Tuesday, April 3, 2012

Dia bagi tahi, aku tersenyum gembira

Sesuatu yang membuat kita tersenyum itu bukannya selalu datang dalam keadaan yang menyenangkan.

Adapun ceritanya begini.

Suatu tengah hari, Aisya, 7 tahun (satu-satunya anak perempuan aku) berkata : " Bapa, bapa ..!! eiii taai (tahi) apa tu di kereta bapa !!..

Betul. ada tahi. Tahi apa ? entahlah. tidak pasti. Yang pasti perlu dibersihkan. Dan telah pun dibersihkan.

Selesa, selepas senin (Isnin), tika mau kluar mengambil anak-anak dari sekolah, aiikk ada lagi taai tu.. timbang-punya timbang, kemudian jenguk atas pokok.. woooww... ada burung bersarang laa... hehehe kiut.. burung Punai Dahan rupanya. Sedang mengeram. Nanti kau... petang karang aku 'tembak' ko .. jangan lari aaa...

Petang itu pun aku membawa 'senapang' dan ... pooom .. 1 ....pooom 2 ...poom 3 ... ish inda kenalah, pandai sungguh ko bersembunyi wahai si burung punai... senapang ni pun satu, tidak hebat.. padahal 'skill' menembak sama saja dari dulu, mode Automatik... hehehe.

Dek kerna si burung punai 'pandai' bersembunyi... diambil keputusan untuk membediknya pada esok pagi...

Sambil aksi menghendap tu berlangsung, ada beberapa kawan turut menjenguk, biasalah ingin tahu. Sambil-sambil tu terdengar; " kalau malam, senang dapat tangkap ni ...." Lantas dan pantas aku menjawab, jangan kacau, biarkan ia di situ..."

Pusing punya pusing buat ayat, .... laaa ... pasal punai bersarang pun mau buat blog .... his...his ... nyampah...

Tu la korang, tidak prihatin, memang cerita ini cerita punai, tiada apa-apa pun, apa lagi kalau ko mau tiada apa-apa...

Sebenarnya kisah tahi punai ini mencetus kembali kenangan dulu-dulu aku pasal punai. pernah ikut 'menjukut' @ memikat punai. Ia sesuatu yang menarik. Ada batu-batu kecil dalam perutnya (mesti pernah makan punai ni kan).

Tapi kisah punai yang ini boleh juga menceritakan bahawa binatang pun mampu menyesuaikan diri dengan persekitaran semasa dan baru. Pokok itu berada ditengah-tengah bangunan simen, kiri dan kanan. dan yang indahnya, punai biasanya hidup dalam keindahan hutan nun ...sanaaa jauh dalam hutan... tapi masih mampu berakhlak sebagai punai walaupun hidup di bandar... hehe teguran untuk diri sendiri...

Dan kita manusia, masih ramai yang enggan menerima hakikat bahawa sekarang ini zaman informasi... zaman maklumat berkicau, maklumat berdinding ... hai malang sungguhlah kita andai lebih teruk dari punai. Hah!... pak politik, sila ambil kisah punai ini.

                        ....... Akhirnya

Sang Punai ini memang membuat aku terus tersenyum... melihat, membayangkannya membuatkan 'segala masalah dari cerita manusia' berterbangan meninggalkan sarangnya.. bukankah ia sesuatu yang berbaloi. Sang punai memperkenalkan dirinya melalui tahinya. dan ia tidak pun mencetuskan kemarahan aku... malah terus membuatkan aku tersenyum.. alangkah bertuahnya aku... banyak-banyak pokok, pokok dekat parking kereta aku juga yang ko pilih. Terima kasih.

                       ........ Tapi.....

Kalau manusia meninggalkan TAHI, walau apa pun natijahnya, PASTI akan membuatkan aku marah.... apa lagi jenis yang tidak pandai mem'flush' .... memang kategori zalim.

Dan sekali lagi... kisah ini tiada apa-apa penghujung atau kesimpulannya.. pandai-pandailah korang 'membaca' kisah ini, kisah tahi sang punai dahan . Titik .


Friday, March 9, 2012

Bulan Sudah Kotor !

Anas Iskandar, 2 Tahun 7 Bulan : " Bapa bapa!, bulan santik "...

Bapa Anas ( Akulah ) : " Nas, siapa cipta bulan ? "

Anas : " AWAH ( Allah ) cipta bulan. "

... sekitar 5 minit anas memerhati bulan ... 

Anas : " bapa, ambil gambar! "

Bapa : " k, tunggu kejap jangan keluar ke jalan ..."

... Setelah siap memasang tripod, tika mau klik, tiba-tiba bulan "santik" Anas yang terang-benderang jadi malap dilitupi awan hitam ...

Anas tiba-tiba bising ...

Sambil berlari masuk ke rumah, Anas mengadu arah mamanya ...

Anas : " mama mama , bulan sudah kotor !! "

Mama : " apa! "

Anas : " Bulan sudah kotor! "

Apa lagi ; aku pun hahahahahahahahahhahahaha ... 


Itu kisah penghibur pada malam ini ..

Sebenarnya aku ingin berkisah tentang Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) yang baru aku tonton di TV1 sebentar tadi...

Melihat keletah, kelucuan orang asing mengungkap patah perkataan Bahasa Melayu, jiwa terasa terhibur... apa tidaknya, agak terlalu jarang menonton siaran bermanfaat sebegini... Setiap hari asyik-asyik disumbat kisah adu-domba politik, ini menjadikan program PABM terasa amat bermanfaat. 

Terimbau saat bergelar remaja, kita sering disajikan dengan program yang penuh berkhasiat lagi membakar semangat; klip-klip patriotik dengan baris-baris lirik yang menyuntik tenaga, kisah-kisah yang membangkitkan semangat, kisah-kisah kejayaan negara, sungguh mengujakan... Suburlah dihati rasa amat berbangga menjadi rakyat Malaysia.

Sedang dewasa ini, agak jarang-jarang media 'kita' mengudarakan kisah dan program sebegini menarik, asyik-asyik pasal sianu-sianu, balik-balik kisah yang memaparkan bertapa buruknya rakyat negara tercinta ini.. sedangkan warga dunia memuji-muji bertapa kita amat bertuah lagi amat beruntung... pendek kata bak cogankata aku " kepelbagaian itu suatu nikmat "... 

Namun apakah benar kita masih sebagaimana yang dikisahkan orang asing itu? itu kita masing-masing fikirlah, namun bagi 'rasa' aku, kita masih lagi sebegitu, cumanya angkara dek segelintir pak politik terdesak yang suka heboh sini sana, 'kenampakkan' seolah-olah bertapa hapraknya kita.

Tahniah pada penganjur, Tabik spring untuk anda... terima kasih.


Dalam Bahasa Melayu, ada karya yang boleh kita duniakan...


Pemerhatian Tentang gambar dan situasi : 


" Bulan lambang perpaduan, terang bersinar, amat bersih, cantik, tulen lagi mendamaikan, cukup mengujakan, dek kerana kecewa dan tidak faham kenapa bulannya 'hilang', si kecil Anas mengungkapkan perkataan yang salah iaitu 'kotor' bagi menyatakan kekecewaannya... Namun kalau si kecil tersalah kata, ia jadi lucu lagi menghiburkan. Namun kalau si tua bangka berperangai bagai si anak kecil,  mengungkap kata-kata 'kotor' hingga memberikan presepsi yang salah tentang perpaduan warganya, tentunya teramat meluatkan... "

Thursday, March 8, 2012

Menjelang Pilihanraya Umum ke-13

Sengaja aku mencoretkan kisah pemerhatian longgar tentang cerita pilihanraya umum ke-13 kerana ada sesuatu sedang berlaku...

Kisah pilihanraya ke 13 sudah mula suam-suam kuku pada tahun 2010..., 2011 mula panas, dan 2012 semakin panas.... Apa yang heran ialah kenapa aku sendiri menggunakan perkataan 'panas' dalam menggambarkan PRU13 ... tentunya bersebab.

Kalau difahami dari ayat-ayat pak politik : "jentera", "gear 5", "Ibu segala pilihanraya", "pengkhianat", "pembunuh", "peliwat", "pemfitnah", "perasuah" , "sesat" , "kafir"  dan bermacam-macam ayat lagi cukup mengambarkan jiwa-jiwa pak politik cukup 'Panas'.

Kalau dilihat dari gerak geri pula, ceramah politik sana sini sedang berlaku, kempen tidak rasmi... pendek cerita, kisah politik sedang cukup lakulah... wah... pening-pening... belum time kempen sudah mula kempen, isk-isk Pengadil belum tiup wisel 'sudah' mau jaring gol.... isu pula bermacam-macam, dari kisah kepala lembu, kepala babi, kek tahi, pengundi hantu, Bersih, BR1M, curi pasir, air kotor, radioaktif, israel, daaaaaaaaaannn lain-lain .......terlalu bermacam-macam.... Pendek kata, para pemimpin politik sedang aktif bergerak ke sini sana mengelecek bola... Naaantiiii, kalau SPR bagi tempoh kempen singkat pun tidak apa pasal   kempen telah pun bermula... jangan marah.. aaa..

Segala kisah, segala propaganda sedang berlegar di apa jua media.... aduh mau rosak 'filter' dalam otak ini menapis 'semak'lumat  yang datang...

Kalau dicoretkan.. terlalu banyak yang sedang berlaku di 'DALAM' negara kita...

Sedang 'IA' berlaku, antara3 buat-buat tahu atau sengaja tidak tahu atau memang tidak tahu, di 'LUAR' negara kita sedang berlaku SESUATU...

Ekonomi sedang berubah syarat permainannya...

Bumi sedang men'stabil'kan dirinya...

Politik mengengsot dengan 'spring'-'spring' nya...

Puak sosial songsang sedang minta di'halal' kegilaannya...

Sang Pencinta Dunia sedang meratah 'mangsa-mangsa' yang lemah... semakin canggih metamatik penipuannya...

Sang Penyesat Akhirat sedang berfatwa sesuka nafsunya...

Baaanyaakk perkara SEDANG ....

Ya YANG SEDANG BERUBAH ....

Cuba perhatikan 'Gaya' kita, adakah ianya sesuatu gaya yang baik untuk menyambut 'Yang Sedang berubah'... Ataukah kita sendiri juga ingin lagi teringin untuk 'sedang berubah'? berubah gaya apa? gaya mereka? kah kita memang ada gaya kita?... emmm kalau kita gaya apa aaa? Tanya aku, akan ku jawab 'entah'...

Jom kasi Bingung2kan sikit minda kita: 

Sudah tersusunkah corak tadbir negara kita?

Sudah tersediakah langkah mendepani perubahan?

Sedang berubah ke Syurga kah, atau sedang berubah ke neraka kah kita...?

Tahu kah kita dimana kedudukan ' KUASA PASARAN ' dengan 28 juta warga ?

Teknologi manakah telah menjadi hakcipta kita ?


Siap siaga kah pengeluar modal insan kita?


Cukupkah nombor pada slip gaji rakyat?


...........................

Adoyai .... kalau dipikir-pikir, tiada langsung sebab kenapa Politik kita macam ini... kerna hanya penyatuan saja mampu  menjawab baik 'salam sejehtera' kita ...


Tiada kesimpulan untuk tulisan ini kerna memang sengaja aku mengusik minda kita agar 'PENYATUAN' Lah keputusan akhirnya...







.. sedang memahami dan mencuba untuk menyambung ....

Awang Jasni