi petani, dimana tenaga dapat digunakan secara jelas dan membawa kepenatan yang mampu menidurkan secara tidur mati. Malah lebih tepat sebagai ukuran rezeki, iaitu hasil dari titik peluh sendiri.

Yang pasti kekuasaan dan kekuatan hanya milik Tuhan Yang Kekal , Yang Berdiri Sendiri, Yang Tidak Mengantuk dan Yang Tidak Tidur.

Anonymous said...

yang penting time nak rehat @ tido jangan fikir sal kerja, hutang @ masalah, tatap lena tido

Lizzy said...

Tidur merupakan satu keperluan hidup untuk kita memberi rehat kepada anggota badan dan terutama sekali Otak yang penuh dengan saraf...semua tu kena rehat..memang susah mau tidur kalau banyak benda yang masih berserabut di otak.apa lagi kalo ada benda yang mau di fikir untuk masa depan, makinlah tidak dapat tidur...kalo mau tidur, cuba jangan ingat apa2 mcm kwn kita ckp jgn fikir apa2. time tidur tu tidur jak. satu lg plak berzikir banyak2 Insyaallah dpt tidur dengan lena....

Kelab Permotoran Penerangan said...

Kepuasan Tidur bukan bergantung kepada jumlah masa tido, tetapi ia adalah bergantung kepada kualiti tidor itu sendiri, walaupun masa tido yg singkat tp kalo kualitinya baik, tentu memberikan kepuasan kepada kita...tidak semestinya tido panjang, kita puas..

bagi sia, kita perlu jaga tidur, dgn kualiti tidur yg baik,pemikiran kita juga dapat turut berehat.. cari apa yg kita cari sekarang ialah " bagaimana mencari tidur yang berkualiti".. Renung2kan lah..

sue_illyana said...

dari segi psikologi..mungkin anda terlalu banyak berfikir dan mungkin anda ada stress yang tidak sedari..satu masa dulu saya pun gitu sehinggakan satu masa saya terbaca sekiranya anda susah tidur...dalam proses mau tidur tu setkan dlm minda yang kita mau tidur dan ringankan fikiran..ingat yang indah2...

Padamar Seri said...

Thank...

Ada kemungkinankah stress dulu-dulu masih aktif sehingga ke hari ini.

Kalau masih aktif, macammana mau buang?.. mungkin ada yang berpengalaman.

Padamar Seri said...

Link yang dikongsikan oleh salah seorang geng kita berhubung dengan cerita tidur amat menarik. Jom kita kongsi :

http://mindashahnon.blogspot.com/2007/10/tidur-berkualiti-dan-qiamullail.html

cash loan said...

Are you looking for a Loan to enlarge your business?
I think you have come to the right place.
We offer Loans atlow interest rate.
Interested people should please contact us on
For immediate response to your application, Kindly
reply to this emails below only.
Whats app +919205646839
helpfiance@gmail.com

Please, do provide us with the Following information if interested.

1) Full Name:………
2) Gender:………
3) Loan Amount Needed:………
4) Loan Duration:………
5) Country:………
6) Home Address:………
7) Mobile Number:………
8)Monthly Income:…………………
9)Occupation:………………………
)Which site did you here about us…………………

Thanks and Best Regards.
helpfiance@gmail.com
Whats app +919205646839